Saya rasa, PAS sudah mula ke tahap krisis yang amat atas beberapa sebab. Antara sebab paling kuat untuk saya mengatakan demikian ialah apabila UMNO bercadang untuk menubuhkan Akademi UMNO, yang disebut sebagai lapangan melahirkan kader politik.
Khairy Jamaluddin dan Shahrizat pula dilantik untuk mengemudi dua sayap terbesar. PAS seharusnya berasa gusar dan mengambil langkah berhati-hati. Jangan berasa megah dan jangan berasa ‘kacang’ kerana dua orang tadi bukan orang yang biasa.
KJ bukan sekadar ada idealisme malah merakyat. Shahrizat juga begitu. Pahit maung bertembung dengan Rafidah akan mendesak beliau untuk berfikir dengan lebih kritis dan akan memberikan tamparan kepada muslimat PAS. Sedangkan Muslimat PAS, saya tidak tahu di mana taring dan gigi gerahamnya.
PAS jangan marah dengan artikel saya ini. Ini kerana orang PAS pantang dikritik tetapi pandai mengkritik.
PAS mungkin ada Akademi Kepimpinan Pemuda. Namun saya tidak tahu bagaimana prosesnya dan sejauh mana kekuatannya. Namun sekarang belum lagi terlihat kesan yang terbaik. Mungkin masih menanti masa dan masa dan masa.
UMNO melalui Saifuddin Abdullah mahu menubuhkan Akademi UMNO. Yang menariknya, melahirkan kader politik. Ini bahasa yang digunakan orang PAS sebelum ini. Maka apabila orang terdesak seperti UMNO bertindak, pasti mereka akan serius sebagaimana orang Quraisy yang terdesak membalas dendam dalam Uhud. Saya tidak kata UMNO orang Quraisy.
Kepimpinan UMNO lebih global. Mereka mampu memberikan nafas latihan yang kritikal dan meyakinkan. Mereka memiliki ramai tenaga pakar malah mereka mampu mengimport sesiapa sahaja untuk memberikan latihan. Saya sebagai anak muda sangat mendokong aspirasi UMNO ini dengan harapan, agar latihan kejiwaan dan semangat Islam turut diterapkan.
Bagi saya, jika UMNO serius dengan akademi tersebut, maka UMNO akan pergi laju. Saya juga melihat, UMNO bukan sahaja akan berlatih dalam kepompong malah akan menterjemah latihan tersebut dengan merakyat. Apalagi jika diberi peluang kepada KJ sebagai penasihat. Ia lebih menggerunkan sebenarnya.
PAS akan berkubur. Ya, sudah tiba masa untuk Mahfuz membaca talqin dan mengkapankan pemuda PAS, malah PAS seluruhnya. PAS mungkin handal dalam membangkang dan politik, tetapi PAS tidak menjaga tarbiah melahirkan kader yang berkualiti.
Jika PAS tidak mengambil tindakan drastik seperti UMNO, ya, PAS akan mati. Budaya ilmu dalapm PAS tidak wujud. Budaya tarbiah lama yang ditekankan dan ia membosankan. UMNO saya yakin akan membuat silibus tarbiah yang tinggi seperti mempelajari undang-undang dan perlembagaan serta rencah politik, tetapi PAS masih membincangkan soal aqidah dan perkara yang membatalkannya. Bukan terjemahan.
UMNO sudah belajar daripada kesilapan lalu. Mereka melihat PAS kuat kerana ada tarbiah dan perkaderan. Lalu mereka pun melaksanakan tarbiah dan perkaderan. Maka jika UMNO turut mengadakan perkara tersebut, maka UMNO akan bertambah kuat. PAS akan melemah.
Maka apakah PAS masih lagi dengan cita-cita mahu berada di takuk yang lama dan sama? Maksud saya, malas bekerja dan lemah dalam disiplin tarbiah?
Tahniah buat KJ. Tahniah juga but Shahrizat. Tahniah buat Rosnah. Tahniah buat Najib. Dan tahniah kepada Saifuddin. Tahniah kepada UMNO atas himpunan agung. Tahniah dan tahniah.
Saya mengharapkan anda berhimpun sebagai negarawan, bukannya hanya membicarakan soal kepartian. Tetapi apabila anda mencadangkan ditubuhkan akademi UMNO, saya sudah melihat PAS dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Maafkan saya…
26 Cadangan/Pandangan:
Salam
Itu andaian lemah semangat namanya ustaz...
Patutnya ustaz perlu berfikir masak2 mengenai tajuk tulisan and kandungan ulasan ustaz ini sebelum diterbitkan.
Pena ustaz mempengaruhi pemikiran mahasiswa. Apa yg ustaz tulis, akan terkesan di hati kami. Tapi sy lebih berhati-hati.
Ustaz, jangan meruntun semangat kami. Tahukah ustaz dewan muslimat PAS sedang berusaha menubuhkan Akademi Saidatina Aisyah?
Mungkin PAS agak lemah dari segi tarbiyah. MUNGKIN. Tapi sy masih ingat lagi Ustazah Wan Hasrina, (jawatannya sy tak ingat, tapi yg pasti dia lajnah Tarbiyah)... bagaimana sy melihat kesibukannya dlm urusan sehari-hari mentarbiyah ahli dan rakyat. katanya - " sejak dari usia belasan tahun lagi, sy sudah biasa kepenatan... dapat tidur seminit dua pun jadilah " lebih kurang begitu katanya pada perasmian SIGMA tempoh hari.
Beliau juga ade memberitahu aktiviti tarbiyah masih giat dijalankan dan ini membuktikan PAS tidak lemah dari sudut tarbiyah. Akademi juga sedang diusahakan. Jadi katanya, ini membetulkan sangkaan bahawa tarbiyah PAS adalah lemah.
Jika UMNO mahu buat Akademi, kita juga akan buat. bukan mahu mengikut rentak tari UMNO, tetapi sekadar mengambil idea mereka utk kita terjemahkan dlm cara yg lebih baik. Kita juga akan merakyat perjuangan. Kita juga akan merempuh tembok pemikiran yg dangkal.
Moga Akademi UMNO akan melahirkan ahli seperti yg ustaz tulis di atas. Dan moga PAS makin maju dlm mentarbiyah dan ditarbiyah. insyaALLAH
-jika PAS akan berkubur, ISLAM juga akan ke bawah. Mahukah kalian?-
~khadeeja~
ingin tahu,,,mohon perjelasan,,,apakah fikrah bekas pimpinan besar GAMIS ini?
dipetik dari ruangan komentar blog Pengerusi Gerak
Siapa Nazree?
Sdra disebut sebagai projection Anwar & Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai barisan kepimpinan muda, atas sebab itu pertemuan pak lah & anwar juga ada membincangkan tentang pelapis generasi muda bagi memastikan agenda politik damai ini menjadi kenyataan.
Sdra juga mempunyai hubungan sdra dengan Najib sebagai anak buah beliau melalui susur galur Rosmah. Hubungan sdra dengan Anwar dijana oleh Ezam.Ezam digunakan Anwar untuk membawanya masuk semula kedalam UMNO. Sdra pula berperanan utk membantu Ezam berbincang dengan Najib.
Sdra juga sentiasa diberikan maklumat oleh Anwar & Najib utk bertindak, termasuk dalam isu di Selangor yang mana ketidaksenangan Anwar terhadap tan sri khalid.
apa hubungan sdra nazree & team erdogan atau pro-muzakarah?sejauhmanakah wujud dua kelompok ini dengan perangcangan Najib & Anwar........nantikan pendedahannya
setuju dengan khaulah..hanya mereka yang benar-benar berada dimedan pergelutan bersama PAS sahaja yang tahu apa, bagaimana PAS berusaha memulihkan tarbiyyah dari masa ke semasa ( walaupun yang nak nak buatnya lebih sedikit daripada yang mengkritik)..Khaulah, K.wan adalah pengerusi lajnah tarbiyyah DMPP.. di pihak muslimat ana nampak mereka sentiasa berusaha dan dalam masa yang sama sentiasa mendepa tangan untuk golongan muda...
Ana harap ada juga insan2 yang hebat tarbiyyahnya dari kalangan pemuda yang turut sama berjuang ke arah pengislahan tarbiyyah PAS..bukan hanya meludah ke langit..
Assalamu'alaikum....
sekadar bertanya atau mungkin ana agak keliru..
adakah ustaz dzulkhairi apabila mendapat tentangan hebat atau teguran daripada ahli bawahan, ustaz dzul sekadar tersenyum dan tidak terguris langsung menerima kritikan, sehinggakan kritikan berbentuk nasihat juga tidak boleh terima dan merasakan ustaz sahajalah yang betul dalam setiap perkara (memandangkan ustaz adalah presiden bagi kami semua)? saya orang baru dalam gerakan, berhasrat ada penjelasan atau sedikit kesedaran daripada ustaz. Wallahu'alam.
assalamualaikum ustaz yg ana kasihi..
terdetik dihati untuk mengkaji maksud mendalama ustaz pada entri ini...
adakah ia satu kritikan dan teguran kepada pas?
atau
adakah ianya satu "sindiran" pada UMNO?
atau mmg ustaz berniat nak tulis macam ni???
saya xnak emosi dlm mengkritit tulisan ustaz ini kerana saya xnak dianggap sebagaimana ustaz kate
"Ini kerana orang PAS pantang dikritik tetapi pandai mengkritik"
saya xnak jadi macam tu....
tapi, saya harapkan didalam entri yang seterusnya ustaz terangkanlah maksud tulisan ustaz ini.,.
saya xmahu mengatakan fikrah ustaz terhadap pas ini sedang bergolak kerana saya mengikuti tulisan2 dan ceramah2 ustaz dgn baik,...bahkan saya pernah ditarbiyah secara langsung oleh ustaz suatu masa yg lalu..
"Budaya ilmu dalam PAS tidak wujud. Budaya tarbiah lama yang ditekankan dan ia membosankan. UMNO saya yakin akan membuat silibus tarbiah yang tinggi seperti mempelajari undang-undang dan perlembagaan serta rencah politik, tetapi PAS masih membincangkan soal aqidah dan perkara yang membatalkannya. Bukan terjemahan.
UMNO sudah belajar daripada kesilapan lalu. Mereka melihat PAS kuat kerana ada tarbiah dan perkaderan. Lalu mereka pun melaksanakan tarbiah dan perkaderan."
Aku setuju sangat dengan statement ni..aku nak ajak JIK tengok kampus masing2..x yah dok sibuk tengok PAS yang besar..berapa banyak usrah yang jalan? tambah2 sebelah kaum aku (muslimin), berapa halaqah yang ntum org bawa? satu sem boleh kader berapa banyak? ni tak kira lagi berkualiti tau hampas!!! kalau cakap masalah tarbiyah, mulalah nak cari LT sahaja...ntum orang ingat tarbiyah hak LT ke?? bukan ke semua ahli jemaah bertanggungjawab terhadap tarbiyah???
berapa banyak buku yang ahli jemaah baca? berapa ramai ahli yang tahu undang2? berapa ramai ahli yang tahu isu PPSMI? masih ada lagi yang bodoh, turun demo PPSMI tapi x tahu kenapa dia pergi.. berapa ramai ahli yang ambik tahu isu semasa?berapa ramai yang cakna dengan keadaan sekeliling???ke siang malam asyik meet ja....sampai dunia semasa pun x amik peduli.yang tahu sikit2 pasal dunia luar mesti semua tuding jari pada siasah. seolah2 yang lain x bertanggungjawab untuk amik tahu.
Aku x pasti korang rasa apa dengan posting ni, mungkin blh kata penulis ni ada masalah fikrah, x wala dengan PAS, dan mcm2 lagi.. aku malas nak fikir semua ni.. bagi aku apa yang penulis ni tulis mencabar kita yang masih berada didalam JIK kampus masing2 untuk buat yang terbaik..
Wahai penulis!!!
aku akan pastikan generasi aku paling banyak berusaha untuk mendalami ilmu, akan cuba menguasai semua bidang, menjadi ahli yang menjaga tarbiyah dan membuat usrah yang berkualiti. penulis cuma menulis..aku yang akan mebina generasi islam yang cemerlang.
"Budaya ilmu dalam PAS tidak wujud. Budaya tarbiah lama yang ditekankan dan ia membosankan. UMNO saya yakin akan membuat silibus tarbiah yang tinggi seperti mempelajari undang-undang dan perlembagaan serta rencah politik, tetapi PAS masih membincangkan soal aqidah dan perkara yang membatalkannya. Bukan terjemahan.
UMNO sudah belajar daripada kesilapan lalu. Mereka melihat PAS kuat kerana ada tarbiah dan perkaderan. Lalu mereka pun melaksanakan tarbiah dan perkaderan."
Aku setuju sangat dengan statement ni..aku nak ajak JIK tengok kampus masing2..x yah dok sibuk tengok PAS yang besar..berapa banyak usrah yang jalan? tambah2 sebelah kaum aku (muslimin), berapa halaqah yang ntum org bawa? satu sem boleh kader berapa banyak? ni tak kira lagi berkualiti tau hampas!!! kalau cakap masalah tarbiyah, mulalah nak cari LT sahaja...ntum orang ingat tarbiyah hak LT ke?? bukan ke semua ahli jemaah bertanggungjawab terhadap tarbiyah???
berapa banyak buku yang ahli jemaah baca? berapa ramai ahli yang tahu undang2? berapa ramai ahli yang tahu isu PPSMI? masih ada lagi yang bodoh, turun demo PPSMI tapi x tahu kenapa dia pergi.. berapa ramai ahli yang ambik tahu isu semasa?berapa ramai yang cakna dengan keadaan sekeliling???ke siang malam asyik meet ja....sampai dunia semasa pun x amik peduli.yang tahu sikit2 pasal dunia luar mesti semua tuding jari pada siasah. seolah2 yang lain x bertanggungjawab untuk amik tahu.
Aku x pasti korang rasa apa dengan posting ni, mungkin blh kata penulis ni ada masalah fikrah, x wala dengan PAS, dan mcm2 lagi.. aku malas nak fikir semua ni.. bagi aku apa yang penulis ni tulis mencabar kita yang masih berada didalam JIK kampus masing2 untuk buat yang terbaik..
Wahai penulis!!!
aku akan pastikan generasi aku paling banyak berusaha untuk mendalami ilmu, akan cuba menguasai semua bidang, menjadi ahli yang menjaga tarbiyah dan membuat usrah yang berkualiti. penulis cuma menulis..aku yang akan mebina generasi islam yang cemerlang.
"Budaya ilmu dalam PAS tidak wujud. Budaya tarbiah lama yang ditekankan dan ia membosankan. UMNO saya yakin akan membuat silibus tarbiah yang tinggi seperti mempelajari undang-undang dan perlembagaan serta rencah politik, tetapi PAS masih membincangkan soal aqidah dan perkara yang membatalkannya. Bukan terjemahan.
UMNO sudah belajar daripada kesilapan lalu. Mereka melihat PAS kuat kerana ada tarbiah dan perkaderan. Lalu mereka pun melaksanakan tarbiah dan perkaderan."
Aku setuju sangat dengan statement ni..aku nak ajak JIK tengok kampus masing2..x yah dok sibuk tengok PAS yang besar..berapa banyak usrah yang jalan? tambah2 sebelah kaum aku (muslimin), berapa halaqah yang ntum org bawa? satu sem boleh kader berapa banyak? ni tak kira lagi berkualiti tau hampas!!! kalau cakap masalah tarbiyah, mulalah nak cari LT sahaja...ntum orang ingat tarbiyah hak LT ke?? bukan ke semua ahli jemaah bertanggungjawab terhadap tarbiyah???
berapa banyak buku yang ahli jemaah baca? berapa ramai ahli yang tahu undang2? berapa ramai ahli yang tahu isu PPSMI? masih ada lagi yang bodoh, turun demo PPSMI tapi x tahu kenapa dia pergi.. berapa ramai ahli yang ambik tahu isu semasa?berapa ramai yang cakna dengan keadaan sekeliling???ke siang malam asyik meet ja....sampai dunia semasa pun x amik peduli.yang tahu sikit2 pasal dunia luar mesti semua tuding jari pada siasah. seolah2 yang lain x bertanggungjawab untuk amik tahu.
Aku x pasti korang rasa apa dengan posting ni, mungkin blh kata penulis ni ada masalah fikrah, x wala dengan PAS, dan mcm2 lagi.. aku malas nak fikir semua ni.. bagi aku apa yang penulis ni tulis mencabar kita yang masih berada didalam JIK kampus masing2 untuk buat yang terbaik..
Wahai penulis!!!
aku akan pastikan generasi aku paling banyak berusaha untuk mendalami ilmu, akan cuba menguasai semua bidang, menjadi ahli yang menjaga tarbiyah dan membuat usrah yang berkualiti. penulis cuma menulis..aku yang akan mebina generasi islam yang cemerlang.
baguslah tulisan ni. Kalau orang cerdik seperti penulis ini membantu Pas, maka Pas lebih hebat tarbiahnya. sahabt saya penulis ini di kampus tarbiahnya hebat, dia boleh jadi naqib kepada 3 usrah sekaligus. Tapi sayang, dia juga tidak turun kelapangan Pas untuk bawa desiplin, kerajinan, keilmuan yang ada pada dia. dia masih mengoingkong gamis yang sepatutnya diberikan kepada adik-adik yang masih mahasiswa. dia masih mahu menjadi mahasiswa yang idealis yang memberi idea itu dan ini, yang menegur itu dan ini, tetapi dia sendiri tidak turun ke lapangan masyarakat.
kalau setakat nak merubah golongan setaraf yang punya degree atau graduan, mungkin senang. tapi berani ke penulis turun sama merubah tarbiah Pas yang ahlinya daripada nelayan, petani, mat gian, mat rempit, peneroka, setinggan, doktor, cikgu, bekas menteri, ulama, dan lain-lain. yang rata2 ahli pas itu orang yang tidak berpendidikan.
