Khamis, 12 Mac 2009

SAYA MAHU SAMBUNG BELAJAR


Akhirnya saya mengambil transkrip dan sijil akademik. Sepatutnya diambil sejurus selepas konvo, namun sebelum ini saya merasakan ia tidak penting. Lagipun, saya bukan mahu bekerja dengan mana-mana sektor kerajaan. Kakak yang bertugas di Seksyen Peperiksaan terkejut apabila mendapati saya baru saja mengambilnya.

Azlan secara sinikal memberitahu saya, “Nasib baik nta nak sambung belajar, jika tidak…”. Saya hanya tersenyum. Seorang sahabat mengiyakan apa yang disebut oleh Azlan. Jika saya tidak mengambil keputusan untuk menyambung pengajian saya, mescaya transkrip dan sijil itu kekal di Seksyen Peperiksaan dan saya akan mencoret sejarah di UM.

Sambung belajar, ada beberapa makna

“Saya akan semakin mengerti beberapa perkara yang majhul selama ini”.

“Fikrah saya bertukar dan kemungkinan besar saya sendiri akan mengatakan “TIDAK” terhadap beberapa bentuk pemikiran yang telah terluahlan selama ini”.

“Persepsi saya berkenaan alam pekerjaan mungkin berubah”.

“Mungkin saya akan menjadi pensyarah dan bekerja secara formal”.



Sebetulnya, saya tidak berminat sangat dengan alam politik. Apabila orang berbincang berkenaan keruntuhan kerajaan PR di Perak dari sudut politik, bersidang bawah pokok dan sebagainya, saya pula berfikir dari sudut keilmuan.

Saya tidak mahu menjadi seperti kebanyakan ahli gerakan yang hanya pandai mencemuh tetapi tidak tetap pendirian. Tetapi ramai juga yanhg berprinsip. Sebagai contoh, apabila timbul isu Ummah Centric dan Salafiah, maka ramai yang mempertikai kedudukan dan keabsahan jamaah. Ia menyedihkan.

Saya memang ada mengkritik beberapa perkara yang teramal, dan saya memberikan beberapa idea termasuk soal ta’addud jamaah, namun saya berpegang kepada sesuatu dengan kefahaman dan keyakinan saya. Saya tetap berpegang dengan keabsahan berjamaah,

Maka dalam isu Perak tadi, saya lebih suka melihat dari sudut,

“Benar ke kepentingan Melayu sangat dipentingkan dalam waqi’ Malaysia?”

“Sejauh mana ketaatan kepada pemerintah mesti diberikan?”

Ini kerana muncul beberapa golongan yang bukannya mendokong kezaliman tetapi mereka berpegang dengan nilai keilmuan yang akhirnya melahirkan beberapa resolusi,

“Kemelayuan dan bangsanya perlu dijaga”.

“Pemerintah wajib ditaati walau sezalim mana”.

“Meskipun UMNO zalim, namun merekalah yang paling layak memerintah kerana PAS dan PR lemah dalam pentadbiran”.
Mereka bukan menolak kesungguhan PR, tetapi mereka melihat dengan jangkauan berbeza. Mereka beranggapan bahawa UMNO relevan sebagai sebuah pemerintah namun tidak sesuai sebagai sebuah parti. Manakala PAS relevan sebagai pembangkang bukannya pemerintah.

Maka saya lebih suka melihat dari konteks ini. Pertarungan dalam gelanggang politik mungkin saya bukan orangnya. Namun saya tidak sabar-sabar unhtuk mempertingkatkan keyakinan saya dari sudut kefahaman mendokong gerakan Islam ini.

Maka dengan itulah saya ingin menyambung pengajian saya.

Sesetengah orang tidak mengerti terhadap beberapa nilai perubahan membuatkan mereka mudah sekali menghukum. Kata mereka,

“Dulu lain sekarang lain”.

“Dulu Tok Guru tak sokong Cina sekarang bekerjasana”.

“Dulu Dzul bukan main lagi di Nilam Puri tetapi sekarang mengkritik pula”.

Macam-macam yang diungkitkan. Saya rasa, kefahaman memang berubah, teknikal dan tektikal juga begitu. Perubahan adalah suatu perkara yang biasa dan disebut failasuf Yunan sekalipun. Berubah melihat kepada kondisi dan inilah nilai usul fiqh yang pernah saya nyatakan,

“Bila sempit, luaskan. Bila luas, sempitkan”.

Tetapi bagi orang yang berfikiran sempit, mereka ingin kekal dengan pandangan silam dan tendangan lama. Mereka lebih mengutamakan perkara warisan dan tidak berani melakukan proses ijtihad. Ust Mad Sabu naqib saya sering mengingatkan,

“Gabungkan antara lama yang soleh dan baru yang bermanfaat”.













8 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

us sambung blajar apa,us?

Tanpa Nama berkata...

sambung lah belajar dikala usia mu masih lagi semanagat untuk belajar!!!

Tanpa Nama berkata...

masa muda lah masa utk menunutut ilmu
tak rugi pun andai ilmu diamalkan.
gud luck!!!

Anak Muda Reform on 16 Mac 2009 pada 2:40 PG berkata...

jangan sebarkan fikrah2 yang pening..hang dah jadi tumpuan malaysia..betul konsep keilmuan, soal kebenaran..malangnya..kebenaran dan keilmuan ini tidak melata di dalam semua kampus yang ahli GAMIS gagal lagi memahami pergerakan dan pembawaanmu..memang benar ape yang dikata..tapi disebabkan ahli tidak memahami, itu yang timbul kekeliruan dan kepeningan dikalangan ahli...mula la timbul budaya kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah...kadang2 ada yang terlalu bersemangat yang tidak bertempat...nialilah keadaan dan kondisi ahli GAMIS semua...pergerakan ini bukan bersifat one man show, tapi kita sedang bergerak bersama2 dengan generasi kita...

Tanpa Nama berkata...

selamat tinggal GAMIS?

ni mesti dah habis tempoh mengemudi GAMIS..

apapun selamat berjuang di medan baru.... berkerjaya, berkeluarga...

hmm...cukup mencabar...

ok, sdra pak alim..Allah merahmatimu

pak mat, tukang masak

Muhammad on 16 Mac 2009 pada 7:30 PTG berkata...

Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)



Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Aturcara:

Sholat Maghrib berjemaah
Bacaan Ratib al-Haddad
Bacaan Maulid - Diyaul Lami’
Ceramah oleh Habib Kazim
Qasidah
Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Sholat Isya’
Jamuan
Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

http://pondokhabib.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

Ana makin pening..hampir nak lari...nak belajar jer, tak nak berorganisasi lagi!!

hmmm...

Tanpa Nama berkata...

smbung ja blajar....

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE