Saya tidak dapat tidur semalam, melainkan dalam tempoh sejam yang mengerikan. Sakit perut menerjah dan mengisi kesepian malam. Ternyata, ia satu petanda, “Jangan kamu leka dengan maksiat”.
Dan pada hari ini, saya membaca semula sirah nabawiyah karya Mubarakfuri. Sudah mencecah 400 m/s meskipun pada paginya saya tertidur lena dek sakit perut.
Karya Mubarakfuri lain daripada yan lain. Ia mengulitkan. Ia jauh daripada penyelewengan fakta dan mendekati kejernihan maklumat. Melihat kisah sahabat yang terlalu cintakan Rasul, menumpahkan air mata.
Banyak rupanya nama sahabat yang tidak saya tahui. Antara nama yang hebat ialah Abu Lubahah bin Abdul Munzir. Tapi siapa yang kenal beliau?
Kenalkah kita dengan Abdullah bin Salam atau Mukhayrit? Lalu saya amat terpukul dengan kelemahan dan kedangkalan ilmu saya.
Gerakan anak muda kampus, apakah kita mengetahui tentang sirah? Kenalkah kita dengan para sahabat? Tahukah kita apa peristiwa yang berlaku di sebalik lafaz bai’ah kaum Ansar?
Banyak lagi kita tidak tahu tentan sirah. Karya Mubarakfuri ada 700 halamanlebih. Saya masih punya 300 halaman untk dihabiskan hari ini juga.
Sesungguhnya, saya leka dengan karya sirah yang agung ini.
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
salam ya akhi....citer la lg pasal sahabat2 nabi 2...ana rase exited ni nak tau lbih lanjut lagi pasal sahabat2 nabi...
assalamualaikum ustaz..saya sudah membaca lebih kurang 80% karya sirah mubarakfuri(terjemahan) sewaktu tahun pertama di nilam puri semasa mengambil subjek sirah..apa yang saya boleh katakan, bila dah mula membacanya, tak boleh nak berhenti..sangat menarik..semoga ustaz dapat abiskan buku tersebut=)
kebelakangan ni, dalam beberapa posting ustaz ada banyak menekankan kepentingan menguasai ilmu di kalangan sahabat2 yang berada dlm arus perjuangan di kampus..saya sebenarnya sudah lama mengharapkan senario ini kerana melahirkan mereka yang berilmu dan bertindak lebih sukar daripada menghasilkan mereka yang bertindak dan mengikut..ada juga yang berilmu,tapi hanya berkata-kata..tak jalan juga..kesimpulannya, perubahan memang perlukan masa..
Catat Ulasan