Gembira sangat saya apabila dapat bersama dengan pimpinan PKPIM, Karisma dan Teras dalam Uzlah Mahabbah Qiyadah 24 Mac baru-baru ini. Bagus sekali. Mengujakan.
Saya membentangkan satu idea dalam sedikit perkongsian. Adakan tamrin pula kalangan pimpinan. Saya sudah perkara ini dalam tulisan sebelum ini. Tanpa sedar, pembentang kertas kerja pada hari itu, Dr Farid Shahran turut mencadangkan yang sama.
Saya rasa, bukan tamrin. Cukup sebagai rehlah ilmiah. Antara perkara yang perlu diisi dalam rehlah ini ialah:
1- Bincangkan masalah ummah khususnya anak muda dan jalan penyelesaian
2- Adakan pembentangan kertas kerja atau diskusi buku yang berat
Malah saya cadangkan supaya diwujudkan satu gerakan rakyat yang baru. Untuk mahasiswa Islam sahaja, bukannya SMM. Mungkin juga himpunan intelektual dari pelbagai jamaah dikumpulkan dalam satu wadah unuk tujuan menentang kebobrokan ideologi. Mungkin juga.
Dr Farid Shahran adalah benar apabila beliau menyebut, “Melahirkan aktivis tidak payah tetapi melahirkan intelektual, itu yang payah”. Beberapa kali saya nyatakan, jangan asingkan antara akademik dengan jamaah sehingga wujud istilah jamaah nombor satu dan akademik bukan nombor dua.
Sediakan ruang. Apa yang harus dan boleh disumbangkan oleh orang yang gilakan ilmu. Setuju atau tidak jika saya katakan, kita punya ramai aktivis tetapi kita masih sangat kurang ilmuan aktivis. Sehingga kita tidak mampu menentang liberalism secara intelektual.
Yang kita mampu hanya demonstrasi. Atau marah-marah dalam kuliah tanpa ada perdebatan. Malah PAS sendiri, mampukah untuk menerangkan konsep Negara Islam sehingga mampu diterima DAP? Jika mampu, mengapa sampai sekarang pimpinan DAP belum dapat menerima?
Saya bincangkan dengan Abang Hilmi Pres PKPIM, kita adakan sahaja rehlah yang bersejarah itu pada bulan Mac. Say6a tidak sabar menanti saat tersebut. Saat yag menyaksikan kestauan gerakan Islam muda secara serius malah boleh berusrah bersama.
Nampak gaya…
Usrah sudah
Rehlah bakal menanti
Lepas ni, tajuk ta’addud pun akan terkoyak dengan sendirinya.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
"Saya mendengar dengan penuh khusyuk ucapan Timbalan Presiden Umno malam semalam. Saya dapati ucapan beliau lebih kepada untuk mengungkit apa jasa-jasa yang mereka taburkan sepanjang menjadi pemerintah lebih 50 tahun.
Saya sedar bahawa apa yang diungkapkannya adalah rentetan rasa gundah gelana akibat sokongan rakyat Malaysia yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Maka, tidak hairanlah jika beliau begitu terdesak menyebut2 pengorbanan mereka selama ini. Secara mudahnya, generasi sekarang ni sudah semakin lupa.
Persoalannya, adakah UMNO benar- benar sudah insaf? Saya sedikit pun tak nampak! Nah, lihat, dua akhbar PR ( Harakah dan Suara Keadilan) menjadi mangsa keinsafan mereka. Inilah rupa- rupanya cara mereka insaf! Saya ingin bertanya, adakah akhbar Utusan, Berita, TV1, TV3 dan lain2 yang sekutu dengannya bebas daripada menfitnah? Malaslah saya nak jawab. Anda boleh fikir sendirilah.
Keinsafan jenis apa yang sedang mereka laung-laungkan? Saya rasa mereka insaf dengan sikap mereka yang selama ini terlalu baik dengan Pembangkang. Baik pada mereka mempunyai maksud yang berbeza dengan apa yang terdapat di dalam kamus dewan. Mereka kata, UMNO perlu kembali kepada ajaran ISLAM sebenar. Saya bangga juga mendengarnya. Cuma, biasalah, semua orang boleh cakap! Tapi, bila nak laksanakan Islam dalam pemerintahan, mulalah pening.
Jika UMNO nak kembali kepada ISLAM, mereka mestilah membetulkan perlembagaan mereka dahulu.Iaitu menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangan. Dasar yang tertinggi dan teratas sekali. Bukan hanya kosmetik sahaja. Jika tidak, laungan keinsafan itu umpama dendangan lagu-lagu klasik yang sentimental sahaja. Saya bukannya hendak memperlekehkan usaha UMNO itu, cuma ingin mencabar mereka melakukan sesuatu yang benar- benar komprehensif dan jitu.
Seandainya UMNO hendak kembali kepada ISLAM, mereka mesti meletakkan Al-Qur'an dan Al-Hadith sebagai rujukan utama dalam perlembagaan UMNO dan negara. Apakah UMNO bersedia melakukannya? Yang inilah yang saya nak tengok sangat. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah berkata, jika UMNO ambil Islam dalam pemerintahannya, PAS akan dibubarkan. Tetapi, sampai sekarang perkara ini tidak berlaku.
Kesimpulannya, Ucapan Timbalan Presiden Umno itu pada hemat saya ibarat tin kosong yang bising dengan itu dan ini tetapi menyusahkan orang disekeliling dengan sikap mereka yang sebenarnya belum insaf.
"
dzul n da geng tak hbs2 dok kritik PAS..tapi diorang buat apa? xhbs2 diskusi sendiri..diskusi dan terus diskusi.bentang dan terus bentang kertas kerja..usrah kawasan xjalan..sape nak buat tu??masuk dalm PAS dan bekerja..br cakap..
Assalamualaimu,ustaz dzul..
Gerakan Islam, PAS khususnya memang prlu fokus kpd penghasilan para intelektual untuk menangkis serangan pemikiran..
Dalam j kampus sendiri, fkus lebih diberikan kepada penghasilan pekerja secara fizikal dan penggunaan daya berfikir untuk selesaikan masalah dalaman j n isu kampus, tapi kurang atau tiada sama skali wadah untuk melahirkan para intetual Islam yg komited mempersiapkan diri berhadapan dgn serangan pemikiran n juga untuk pengaplikasian sistem2 dalam Islam.
Dalam kewangn Islam sendiri, memerlukan pakar2. Pakar2 dalam kewgn Islam tidak wujud dalam klgn aktivis yang hanya tahu berpolitik, tp tidak pandai mengurus sistem.. Ini sebagi contoh...
Kita memerlukan lebih ramai aktivis yang pandai mengurus sistem dari hanya pandai bercakap dan berpolitik semata-mata..
sekadar pandangan...
tahla..kadang2 keterlaluan dalam bidang intelektual pun, kita leka denagn medan keilmuan kita sahaja..bagi aku, kita perlu mengilmukan seluruh ahli GMI...
sedar @ tidak, atas hujah nak komited dengan ilmu la, kebanyakkan ahli mula mengeluarkan hujah untuk tidak memberikan komitmen dalam gerak kerja jemaah, usroh tak leh buat (usroh mengikat hati pun), demo malas nak pergi, kerja tak nak buat...yang melakukan keje adalah muka yang sama..last2 mereka ni pancit...
kita cuma perlu meletakkan mereka ini pada tempat masing2....wallahualam
Catat Ulasan