Khamis, 26 Mac 2009

UMNO, GERAK SELANGKAH LAGI


Sedikit lagi UMNO melangkah, UMNO akan bertambah kuat dan UMKNO lah yang paling layak memerintah, bukan lagi PAS. Juga bukan PKR. Sedikit sahaja lagi, dan saya berharap pimpinan muda reformis UMNO bersabar merintis jalan baru.

Langkah yang saya maksudkan ialah, tambah sahaja elemen aqidah dan hapuskan semangat kebangsaan. Dalam banyak perkara, UMNO lebih baik berbanding PAS. Cuma PAS kuat dari sudut aqidah. UMNO tidak. PKR juga tidak. Dengan aqidah PAS boleh hidup. Jika UMNO jika begitu, maka PAS akan makin cepat ditumbangkan.

Saya paling gembira dan tercabar dengan perubahan UMNO, jika benar ia dilaksanakan. Maksud saya, Akademi UMNO itulah. Bertujuan mengumpulkan dan melatih golongan elit bersifat kader politik, jika ia ditambah dengan semangat aqidah, ia akan makin kental dan cengkam.

Ingin benar saya berbincang dengan pimpinan UMNO tentang penubuhan akademi ini. Saya akan menceritakan kepada mereka apa rahsia kekuatan Gamis dan berkongsi dengan mereka tentang idea perkaderan Islami. Dalam hal ini, saya amat jujur sekali mengungkapkannya.

Jika Najib boleh jadi macam anak cucu Gengkhis Khan yang sangat ganas tetapi akhirnya memeluk Islam, bukankah ia baik. Atau jadi seperti Abu Sufyan. Jadi pemimpin besar dan akhirnya menerima Islam yang lengkap sebagai cara hidup. Ketika itu, PAS bubar sahaja pun tidak mengapa.

Jika UMNO serius mahu kuat, nak tak nak UMNO kena belajar dari PAS. Dari sudut tarbiah dan perkaderan. Jika UMNO mahu kuat, UMNO kena dengar dan banyakkan munaqasyah dengan ulama. Dari sudut professional dan tenaga pakar, UMNO dah ada banyak. Sekarang UMNO kena ambil ulama pula sebagai penasihat. Lebih cantik ambil terus Tok Guru Nik Aziz.

Bahkan jika UMNO mahu kuat dari sudut anak muda, UMNO rancanglah sesuatu, ambil alih kepimpinan Gamis. Itu pun hebat juga. Atau ambil idea kekuatan tarbiah Gamis.

Saya semakin teruja melihat perkembangan UMNO. Oh ye, juga tahiah atas ucapan Pak Lah. Pak Lah yang mahu buka lagi ruang kebebasan, itu amat kita alukan.

PAS juga, mesti buka ruang kebebasan. Harap sudah tidak ada Nakhaei dan Mahmud Zuhdi kedua. Atau jangan ada Asya’ari kedua.

5 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz Dzul,
Ana melihat inilah yang perlu kita perkasakan di dalam PAS. Menghasilkan pakar-pakar dalam setiap bidang jika benar kita ingin memerintah...
Perkaderan harus diteruskan tetapi dalam nafas yang baru.Maju ke depan dengan menghasilkan frontier yang bijak dan berfikiran secara lateral..tidak jumud dan berada di takuk lama.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa..klu umno dapat terapkan elemen aqidah dalam perjuangan depa,PAS bleh dibubarkan kot..

Tanpa Nama berkata...

yela tu..klu UMNO boleh buat camtu dah lama tok guru masuk UMNO masa muzakarah dulu..bukan tok guru xpenah diskusi tu..

Anak Muda Reform on 27 Mac 2009 pada 5:36 PG berkata...

bagus...cuma kadang2 perlu bijak dalam politik..hang kena berdepan dzul..

Tanpa Nama berkata...

"Ingin benar saya berbincang dengan pimpinan UMNO tentang penubuhan akademi ini. Saya akan menceritakan kepada mereka apa rahsia kekuatan Gamis dan berkongsi dengan mereka tentang idea perkaderan Islami. Dalam hal ini, saya amat jujur sekali mengungkapkannya."

Daripada menolong UMNO, elok juga sdr dzul membantu AKP PAS sendiri utk lebih bergerak dan kompetitif dalam melahirkan kader yang berkualiti. Sila masuk dan libatkan diri dalam lapangan dan membantu meringankan beban tugas mereka yang memegang AKP yang byk lg fokus dan tanggungjawab dalm PAS.Sumbangan anda di situ lebih bermakna dan signifikan. Jangan sekadar berkata-kata tanpa melakukannya.

Bukan semudah itu nak mengubah UMNO...nak menerapkan aqidah perjuangan bukan sekelip mata...salurkan tenaga dan idea anda yg bernas itu ke jalan yg lebih baik...

Jika benar ingin mengubah UMNO, didik generasi bawahannya..anak2 org UMNO, tarbiyah dengan aqidah yg sebetulnya...baru lah UMNO akn dtg akan membawa dan mendokong apa yg dibawa oleh PAS skrg ini. bukan generasi tua yg sudah sebati dengan idealisme dan amalan2 tidak sihat..

sdr Dzul...jika benar beridealisme dan ingin membuat prubahan..salurkan bantuan ke AKP. Jgn sekadar berkata-kata dan mendabik dada jika tidak berada di lapangan yang sebenarnya.

ingatan sy kepada diri sendiri dan semua koreksi diri sentiasa. Semoga kite semua berlapang dada dengan perbezaan. akhirnya semoga kita terselamat dari penyakit ghurur.

waslm.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE