Ustaz Yahya Othman menceritakan kepada saya kaedah usrah Ikhwan Muslimin. Caranya mudah. Ia bersifat menjaga dan memantau. Naqib akan ke rumah ustaz untuk melihat buku apa yang dibaca oleh ustaz. Ikhwan ternyata memilih dalam berusrah dalam bentuk kaderisasi. Ia hanya memilih orang-orang yang cerdik untuk dikaderkan.
Satu hari ketika Ustaz Umar Telmisani, mursyid ketiga Ikhwan. Ia belum menjadi ahli Ikhwan ketika itu. Ketika ia sedang memberi makan kepada anak-anak ayam, datanglah dua orang pemuda Ikhwan berdialog dengannya. “Buka tugas ustaz untuk memelihara ayam,” bilang dua pemuda Ikhwan tersebut.
“Habis tu, apa kerja aku,” balas Ustaz Umar. “Tugas ustaz adalah memelihara manusia”. Kemudian mereka berdialog panjang sehinggalah akhirnya mereka membawa ustaz Umar berjumpa dengan al-Banna. Al-Banna menerangkan kepadanya apakah Ikhwan dan al-Banna memberikannya masa seminggu untuk berfikir sama ada ingin menyertai Ikhwan atau tidak.
Coaching, itulah yang dikatakan oleh Naqib saya ketika kami membincangkan apakah usrah yang sebenarnya. Tidak perlulah saya menceritakan siapa naqib saya itu. Menjaga dan memantau. Melihat apa yang ahli usrah lakukan. Itulah tugas naqib. Saya bertanya kepada, “Dr, adakah Dr bersetuju jika ana katakan usrah bukan tempat menimba ilmu”. Terus sahaja naqib saya mengiyakan pandangan saya.
Usrah ertinya kekeluargaan. Kekeluargaan mementingkan ikatan ukhuwah di dalamnya. Ikatan ukhwah ini terjalin dengan banyak perkara antaranya saling bertanya khabar antara satu sama lain dan saling memberikan hadiah. Melawat ketika sakit, menziarahi ketika lapang. Mengenal ahli usrah dengan sebenar-benarnya serta memberikan sepenuh perhatian kepada permasalahannya.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
pak mat setuju benor dgn tulisan ini
salam..ana jua setuju..alangkah manisnya ukhuwah itu y terjalin dr ikat kekeluargaan y terbina..
Catat Ulasan