Tahniah kerana menegur pas, memprovok orang2 pas, tetapi takziah kerana menulis tanpa turun ke lapangan.
kalau sekadar nak kutiup idea di al atas tu, semuanya baik. tapi berapa banyak idea yang baik itu hanya bertebar dalam blog, buku, dewan seminar tetapi gagal di lapangan kerana pmbuat atau pencetus idea itu menyorok dalam bilik2 berhawa dingin dan tidak gerakkan idea itu di lapangan. bagus dan tahniah.
teruskan menulis dan bagi idea, itu pun sumbangan juga. paling kurang dapat pahala bagi idea daripada tak buat langsung.
PAS ada kesalahannya..gagal meraikan kelompok yang berilmu, mahasiswa..yang mereka tahu, politik adalah segala2nya, bukan Islam..nilaian akhlak dalam jemaah boleh dinilai dalam isu, muqobalah @ negara perpaduan...membelakangkan keputusan jemaah dan keputusan syuro..bile ahli buat kepala, kate anai2, erdogan, jemaah dalam jemaah...macam 2 lagi...padal pimpinan semua tuh..bile nampak org lebih cikit, dicantasnye, ini ke akhlak dalam jemaah...
PAS gagal dalam meletakkan org yang benar2 layak memimpin..idea dan gagasan negara perpaduan, tanpa pembangkang lebih kepada merelevankan politik kaum tua...
GAMIS pun mungkin ada salahnya..teguran terbuka, macam tak ada laluan untuk menegur..mahasiswa gagal turun membantu PAS dalam kawasan masing2...tapi mungkin sebilangan besar mahasiswa yang ditarbiyah bosan dan muak, org yang nak bawa islam, meletakkan politik lebih daripada islam....
ingat, diluar sana, pakcik makcik, bergolok bergadai, darah, keringat, nyawa dan harta, semata2 memastikan kemengan islam...GAMIS turun ke lapangan...PAS buka ruang perbincangan dan lapang dada, letak ISLAM di depan bukan politik segala2nya..
anak muda reform je yang betul..
PAS dan GAMIS salah...
kita henti debat, banyak kerja..
Terfikir juga, nak ikut GAMIS atau PAS?
kalian jawabla..
kalau ikut polemik tua vs muda, sampai kiamat tak habis..
tut...tut... kaum muda jadi tua, yang baru pula ganti peranan kaum muda. bila selesai?
tolong wahai pimpinan...
pak mat, tukang masak
salam ustaz,
tahniah atas ulasan berupa sinis ini...
ana mmandang cetusan ustaz ini bkan sekadar cetusan idea biasa, ttpi ia berupa keterbukaan kita dlm berfikir dan x terlalu jumud pd sesuatu jemaah. org2 yg faham perlu ingat, org diluar sana bkan satu fikiran mcm kita. ceranah PAS, berape kerat sgt org SONA yg pergi. ttp mrka inginkan keadilan yg x terlalu jumud.
smga ia mjdi pedoman mahasiswa/i lain...
Salam akhi dzul yang dikasihi. Ana sedikit sebanyak terkeliru dengan artikel ini dan beberapa berita tentang gamis yang tidak enak didengar. Sebelum ana menghukum, mungkin ada baiknya, enta membuat sedikit penjelasan. Kedengarannya seolah-olah GAMIS memisahkan dirinya dari DPPP, tidak wala dengan pimpinan parti. Bahkan artikel ini mengundang resah di kalangan warga UKP. Diharapkan adikku yang dikasihi, dapat membuat clarify terhadap isu ini dan mengelakkan berlakunya fitnah. Syukran Mantan Pres GAMIS 01/02
Ana secara peribadi menyokong tulisan ini. ini bukan tulisan melemahkan semangat, tetapi memberi semangat baru untuk bertindak lebih maju.
nazree, Zaharuddin Abdur Rahman, Ramadhan Fitri dll.. semuanya tokoh yang lahir sejak student. mereka mempunyai daya pemikiran yang jauh, tetapi kenapa tidak dimanfaatkan ke dalam PAS.
apakah salah mereka, atau salah PAS???
ana secara peribadi melihat, mereka tidak boleh disalahkan.
kerana, apa guna kita pakai kereta sport berkuasa tinggi, mampu meluncur 6000 km sejam, tetapi hanya digunakan di litar yang dibenarkan bawa laju sekadar 60km sejam sahaja.... bukan nak meluncur laju sampai 6000 km sejam, sekurang2nya, 1000 Km sejam pun sudah memadai... sebab, itulah fitrah kereta sport 6000km sejam...
sekian
Al-Bakistani
Tahniah tuk tulisan ini,
mendapat byak komentar dari pelbagai gaya yang mencerminkan peribadi masing-masing.
kita jarang mendapat tulisan yang boleh 'mencetuskan' satu respon. dikebanyakkan blog yang pernah saya jelajahi kebanyakan hanya banyak yang di'copy' dan 'paste' n pnuh la satu entri. kemudian buat lagi. buka xbagus tapi xcukup membina idea dan pemikiran baru.
satahu saya abg dzul adalah antara aktivis yang ada kesedaran dan berpemkiran yang bombastik. jadi tidak hairan bayak entrinya mendapat respon sebegini.
pada pendapat saya, enteri ini buka menjatuhkan, tapi suntikan kepada mereka yang berada di atas awanan yang kadang saya rasa terlalu jauh maqam sehingga jauh tertinggal orang yang berada dibawah tuk bersapa.
perlunya seseorang yang kritis, supaya kita tidak beku dan streotaip yang merugikan. akhirnya islam yang jadi mangsa kepada umatnya yang begitu teruja 'keislamannya'. saya jamin semua yang terlibat dengan gerakan ini da kesedaran dan kesungguhan, tapi jagan terlaku terikat dengan metode yang lama tap jangan tinggal semua. pemikiran hanya dengan usrah dapat mendidik @ tarbiyah adalah tidak tepat....buka pemikiran anda sebelum membuka lapangan tarbiyah itu
contoh: kenapa orang lari daripada usrah yang dijalankan.....sama kita fikir. buka pemikiran dan realistik dengan kejadian manusia yang berbeza tetapi tetap punyai fitrah yang sama. fitrah dapat menyatukan disebalik pemikiran yang berbeza bukan untuk memecahkan tapi itulah punca keretakan kini.ramai manusia berbalah krana beza pemikiran...
bukalah medan perbincangan...jagan takut untuk melakukan kesilapan dan belajarlah dari kesilapan...ini lebih mematangkan daripada hanya mendarngar dan anguk-anguk, geling-geling...
suruh ustaz wan ji jadi presiden GAMIS atau timbalan presiden PAS, baru puas hati semua..hehe
saya rasa ustaz wan ji memahami jika membaca artikel sdra dzul akhir-akhir ini. Boleh kritik jemaah tetapi kaedah terbuka spt ini boleh mengeruh keadaan.
jangan kita jadi mata rantai dajal.
saya malas nak bercakap dengan agamawan yang terlebih bijak. sebab itu ramai tak minat agama sebab ustaznya sebegini..
Marahkan Ali kerana pimpinannya, tapi tak nak jadi pengikut spt Ali semasa pimpinan Rasulullah SAW.
kita..jadilah pengikut yang baik.
saya sokong kalau ustaz wan ji jadi timbalan presiden PAS dan Presiden PAS serahkan pada Pak Khalid Samad dalam muktamar nanti.
salam maaf sdra dzul dan ustaz wan ji dari saya.
tukang kipas khalifah Ali
Saya sedang melihat sebenarnya, Ustz Zul yang bercelaru Fikrah dan bercelaru ilmu siyasah... Saya agak terkejut bila beliau menulis seperti ini... Seolah2 selama ini bliau telah tersalah pilih Jmh Pas untuk mentarbiyah beliau... Us tz Wan Ji pun memepertikaikan kenapa Pas x guna orang2 yang disebutkanya... Inilah yang menyebabkan jemaah rosak... maklumat tak cukup tapi dah buat kesimpulan dan release dalm blog.. pada masa yang sama mereka akan membuka pekung sendiri.. saya baru terlibat dengan mereka dalam program PAS... UMNO kalu ikhlas nak berubah, mereka akan pergi berjumpa PAS. Tapi kalau berubah kerana nak menang pilhanraya bukan kerana Allah, buatlah 10000 Akademik sekalipun, mereka yang dilahirkan akan jumud dan pemikiran sempit juga sebab umno isi dengan maklumat yang salah dan bertentangan dengan fitrah kebenaran... UMNO kalu nak berubah mesti kerana Allah bukan kerana Umno.. Kalu kerana Allah merka akan nampak PAS untuk membantu... UMNO kuat kerana MEDIA n Propaganda... hari ini mereka lemah kerana MEDIA mereka tidak dapat menyekat maklumat internet.... saya sedang melihat GAmis sedang hilang arah tuju dan x faham kenapa GAmis ditubuhkan.... orang PAS yang paling terbuka dan boleh dikritik tapi bukan membuka rahsia jemaah.
salam....
ana bersetuju dengan tulisan ustz ini...
sebagai seorng yang baru dan dalam proses beljar lagi, ana banyak bertanya dengan sahabat-sahabat samaada dari satu fikrah atau berlainan fikrah..
memang jelas ape yang ana dapat rumuskan dari diskusi2 yg dilakukan sama dengan pnulisan ustz...
org kita lemah dari sudut tarbiyah..samada diperingkat kawasan,daerah,dan termasuk juga di peringkat kampus...sbgai conth ana bagi mreka dri fikrah laen menegur ana yg dah berbai'ah dgn perjunagn ini m'bri teguran dan mengatakan p'grak di peringkat kampus tidak mgambil berat tntng p'tarbiyahan d kampus hingga ada di kalangan ahli yg tidak m'jga ikhtilat dan boleh m'bawa fitnah kpd perjuangan ini...
ana rase ini p'dapt yg perlu kita sama2 fikir2kan dan sebarang kesapahan ana mohon maaf mgkin ini kelemahan ana tp klo ada kritikan ana terima je..n amik sebgai rujukan...
-pemuda baru belajar-
salam....
ustaz apakah makna disebalik dengan kata-kata yang diluahkan ustaz ini...???adakah ia hanya untuk memburukkan satu pihak tertentu,ataupun untuk membina...jika ia demikian,tolonglah memahami pemikiran kerdil seperti saya ini...dimanakah perlaksanaan atas kata-kata ustaz ketika memberi ceramah di Akedemi tertentu..didalam ceramah itu ustaz menyatakan kita mesti menyokong perjuangan islam...tetapi apa yang diluahkan ustaz ini sudah terang makna disebalik apa yang diperkatakan oleh ustaz tempoh hari...
Tarbiah di kampus yang saya kenal, bukan dengan budaya ilmu, sebaliknya sikap jhiliah menebal daripada pimpinan sampai ke bawah, pimpinan terlalu terguris jika orang bawah lebih daripadanya sedang dia hanyalah pak turut syuro yang amat menjengkelkan, budaya cakap belakang hasut menghasut tetapi tidak berani berdepan, merupakan tarbiah Jemaah Islam Kampus. Saya memandang bagaimana sistem memPASkan jemaah Islam Kampus telah banyak mengorbankan tenaga-tenaga muda yang bakal sendiri memartabatkan Islam, mencengkam kepemudaan mahasiswa. Ini belum lagi jika ingin berbicara untuk melahirkan intelektual yang pakar dalam satu-satu bidang. Budaya yang ada dalam jemaah Islam kampus itu pada pandangan saya amat terlalu jauh malahan bukan medan permulaan untuk melahirkan pakar-pakar itu, kerna akhir sekali anda akan dilabel sebagai tidak wala' lantaran idea-idea anda yang lahir dari kajian anda, yang dihakimi oleh pimpinan yang tidak membuat kajian atau studi seperti anda. Saudara Dzul saya cadang anda buat institusi atau akademi kepemudaan yang bertujuan melahirkan pakar-pakar tersebut diluar daripada kerangka GAMIS atau Pemuda PAS, bebaskan daripada birokrasi yang menyusahkan, beri kebebasan anak muda untuk berfikir secara kritis tetapi dipandu. Jika sdr Dzul merasakan ini adalah permasalahan besar yang bersangkut dengan masa depan PAS saya amat bersetuju.
tanpa nama kata zaharudin, us ramadhan tak dimanfaat Pas. Mana kamu punya mata? Ramadhan sekarang exco pemuda Pusat paling muda. Kamu buta. Zaharudin setelah tamat um, terus diberi jawatan ketua penerangan pemuda negeri.kemudian Pas cari derma melalui pimpinan pas untuk bg us zaharudin sambung master ke jordan. lepas tu..... jwab sendiri. us zaha bagus, us ramadhan bagus. tanpa nama yang tidak berapa ada maklumat. kalau duduk dlm jemaah dia akan dpt mklumat...
ustaz wan ji tak biasa dengan tarbiyah kampus..
Harap ustaz wan ji juga bersuara di dalam bukan di luar.
kita memerlukan UZAR dlm posisinya sekarang. Posisi Nazree juga bagus sebenarnya. Cuma Nazree punya mentor Norza dan Ezam bermasalah. Nazree seeloknya saudara spt Nazri Chik, garang dalam PAS. Ubah PAS dari dalam. kalau berjuang di luar. Bagaikan telanjang diri
sdra dzul, jangan lingkup GAMIS. Perjuangan berasas fundamental dengan pendekatan semasa adalah baik. legasi GAMIS ramai pengikutnya. Jangan herotkan pandangan mrk. Jika nak ubah fundamentalnya, tubuh pertubuhan sndiri.
apapun jasa dan pengorbanan sdra dalam gerakan Islam amat dihargai
TKKA
tahniah dzul anta telah menimbulkan persoalan besar yang perlu diperhalusi oleh pimpinan jemaah Islam.
xperlu risau dengan kritikan sahabat Pas terhadap anda tetapi anda ena mencari penyelesaian bagi persoalan itu.
Hadapi dengan tenang dan yakin.
UKP marah tak mengapa yang penting Allah bersama kebenaran TAPI anad kena bertangjungjawap dan memulihkan Pas jika anda melihat kelompangan bukan mewujudkan keraguan kepada ahli jemaah yang sefikrah dengan anda
Salam wbt.
Tahniah kepada ustaz Dzul atas artikel yang membuka mata ini.. Inilah yang saya tunggu-tunggu..dah lama ada dalam fikiran akan ancaman terhadap PAS akan tetapi ustaz yang pertama dapat meluahkannya.
TakZiah yang tidak terhingga kepada pembaca-pembaca yang masih tak faham situasi atau yang jumud pemikiran dan intelektualiti yang masih tak berjaya mengesan isi penting yang disampaikan.
Nak tanya semula fikrah, ustaz sebelah mana, spy daripada UMNO ke? Jika macam ni persoalan yang ditimbulkan memang sah PAS akan terkubur jika mereka ni yang diberi amanah.
Yang dapat saya lihat amat sedikit golongan yang akan berjaya memandu perjuangan Islam lantaran lemah intelek dan daya berfikir.
Bentuk penulisan yang mengkritik tulisan ustaz pun masih dangkal dan tidak berisi. Sterotaip dan kaku dgn persoalan tarbiyyah je..
Salam
Pandangan yang sangat baik daripada Sdr Dzulkhari. PAS tidak akan hancur dengan kritikan sebaliknya akan hancur apabila ahlinya jumud. Percambahan pemikiran, menyegarkan parti dan memperkukuhkan gerakan.
Saya fikir, apa yang ditulis oleh Sdr Dzul hanyalah satu cabaran kepada PAS agar lebih bekerja keras. Dan jangan berasa selesa. Sememangnya di dalam bertempur kita harus mengkaji kekuatan musuh. Identiti dan kebolehan panglima musuh. Kemudian, kita bandingkan dengan kekuatan kita sendiri. Sekiranya kurang, kita perbaiki agar seimbang kekuatan. Baru boleh bertempur.
Jika kita bersikap deniyal (menafikan) terhadap semua perkembangan musuh, dan merasakan diri kita sudah cukup selesa, maka tidak mustahil kita akan diserang hendap oleh musuh dan mengakibatkan kemusnahan besar-besaran kepada PAS. Itulah yang disebut oleh Sdr Dzulkhairi sebagai PAS Akan Berkubur. Satu kerisauan yang berasas dari beliau.
Salam
Kebanyakan kritikan kepada Sdr Dzulkhari, menjurus kepada kritikan kepada pribadi beliau bukannya apa yang beliau bincangkan.
Itu adalah sikap escapism yang harus dijauhkan daripada penggerak gerakan. Kalau nak bincang bab peribadi, kiamat pun takkan habis. Bersikap jujurlah berbincang. Jangan serang peribadi. Sebaliknya berhujah dengan cara yang baik
Catat Ulasan