Isnin, 9 Februari 2009

SAYA BERPESAN


Assalamualaikum warahmatuLlahi wa barakatuh..

Ada beberapa perkara yang saya nak sampaikan kepada ahli gerakan dalam bentuk point sahaja.

1) Jangan suka mengkritik orang tetapi kita sendiri tidak berbuat apa-apa kepada Islam. Mungkin ada orang yang tersilap dalam gerak kerja dan ijtihadnya, tetapi sekurang-kurangnya mereka berijtihad dan mereka bekerja ke arah itu. Sedangkan pihak satu lagi, mereka tidak bekerja tetapi mereka menjadikan mengritik orang dan merendah-rendahkan pemikiran orang sebagai kerja mereka.
2) Jangan suka dan mudah berburuk sangka kepada orang lain. Tidak faham saya kenapa muda sangat kita berburuk sangka kepada orang lain tanpa menyelidiknya terlebih dahulu.
3) Jangan sibuk mencari kesalahan orang lai, apa lagi kesalahan yang kecil-kecil. Daripada kita mencari salah orang dan membesar-besarkannya, lebih baik kita bekerja dan membesarkan kebenaran dan keadilan untuknya.
4) Kepada orang tua, jangan sibuk-sibuk menyekat perkembangan anak muda. Saya kurang faham kenapa ramai orang tua suka sangat mencantas orang muda.
5) Jangan menyekat perubahan yang berlaku dan jangan suka salah faham tentangnya. Perkembangan anak muda mesti dibimbing bukan dicantas.
6) Jangan duk sebut-sebut lagi blok kekampusan. Masih lagi kedengaran Pengkagum UM. Saya tidak suka hal ini. Dalam gerakan kita, tiada sempadan yang memisahkan kita. Tiada blok kekampusan. Yang ada, la syarqiyah wala gharbiyah.
7) Jangan duk bergaduh sesama jamaah. Jaga adab sesama kita. Masing-masing bawa berbincang. Mungkin ramai yangmarahkan saya apabila saya mencadangkan agar dihazafkan saja perbincangan tentang ta’addud jamaah. Saya lebih suka kita membincangkan apakah format gerakan yang ideal dan baik pada masa sekarang.
8) Ada orang kata saya cuba menghapuskan kertas kerja wala’. Bukan itu niat kita. Niat sebenar saya adalah, betulkan balik persepsi dan kefahaman tentang wala’. Wala’ tidak boleh melahirkan orang yang mengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli. Sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan membuta tuli.
9) Betulkan sahaja silibus usrah yang ada sekarang. Bincangkan perkara yang lebih relevan dengan situasi sekarang. Bincangkan perkara yang lebih sesuai sebagai pemerintah bukan lagi pembangkang. Saya sangat tidak bersetuju apabila dinyatakan, manhaj tarbiah yang lama masih lagi sesuai sedangkan zaman dan peredaran politik berlaku begitu pantas.

5 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Salam kasih kerana Allah.

Setelah membaca apa yg akhi tulis, ana dpt merasakan yg akhi sebenarnya tertekan dgn komen dan kritikan drpd sesetengah pihak terhadap akhi. Nasihat ana, akhi cubalah flashback apa yg telah akhi lontarkan dan apa yg telah akhi suarakan. Adakah di sana terdapat sedetik atau sezarah niat yg bukan kerana Allah tapi kerana benda lain. Cubalah cek dan muhasabah balik, mungkin kita terlepas pandang sesuatu, jadi Allah cuba tunjukkan dan cuba betulkan kita balik. We have to be in the right path no matter who we are and no matter where we be. Just a little bit advice to you. Kerana ana yakin dan percaya, bila kita merasakan diri kita diancam, maka pemikiran rasional kita kadang-kadang berada di belakang emosi atau dgn kata mudah, emosi akan mendahului akal. Akhir kalam, ana mohon maaf sekiranya ana terlajak kata dan terlebih nasihat.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

pengkagum um...eloklah pengkagum um dari pembenci, feudalisma kampus..da mcm don carleone..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan pandangan saljuputih, sdra dzul tak perlu emosi dengan kritikan.

Konflik kaum tua-muda adalah suatu yang perlu kita terima.

Penyelesaiannya adalah kebersamaan kaum tua-muda dalam menyelesaikan suatu isu dengan muafakat. Ini ujian besar bagi pendokong gerakan. Sukar tetapi saya yakin sdra dzul boleh lakukan dgn izin Allah.

Sdra Dzul kelak pasti menjadi kaum tua, mungkin kita kaum muda tidak nampak apa yang kaum tua nampak.

Saya juga setuju, kaum tua tidak harus mencantas idea dan pendekatan kaum muda. Komunikasi harus dirutinkan agr penbedaan dapat diminimakan.

walaupun kita ada zaman masing-masing, raikan zaman tetapi jangan sesekali lupakan sejarah. sejarah diaspirasikan dari si tua, yang harus diperkasa oleh si muda.

Nasihat saya bagi penggerak gerakan mahasiswa, ciptalah sejarah sebanyak yang kamu inginkan tapi jangan sampai sejarah mengetawakan kamu!

Nota
saya sendiri pernah dirangsang oleh nasihat saudara dzul ttng solat israqi seketika dulu.TQ. saudara memang alim dan beraura.

Pak Mat

Tanpa Nama berkata...

knapa agak lain us.dzul punya lontaran idea sejak pulg dr indnsia?trkesan dgn Kammi ke?tak mgkin smua yg dlakukn di negara lain,bleh dilksnakan smua dlm kondisi msia.hrgai klbhn kita,insyaAllah..ape2 pun,bnyk idea abg dzul ni yg bgus dn prlu dfkirkn.tapi hapus tjuk ta'adud jmaah,prlu difikir pjg.jgn nnti kita yg merepek bila ahli lari dan dirompak org;)

Insoft on 11 Februari 2009 pada 11:59 PG berkata...

Ana sokong review perlu utk taadud jemaah. Sesuaikan dengan waqi' dan masa.
Wala' juga perlu pertimbangan dan kebijaksanaan.
Fikirkan yang terbaik pada keadaan yang paling praktikal.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE