Isnin, 23 Mac 2009

ORANG TUA YANG BERTUBUH KECIL


Agak sukar untuk bertemu dan beramah mesra dengan lelaki tua yang memiliki jiwa dan semangat muda ini. Meskipun saya telah masuk ke dalam rumah beliau, namun peluang untuk beramah mesra dan berbincang dengannya masih sempit dan menyempit. Beliau sentiasa diselimuti kesibukan yang berpanjangan.

Kehairanan menampar-nampar saya. “Orang tua ni, tak tahu penat ke?”

Banyak cerita tentang Tuan Guru yang sangat dihormati ini. Beliau mempunyai pandangan yang jauh dan berani berbeza pandangan dengan orang lain. Malah beliau tidak pernah gentar untuk melakukan satu pembaharuan yang aneh. Pemikiran dan jiwanya, jauh lebih muda berbanding usianya. Malah, lebih muda berbanding orang yang lebih muda.

“Tuan Guru,” saya mendapat kesempatan berbicara dengannya satu ketika. “Boleh saya bertanya sesuatu kepada Tuan Guru, agar dengan itu saya akan mendapat kebaikan”. Tuan Guru hanya mengangguk. Sebenarnya saya ada sebuah cerita yang menarik dan menggelikan hati berkenaan Tuan Guru yang terhormat ini.

Beliau berpesan agar jangan diminum ais kerana ais boleh melemahkan badan. Namun kemudainnya, apabila kami menghidangkan cendol manis kepadanya, terus Tuan Guru makan dengan nikmat. Kami tertawa di belakang. Benat Tuan Guru dalam memperkatakan tentang ais. Tetapi Tuan Guru agak melucukan apabila tidak sedar tentang cendol yang manis. Almaklum, orang Kelantan.

“Tuan Guru, macam mana Tuan Guru boleh mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa untuk mengerjakan qiamullail setiap malam sedangkan Tuan Guru sentiasa dihimpit dengan kepenatan dan keletihan bekerja, malah kepenatan berfikir serta melayan karenah rakyat dan lawan?” saya bertanya lembut. Tuan Guru mepelaskan sedikit nafas.

Saya pernah mendengar satu riwayat berkenaan beliau. Entah benar atau tidak. Dalam satu mesyuarat, Tuan Guru bertanya kepada ahli mesyuarat.

“Apa perkara yang paling antum kesalkan?” Maka pelbagai jawapan sebagai perkongsian timbul. Kemudian Tuan Guru menjawab ringkas, bahawa beliau sangat kesal kerana pernah terlepas qiamullail sebanyak dua atau tiga kali.

Berbalik pada yang tadi. Tuan Guru meminta saya merapati beliau dan beliau melagakan lutut beliau dengan saya. Sambil itu Tuan Guru berkata,

“Anak, jika mahu tidur nyenyak di akhirat, maka jangan layan sangat tidur di dunia”.

Dan saya, terpaku.

(ttg tok guru itu, benar. ttpi cerita ini bukan cerita benar)

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE