Dalam forum itu, seorang bangun menujahkan soalan khusus untuk saya. Apakah mungkin factor mahasiswa menjadi lemah kerana mereka tidak memahami politik kenegaraan, atau kurang ilmu tentang politik itu sendiri?
Saya gembira mendengar soalan itu. Menarik dan bernas. Saya menyediakan beberapa jawapan itu diberikan kepadanya.
Saya menimbulkan kehairanan, mngapa politik dihalang dalam unersiti. Walhal politik adalah yang mendominasi Negara ini. Kita sangat memerlukan ahli politik dan pemimpin Negara berbanding atlet. Maka mengapa terdapat fakulti sukan tetapi tiadafakulti politik.
Dr Mat Rofa semasa kami makan-makan menyebut, seolah-olah di Malaysia terlalu takut dengan perbincangan politik secara intelektual. Mereka menganggap bahawa perbincangan politik adalah politik. Alhamdulillah dalam forum tersebut saya tidak takut untuk menyebut nama parti dan berbincang tentang sedikit politik.
Negara sekarang memerlukan ahli politik yang berwibawa.
Yang tahu tentang ilmu perlembagaan.
Yang tahu tentang selok-belok politik.
Yang tahu bagaimana menjadi pengurus dan pemimpin yang efisien dan efektif.
Yang tahu tentang keperluan rakyat.
Yang tahu tentang soft skill seperti pidato dan menulis.
Yang tahu bahawa politik wang adalah terkutuk.
Yang tahu tentang politik dunia.
Yang tahu bruk-buruk dalam politik.
Yang tahu apa yang perlu dibuat oleh seorang pemimpin.
Yang tahu apa yang perlu bagi seorang YB dan MB, malah oleh seorang senator.
Yang tahu tentang sejarah.
Yang tahu dan mahu mencipta sejarah.
Alangkah, banyaknya ilmu politik, namun masih belum ada fakulti untuk politik.
Dalam kesempatan ini saya menyebut, tumpuan Gamis adalah politik dalam kerangka yang luas. Bukan tumpuan utama Gamis adalah tarbiah, atau keilmuan.
Tetapi Gamis adalah gerakan politik dan gerakan rakyat.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
6 hari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
setuju setuju setuju
Catat Ulasan