Ahad, 22 Mac 2009

IDEA BARU TARBIAH


Dalam meeting tarbiah nasional pada satu malam, telah timbul beberapa cadangan yang saya kira radikal. Saya tidak kata saya bersetuju sepenuhnya dengan kesemua cadangan yang terlempar, namun saya melihatnya sebagai satu gelombang perubahan yang harus saya sambut dengan berani.

Beberapa cadangan yang berani itu sebagai contoh

1- “Rombak semula sistem tarbiah peringkat pertama”

Idea ini sangat radikal dan mencabar. Ia perlu bagi saya namun bukan sekarang. Ia perlu kepada satu proses yang panjang tetapi mesti disingkatkan.

2- “Selaraskan semua bentuk tarbiah di semua kampus tanpa mengira waqie”

Ini juga idea yang mendebarkan. Saya tidak sangka idea menyisihkan waqie timbul. Awalnya saya sangat tidak bersetuju. Namun “Sangat tidak bersetuju” itu bertukar kepada hanya “kurang setuju”.

3- “Identitikan kampus. Siapa yang mahu tarbiah undang-undang, sila ke UIA. Siapa mahu tarbiah siasiyah, sila ke UM. Dan begitulah seterusnya”

Ini dikatakan sebagai idea Naruto. Setiap sekolah ada pemikiran dan gagasan tersendiri. Akhirnya mereka ditempatkan dalam satu tempat untuk memilih juara kungfu dunia. Saya tidak berminat dnegan Naruto dan kurang memahaminya.

Saya menjunjung tinggi pemikiran dan idea yang ditimbulkan. Dengan saya membuat kesimpulan,

Ada idea bagus namun kurang sesuai dengan zaman tersebut. Namun ia perlu digegarkan terlebih dahulu supaya orang berfikir.

Masalah pada masa tersebut tidak akan dapat diselesaikan dengan menggunakan nilai pemikiran pada masa itu menurut Einstein. Kita perlu menggunakan pemikiran masa depan untuk menyelesaikan masalah masa sekarang.

Rupanya, ramai bersama saya untuk membawa agenda perubahan. UMNO dan PAS pasti akan gempar.

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

heee... ust dzul pun tengok naruto?
oppss... =)

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE