Saya baru tiba di KL setelah seminggu berada di rumah. Semalam ketika waktu petang menyentuh alam, saya menjejakkan kaki ke PWTC. Dalam jam 5 petang ketika itu.
Saya meninggalkan rumah dalam keadaan cukup sendu dan sayu. Meningggalkan mama adalah satu kepahitan yang harus saya telan. Telan saja, jangan fikir panjang. Sahabat saya sudah menceritakan apa yang berlaku dalam blog saya. Panas dan bingit. Namun bagi saya, “Ia pasti menyeronokkan”.
Adik saya dari UTM akan mengambil saya. Kemudian saya bertemu dengan adik yang lain dan sya sempat berkongsi beberapa permasalahan. Saya simpulkan ada dua perkara besar yang mesti difikirkan bersama secara kritikal.
Pertama, soal pembinaan fikrah yang qawiyyah dan tajarrud. Kedua, soal perluasan tarbiah dalam merangkul seberapa ramai untuk diahlikan.
Saya sempat singgah mandi di rumah mereka yang bersih bagi saya. Sesuai dengan kehendak dan tuntutan Islam. Kemudian saya pergi menyampaikan kuliah Maulidurrasul sebelum saya menyertai perbincangan tentang tarbiah bersama dengan semua penggerak tarbiah lembah klang.
Perbincangan tentang tarbiah semalam menarik dan melahirkan dua atau tiga resolusi bertindak yang luar biasa. Saya teruja kerana saya melihat dalam dimensi yang berbeza berlapikkan pengalaman saya berziarah ke banyak kampus. Mungkin orang lain kurang mengerti mengapa sebegitu sekali saya teruja.
Saya melihat, kesudahan daripada tarbiah kita ialah, kita melahirkan orang yang tidak berani mencabar status-quo tarbiah itu sendiri. Sebagai contoh, ulama dahulu menjadikan bacaan Yaa Siin pada malam Jumaat sebagai satu strategi dakwah namun baru sekarang orang berani mencabar status-quo strategi itu. Maksud saya, baru kelihatan ramai yang berani mencabarnya.
Ia bermula dengan beberapa pemikiran muda yang mengkritik. Bukan dengan niat membid’ahkan perbuatan tersebut, tetapi mempertikaikan gaya dan strategi. Bacaan Yaa Siin perlu difahami sebagai satu strategi dakwah, bukannya amalan berterusan.
Namun bermula dengan beberap kerat itulah akhirnya mencetuskan gelombang. Saya melihat begitulah dalam tarbiah. Kita masih belum berani mencabar status-quo tarbiah sekaligus ia membawa satu mesej yang sangat jelas, telah saya sebutkan di atas,
“Kita hanya ahli yang Pak turut dan tidak berani berubah”.
Saya menyebut kepada sahabat tarbiah semalam. Antara kekangan yang beraku secara praktikal, yang menghalang perjalanan tarbiah daripada bergerak lebih pantas ialah, blok kampus yang merantai.
Masing-masing memfokuskan kampus dan menjadikan agenda kampus adalah yang terpenting sehingga tidak berani untuk menghantar orang-orang mereka untuk membantu kampus yang lain. Masing-masing berbangga dengan kuantiti dan kualiti ahli kampus masing-masing.
Lalu kenapa kita mahu berbangga dengan kampus kita sedangkan kampus lain tercungap-cungap?
Saya pun tidak tahu…
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
6 hari yang lalu
9 Cadangan/Pandangan:
Salam.
Ana bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan ustaz sebelum ni. kelemahan kita dalam nak mengembangkan strategi dakwah noleh dikategorikan lemah. salah satu faktor dalah lemahnya kita nak memperaktikkan ilmu yang kita ada. Kebanyakan ahli jemaah bukan tak berilmu, tapi lemah dalam mengembangkan skop ilmu itu sendiri. Kita dapat lihat dalam bidang tarbiyyah, modul yang disediakan tidak akan melahirkan golongan pemikir tapi golongan penerima ataupun golongan pengangguk, ahli jemaah tidak diasah dengan budaya dakwah yang meluas, malah hadang-kadang skop dakwah disempitkan. ana tak menuding pada semua kampus. Saya sokong tindakan yang ustaz nak jalankan. Semoga tarbiyyah nak ditekankan lebih bersifat proaktif.
Walau apa pun yang depa dok kata itu retorik la, memandai nak buat perubahan la, bagi ana itu tak menjadi masalah.Yang penting follow up dan muhasabah mestilah dilakukan secara istiqamah secara istiqamah.
Berkenaan entri ni, all of us need to talk with their language, bukannya berapi-api semasa apa2 jua liqo' antara kampus membincangkan kehebatan kampus masing2. Sedangkan kampus yg tarbiyahnya baru established tu tergamam, lantas rasa terasing dengan mereka dari kampus2 yg tarbiyah dah mantop belaka tu.
Yg canggih manggih akan terus bangga dengan pencapaiannya, dan yang kurang sikit akan rasa tersinggung dan segan nak berkongsi masalah kampusnya yang 'oh, keciknya problem tu'.
Dalam hal ini, saya menyokong ustaz yg tak langsung pndg rendah pd kami yg kecil, tak kisah luangkan masa membincangkan hal kecil kami, lantaran percaya mereka yg kecil ini sebenarnya punya potensi sangat besar,malahan yg kecil inilah yang mungkin buat perubahan besar.
Rasa terharu.
Dan keyakinan pd ustaz ni bukan atas dasar termakan dengan kebaikan ustaz (saya tolak itu ke tepi), tetapi atas dasar faham saya atas apa yg ustaz bawa.
[mungkin bicara tampak kecil, tapi ku punya jiwa besar]
-Iman-
ust, baru2 ni ade satu seminar pendidikan Islam kontemporari anjuran Lajnah hal ehwal pendidikan PAS Pusat...
saya dimaklumkan, banyak NGO2 Islam dan badan2 parti ataupun non partisan dijemput.. tapi, antara NGO yg tidak menghantar wakil ialah GAMIS..
sy trsenyum sndirian swaktu brsembang dgn wakil PKPIM di meja makan pd hari pndaftaran (x sembang pun ttg Gamis)..
trsenyum krana tringatkan kesungguhan ust inginkan perubahan minda dlm kalangan ahli tetapi........ (fill in da blank).............
Antara yang tercungap2 yang memerlukan bantuan oksigen adalah kampus2 baru seperti kami (private/IPTS)..=(
siapakah yang sudi menghulurkn tangan meringankan beban..huhuhu..
(jwpnnya x ramai melainkan shbt2 J kampus utama y ada beberapa kerat sja yg prihatin). trm kasih shbt2 yg sudi mndengar walapun skdr mendengar, itu sudah pun cukup mengubat kegersangan tarbiyah d tmpt yg asing spt ini.
Insyaallah akan kami teruskn perjuangan ni sghha ke ahirnya.
mhn doa smua ya.
p/s: kpd shbt2 j kampus utama, bersyukurlah krn antum terus tersalur dgn mudah sebaik sja pertama kali mnjejak kaki ke kampus uni.adanya kakak2 n abg2 yg blh menunjukkan jalan. tidak terkapai2 spt kami.jgn jadikan ia 'comfort zone' tp keluarlah dr kepompong itu dgn melihat lbh luas suasana di luar. jgn pula kita menyia2kn jmh di kampus. sudah ada tapi tidak mahu kpdnya..itulah org2 yg rugi. jdlah insan yg bersyukur.
-ghuraba'-
mana pi yang hebat2 masa matrx n kat kampus dlu?...
lps grad da byk da ilang.. senyap...sunyi...sepi....
pdhl dlu msa kat kampus org2 nilah yg berdegar2...dgn smgtnya dn sbgnya.
hilang..hilang....
situasi ni dah seolah mnjadi prkara yg biasa bila kuar n grad dr kampus...menyedihkan. stlh usia tarbiyah yg lama, adakah ini hasil yg kita harapkn dr produk2 trbyh kmpus...
adakah mereka mungkin menghadapi masalah.
tp ada yg prihatin?
kepada tanpa nama... nasib kita serupa... terkapai2 dalam menyelusururi alam tarbiah ni...
amat susah menjadi pioneer apatah lagi dlm keadaan "lone ranger"... ahli2 yg baru ada kalanya datang,adakalanya pergi... mengharap kan bantuan dari org luar, mmg amat susah sekali... diri sendiri pun x mampu utk dipimpin apatah lagi org lain??? futur??? ahh,,, sudah sebati dlam diri... ntah apa yg akn jadi slps ni...huhuuu
Salam Borneo..
Tidak keterlaluan ana katakan tarbiah peringkat kampus di semenanjung jauh lebih ke depan berbanding kami yang berada di Borneo yang masih mencari keahlian yang masih bergelut mencanai ahli secara keseluruhan untuk memastikan gerak kerja dakwah yang lebih cemerlang.
Ana bersetuju dengan pendapat ya akhi berkenaan memeberi nafas kepada kampus-kampus laen seperti yang diharapkan di peringkat kampus borneo.
nasihat dan pandangan dalam merubah secara total pentarbiyahan ahli supaya lahir generasi yang mampu mencabar dan bersuara tanpa rasa takut dalam diri dan perkara sebegitu yang kami harapkan dari Borneo untuk memperkasa sepenuhnya sinar dakwah di kampus dan seterusnya di luar kampus terutamanya di Sabah.
Salam ziarah,
Sahabt dr borneo jgn rasa tewas. Tidak ada apa yg hebat pd tarbiyyah n sistem di kampus2 semenanjung. Malah cabaran yg mrka hadapi akibat kepincangan tarbiyyah merka sndri tidak jauh dr apa yg sdra hadapi di semenanjung. Tidka perlu memandang jauh ke seberang. Pd antum ada kekuatran dan kemampuan selagi ada leikhlasan dan kesatuan.
salam
kampus yg punya ahli ramai tak semestinya mantap.
kampus yg punya ahli sedikit tak semestinya hampeh.
memang tak leh nak dinafikan, kampus2 baru yg ade j tumbuh mcm cendawan. Byk sgt. Sy percaya ustaz dzul atau MT GAMIS sendiri tak tau kampus mane yg ader jemaah. Mungkin mereka kenal IPTA, tpi IPTS?
Sy suka nak mencadangkan, agar kampus2 yg kuat dan punya ahli ramai ini turun padang bantu kampus2 yg masih lemah. Cuba kita wujudkan sistem 'kampus angkat'. Contohnya, kampus yg kuat akan mengambil kampus yg lemah sebagai kampus angkat mereka. Contohnya UM boleh ambil sebuah kampus swasta yg berdekatan dengan mereka. Ini memudahkan perkongsian maklumat, perkongsian program dan UM tentu boleh membantu kampus swasta tersebut untuk menguruskan tarbiyah. Mungkin ahli jemaah UM leh turun ke kampus tersebut sebulan sekali, or paling sayang pun seminggu sekali.
sebenarnya sy sudah lama melihat fenomena ini, tapi siapa yg ingin mengerti... ?
wallahualam
::: sekadar pandangan :::
~ khadeeja ~
Catat Ulasan