Saya dijemput untuk berforum bersama Dr Mat Rofa, seorang pensyarah Matematik di UPM. Bukan senang mahu mengimbangi keunggulan ilmu orang seperti beliau. Sekiranya saya datang tanpa persediaan ilmu yang mantap, pasti saya akan longlai dan lesu dipukul nilai keilmuan yang bertapa dalam dadanya.
Ternyata beliau seorang yang sangat berprestij. Lelaki yang sensasi dengan ilmu dan sangat berprestasi. Saya tertarik mendengar beberapa hujjahnya. Saya pula, pada round yang pertama membentangkan dalam 10 slaid daripada 80 slaid yang dimiliki saya berkaitan ketamadunan Islam.
Dr Mat Rofa sebenarnya sekampung dengan saya. Malah rakan sepermainan mak saya di waktu kecil. Beliau antara anak kampung yang berjaya dan telah berhijrah lama meninggalkan kampung.
Saya kemudiannya mendapat kesempatan yang terbaik untuk berbincang dengan beliau selepas forum, semasa kami makan-makan. Ada satu maklumat yang sangat berbekas dalam diri saya. Telah saya ketahui sebelum ini namun tidak pula saya perasan.
Rupanya, Pulai Chondong yang merupakan tempat kelahiran saya merupakan pusat ilmu pertama di Malaysia, jauh sebelum wujudnya Tok Kenali lagi. Ketika itu berdasarkan maklumat sejarah, ramai orng dari pelbagai pelosok termasuklah Indonesia yang datang bersinggah di Pulai Chondong untuk mendalami ilmu dengan Tok Pulai Chondong.
Selain itu disebutkan juga, bahawa bahagian menara masjid bahagian bawah adalah lebih tinggi berbanding yang di atas. Itu merupakan menara tertua di Kelantan, malah dikatakan di Malaysia menurut Dr Mat Rofa.
Ketika orang kampung ingin mengangkat kayu untuk dibuat menara, mereka menghadapi kesulitan kerana dikatakan kayu itu terlalu berat. Namun ia menjadi ringan setelah Tok Pulai Chondong duduk di atasnya. Ini merupakan satu karomah yang mencarik adat kebiasaan.
Tok Pulai Chondong dikatakan pandai bersilat dan mampu melompat sehingga setinggi pokok kelapa. Ketika beliau menuntut di Mekah, beliau tiba-tiba berada di Kelantan kerana balik ingin makan durin. Bumi dilipatkan untuk beliau. Ketika beliau membukan Pulai Chondong yang ketika itu masih lagi hutan, ketika beliau bersolat, binatang-binatang buas tidak berani merapati beliau.
Dalam forum tersebut, Dr Mat Rofa menekankan ilmu dan falfasah ilmu. Saya pula membuat konklusi bahawa membentuk suasana adalah sangat penting dalam membudayakan ilmu. Bersama dengan seorang ahli akademik memaksa saya bercakap dalam laras akademik yang sarat dengan fakta. Bukan lagi sebagai anak muda yang hanya bersemangat.
Semoga audiens semalam akan mendapat kebaikan yang melimpah.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
compartmentalisation ilmu yang memisahkan manusia dgn falsafah ilmu yg luas. pemfokusan ini nyata telah membunuh hakikat "doktor falsafah" yg diperolehi. mereka septutnya mencapai kesepaduan ilmu.namun, yg berlaku adalah sebaliknya.ahli fizik hanya tahu hukum fizik. ahli biologi hanya tahu menerangkan fakta atau proses yg nyata terlalu kecil dan specifik.
ada yg mengatakan inilah syumul yg cuba digagaskan islam, bermaksud syumul dari segi jamaah, melengkapi antara satu aspek dgn yg lain. begitukah??
pada saya, kepakaran mmg perlu fokus krn tiada org yg mampu utk pakar dlm semua bidang. namun, kesepaduan secara konseptual perlu ada dlm diri setiap daie krn tidak mungkin kt dapat menerangkan dan menyelesaikan sesuatu masalah @fenomena jika bersandarkan kepakaran atau ilmu kita dlm satu bidang shj. mksudnya, jika ust dzul pakar dlm gerakan, ust juga perlu tahu ttg sains, fizik, biologi,ilmu komputer, dan lai2 lagi. dr.mat rofa pun. saya? insyaAllah...sedang berusaha mencapai kesepaduan ilmu itu.
kami juga terpukul malam tu..rupanya, banayak lagi yg kami tak tahu. keagungan tamadun yg dicorakkan menatijahkan satu gerakan yg cuba mendaulatkan islam kembali setelah ia jatuh.
"ini zaman aku. maka aku yang akan mencorakkannya"-kata aku, bukan kamu! =)
-audien siswa talk
Catat Ulasan