“Mahukah kamu,” Tanya Sang Khalifah kepada Imam Malik. “Mahukah kamu kalau aku memerintahkan semua manusia berpegang dengan al-Muwatta’.
Imam yang besar itu menggelengkan kepala. “Para sahabat juga berselisih pendapat sesama mereka, maka kapankah kita untuk menyatukan pandangan manusia”.
Malah Ibnu Abdul Aziz Sang Khalifah al-Rasyidah kelima berkata, “Aku lebih suka keadaan sahabat yang tidak sependapat sebagai lambing luasnya pemikiran.
Saya berkongsi dengan sahabat baik tentang perluasan idea. Kata saya, “Setelah menamatkan meeting tarbiah semalam, terpacullah satu idea besar yang sebenarnya telah dibawa ana setahun yang lepas. Namun sekarang difahami dan diserapi”.
Maka kesabaran pimpinan adalah perlu. Pemikiran dan idea sudah meluas. Namun sabar menanti hasil.
Bukan semua orang akan memahami dan menerima idea kita pada masa tersebut. Ia memerlukan masa. Orang zaman dahulu menuai, kita merasa hasilnya. Kita pula akan terus menuai. Agar orang datang akan merasai hasilnya.
Jangan tergopoh-gapah. Kata pujangga,
“Kita punya hari esok,
Kita punya impian”.
Maksudnya, esok masih ada. Selagi sangka kala belum ditiup, usaha mesti diteruskan. Putus asa mesti ditangkis. Idea mesti dikeluarkan terlebih dahulu. Biar kecoh sekarang. Biar bising sekarang. Biar orang marah-marah. Kela daripada sulbi mereka, ada yang akan menerima dengan dada terbuka.
Maka Ibnu Kathir bermati-matian mempertahankan gagasan pemikiran Ibnu Taimiyah. Al-Qaradawi beranikan diri untuk berbeza pandangan dengan ulama Saudi. Semua ini memperuntukkan keberanian.
Pemikiran tidak boleh berehat, sebagaimana tempelak Ibnu Hanbal terhadap Ahmad bin Dawud Abu Sa’id al-Wasithi. Istilahnya ialah, beliau memiliki akal yang berehat. Ashabul ‘Uqul al-Mustarihah. Tuan punya akal yang beristirahat.
Ia perlu dikembangkan dengan bertempik berteriak, “Ini adalah zaman aku, akulah pencoraknya”. Malah dengan berani pujangga menyebut, “Bukan pemuda yang asyik bersenandung dengan kehebatan ayahnya, tetapi pemuda yang sebenar melaungkan, Inilah Aku”.
Seberang memang terlalu jauh. Namun lambat-laun, kita akan sampai ke seberang. Dulu disangka bumi ini empat segi. Akhirnya orang mengetahui hakikat bulat.
Nami SAW dengan pandangan futuristik melihat tidak menyalahkan isi kandung Tahif sebaliknya menantikan generasi dan tunas baru yang akan bertumbuh. Maka baginda melangkah berani meskipun digelar sang penyihir handalan.
Maka saya apabila melihat sekian komentar yang banyak dilemparkan kepada saya, lalu bertanyalah seorang sahabat yang memahami. “Apa perasaan?”.
“Seronok,” sambil mengulum senyum saya menambah, “Saya tidak pernah terguris”.
Sesungguhnya, duri-duri itu akan saya cabut kelak.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
6 hari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Inilah sifat pemimpin yang sebenar. berlapang dada dalam menerima kritikan malah bertambah semangat untuk membuktikannya benar. Teruskan ustaz doa kami sentiasa bersama. Kerja agama ni kita takkan dapat puaskan hati semua orang. timbulnya golongan yang menentang mungkin kerana kejahilan dan mungkin kerana cemburu dengan kelebihan yang Allah beri pada ustaz. yang menyokong akan tetap menyokong tapi bukan kerana ustaz tapi kerana perjuangan ustaz untuk Islam.
Allahuakbar!!!!
Bagus Ustaz!
keyakinan diri begini, mampu melahirkan jiwa yang kental.
apa lagi ia di sulam dengan hujjah dan ilmu.Bukan dengan emosi yang tiada kenal erti rasional.
Hanya orang yang berjiwa besar dan berilmu tinggi mampu mengharungi segala macam kritikan dengan jiwa yang tenang .
Teruskan perjuangan ini dengan menepati Al-Quran dan Sunnah.
maca pena dengau je
“Bukan pemuda yang asyik bersenandung dengan kehebatan ayahnya, tetapi pemuda yang sebenar melaungkan, Inilah Aku”.
Manusia dicipta utk bgerak...bla..bla..bla.. kotak fikiran pn kne sntse bgerak. jgn biar beku dalam kejumudan, mbuahkan muslim fantasi.
Catat Ulasan