Isnin, 2 Mac 2009

SAYA AKAN ZAHIRKAN TARBIAH GAMIS


Kalau saya diberi peluang untuk mendedahkan kesemua perancangan Gamis dalam usaha tarbiah, saya akan mendedahkan segala-galanya. Mungkin hanya ada satu atau dua yang sedikit berlapik.

Telah beberapa kali saya ulangi, bahawa tarbiah adalah inklusif dan bukannya eksklusif. Tarbiah bukan hanya untuk orang baik malah untuk semua orang. Dalam reality kampus, semua bangsa dan agama berhak menghirup nikmat dakwah kita dan semua muslim harus menerima tarbiah kita.

Tetapi kita masih takut. Saya dan anda masih buntu. Untuk menzahirkan tarbiah, kita masih dicengkan perasaan kerahsiaan yang melampau, dan ketakutan tidak berpijak. Kita berada dalam ketakutan bayang-bayang sendiri.

Kita belum menemui formula terbaik untuk memberikan tarbiah kepada pihak yang menentang kita. Saya tersenyum mendengar pandnagan seorang murabbi yang saya sanjung, “Kita sayangkan bakat Khairy Jamaluddin”. Kalaulah Khairy menjadi milik kita, kita akan pergi lebih jauh dan Islam akan pantas berkembang.

Ini kerana KJ berani dan mampu menawan hati Mat Rempit sedangkan kita kebuntuan.

Kita belum mampu untuk memberikan sentuhan tarbiah yang terbaik kepada golongan yang tiada basic agam yang teguh, kepada budak-budak nakal dan sebagainya. Kita hanya terlayan dengan igauan fantasi dan khayalan kita yang tidak bertempat. Kita berasakan kita sangat gah dan kuat walhal kita masih lagi dalam takuk yang lama.

Saya mahu saja dedahkan tarbiah Gamis seluas-luasnya. Biar SB baca, biar polis tahu, biar UMNO maklum. Saya peduli apa. Saya tidak mahu bersembunyi selama-lamanya. Saya mahu cerita apa pandangan saya, apa tindakan kami.

Ya, kami adakan tamrin di Sungai Congkak baru-baru ini di bawah nama Gamis. Bahkan kami akan adakan lagi. Banyak-banyak. Secara terbuka bukan tertutup. Siapa yang mahu menghalang boleh nyatakan bantahan.

Biar orang semua tahu bahkan saya berharap semua orang tahu, bahawa kita memperkenalkan Akademi al-Fatih untuk latihan fizikal dan strategi, Akademi al-Banna untuk dakwah dan Akademi al-Qaradawi untuk keilmuan dan keintelektualan. Malah setiap akademi ada peringkatnya sehingga akhirnya mereka akan diberikan sijil kelayakan. Peringkat pertama baru biasa. Makanan masih sedap. Peringkat kedua dos akan dinaikkan. Begitu juga peringkat seterusnya.

Siapa mahu menghalang. Malah jika saya diwawancara dalam media sekalipun, saya akan men ceritakan apa modus operandi dan operasi kami. Tanpa berselindung di sebalik gemawan zulumat. Saya bukan jenis orang yang suka berselindung.

Jika saya diberi peluang untuk mendedahkan kepada PM sekalipun, akan saya ceritakan tanpa perasaan gementar. Apa salah saya membina anak bangsa? Apa silap saya mendidik umat Muhammad?

Kita ingin laungkan kepada yang masih mengeksklusifkan tarbiah, anda akan ketinggalan 10 tahun di belakang kami. Sedangkan kami dengan penuh perasaan bangga mengisytiharkan apa agenda dan plan bertindak kami.

Dan saya sangat yakin, bahawa kami berada di jalan yang benar dan yang terbaik.

20 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah lama kita berahsia dengan teory yang jauh sekali untuk mencapai matlamatnya. Mungkin sekadar mimpi semata-mata. Tetapi ana cukup bangga bila ada orang seperti Ustz Dzul yang berani demi merealisasikan matlamat yang 'diimpikan' selama ini. Teruskan ya akhi.. kami akan bersama Ustz.

Rausyanfikir on 2 Mac 2009 pada 10:39 PTG berkata...

Sokong ustaz! Ana ingin membantu kalau ustaz perlukan bantuan!

Tanpa Nama berkata...

salam...
ya Ustaz...
saya memantikan ketadangan ustaz untuk tarbiah di kedah..

Hasrizal Abdul Jamil on 3 Mac 2009 pada 2:45 PG berkata...

Salam perjuangan...

Di dalam Islam ada istilah Aurat.

Aurat itu bukannya kelubung semua dan bukannya bertelanjang tanpa seurat benang.

Apabila kita sendiri yang bosan setelah lama berkelubung secara ekstrim yang tidak disuruh agama, jangan pula kita ghairah mahu bertelanjang secara ekstrim yang juga tidak disuruh agama.

Menganggap bahawa kerahsiaan hanya berpunca dari ketakutan, adalah salah faham yang menakutkan.

Tanpa Nama berkata...

salam,ada tk spe2 blh tlg jlskn apa mkna 'Sirriyyatut Tanzim wa 'Alaniyatud Dakwah'? rasanya mnddhkn sstem trbiah jg trmsuk dlm sikap mnolk siriiyatut tanzim! ana bstuju dgn abu saif(saifulislam).mgkin ini hnya ijtihad ust dzul yg blh jd dpt satu phala kalu tidak dua pun.insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

ana setuju dgn pendapat abu saif..

apa pun, ana tertarik dgn ungkapan:

Jika pendapat kita diterima, maka ucaplah Astargfirullah,kerana mungkin pendapat itu akan memberikan kesan negatif,

namun bila pendapat kita ditolak, maka ucaplah alhamdulillah,
kerana kita sudah terlepas dari dipertanggungjawabkan dgn pendapat kita tersebut.

Marwan Bukhari on 3 Mac 2009 pada 11:41 PTG berkata...

salam... hehe.. idzattasa'al amru, dhaaqa.. wa iza dhaaqal amru, ittasa'a..

ana cintakan revolusi dan modifikasi, ana gemarkan berteoretikal demi mengislah satu praktial..

tapi ana juga cintakan musyawarah demi kasih kepada baginda...

salam perubahan...

Tanpa Nama berkata...

askum

zaman ini milikmu sdra pak alim. saya kagum dengan keberanian dan keterbukaanmu. Tapi ingat jaga2, jangan sampai telanjang semua.

Dalam maksud ustaz Harizal tu, saudara pak alim

Dengan bini boleh telanjang, dengan kekasih dan tunang masih kena jaga aurat. Kalau tak jadi mcm YB eli, dikhianati oleh kekasih sendiri

------------

Bukan tak boleh rentas jemaah , cuma nampak GAMIS je naik minyak tp KARISMA dan PKPIM kayu je..Bergerak mcm diorang, kayu je..

apapun saya ucap terima kasih kerana jaga GAMIS. Jasa saudara pak alim sangat tinggi bagi agama ini. Saya tabik pada sdra pak alim. saudara membakar diri untuk umat ini dikala rakan seperjuangan sedang menonjak naik ke alam pekerjaan..

terima kasih sdra pak alim..

maaf, tulis lebih2 nanti orang hentam..

pak mat, jaga dapur

Unknown on 4 Mac 2009 pada 2:41 PG berkata...

dlm m'jaharkh tarbiah, x adakh prinsip2 y bkn mnyekat ttp m'jg n m'guide dlm usaha nk m'jharkn tarbiah, ana brpendapat bhw kte perlu m'jhrkan ttp m'ikut prinsip2 kte b'jemaah,ma'aruf smua rasulullah m'jhrkn da'wah baginda ttp bkn strategi,macam mane ye ustaz?

Masturah Abu Bakar on 4 Mac 2009 pada 5:29 PG berkata...

Assalamualaikum..

Sekali lagi saya tampil menengahkan pendapat.

Tarbiyah perlu diperluaskan, sasaran tarbiyah perlu diperbanyakkan. Agar pembinaan fardulmuslim bukan hanya setakat dalam diri ahli-ahli dalam gerakan Islam tetapi juga sebati dalam diri dan jiwa masyarakat dan komuniti.

Saya terkesan dan terpukul dengan ucapan seorang ustaz yang mengatakan,

"Selalunya,sesebuah jemaah hanya berjaya di peringkat amal jamaie, tetapi tidak berjaya dengan amal ijtimaie. Mereka bangga dengan gerak kerja jemaah yang efisien dalam kalangan ahli, tetapi masyarakat sekeliling langsung tidak terkesan dengan kehadiran mereka.."

Marilah kita sama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah ummat ini. Moga segalanya dikira sebagai IBADAH oleh Allah s.w.t.

Takbir!

Tanpa Nama berkata...

salam...

ana sokong ustaz Abu Saif.

" Menganggap bahawa kerahsiaan hanya berpunca dari ketakutan, adalah salah faham yang menakutkan."

jadi, pendapat ana, sir wa hazar itu bukanlah kerana kita takut, tapi anggap ia sebagi Strategi dakwah.

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

aku habaq awai dah...
ustaz zul ni, semangat berapi-api...
tapi strategi lemah...
cakap ikut semangat, tapi strategi bukan dia fikir tu...
takpa la...ikut dia aja la...
aku kata sabaq,sabaq...
ini semuanya COBAANNN...!

Tanpa Nama berkata...

aku habaq awai dah...
ust zul ni, dia main cakap ikut dan aja...
semangat berapi api, tapi strategi, LEMAH...
takpa la...ikut dia la...
ini semua, COBAANNNN...

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat, tidak semua kampus telah bersedia menzahirkan apa yang menjadi kerahsiaan selama ini...

Harap pimpinan GAMIS dapat mengambil kira faktor waqi' di kampus2 lain supaya tidak berlaku krisis tidak diingini...

Unknown on 5 Mac 2009 pada 8:20 PG berkata...

Salam

saya setuju dgn ustaz. tarbiyah ini utk Smua bukan hanya sgolongan pihak sahaja. mungkin boleh pelbagaikan method utk menzahirkan tarbiyyah ini buat smua esp mahasiswa. saya nampak impak positif dalam menjana pemikiran dan pembinaan idea2 baru yg amatlah diperlukan oleh mhsswa skrang yg sangat2 ketandusan.. saya nampak apa yg ust ingin bawakan dan inshALLAH sya doakan tercapai. mgkn tindakan luar batasan fikirn 'biasa' ini akan mencorak satu dimensi baru, namun perlu sntiasa di ingatkan dgn cabran2 yg bakal tiba. perancangan strategi amat perlu dlm menggapai 'goal' yg dicita (apa yg saya dpt dr akademi al-fateh tempoh hari :)
sekadar perkongsian.
salam pjuangan ust!

Tanpa Nama berkata...

menunggu peMuzik ada dlm senarai pemimpin GAMIS..

mahu kuasai..mahu terbiyyah anak2 muda ISLAM yang telah lali dibius muzik..mereka ini antara ASET negara..dan semestinya memerlukan pentarbiyahan yang UNIK

kelompangan sekarang...kita mahu mengubah seseorang kepada bukan dirinya..bukan memanfaatkan kelebihannya..

ibarat mahu menukar ITIK kepada ARNAB...

+ teruskan mencari..moga selepas ini ada modul utk mempercantikkan kelebihan yang dimiliki oleh setiap org..spaya nampaklah ISLAM itu LAWA

Tanpa Nama berkata...

celaka ko zul ko ikut kepala ko sendiri jer..

Fakhrurrazi on 8 Mac 2009 pada 4:14 PG berkata...

(",) - "saya akan zahirkan tarbiyah"... bukan "saya akan zahirkan aurat"... kalau kita anggap menutup aurat x t'zahir tarbiyah, tp kita boleh zahirkan tarbiyah walaupun sedang menutup aurat.. Walaupun mcm pening, tp FIKIR2 KAN....

Tanpa Nama berkata...

Bangga ana ada lagi sahabat2 yang bersemangat sebegini. Moganya lahir dari jiwa yang ikhlas berdakwah..

Cumanya.. bak orang bersilat digelanggang. Terkadang kena undur juga setapak kerna langkah yang akan mara lebih jauh.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan Abu Saif.. dalam Jemaah masih ada yang perlu di jaga dan dirahsiakan..

BERSABARLAH..Islam belum tertegak lagi dan perjuangan masih lagi panjang. Harap dzulkhairi bersabar. memang lumrah perjuangan penuh dengan halangan dan onak duri.

Kalu dah tak tahan duk dalam Jemaah ni, jgn cuba mensabotaj dan menelanjangkan Jamaah. Hak kamu untuk memilih jamaah lain atau masuk UMNO, tapi jgn nak rosakkan Jamaah daripada dalam.

Kenapa disalahkan sistem Tarbiyah kita atas kegagalan dakwah kita? Kenapa perlu diselongkarkan sume benda hanya kerana kegagalan dakwah?

Kegagalan tarbiyah anda sebagai ahli GAMIS ataupun pimpinan GAMIS bukan kerana salahnya sistem tarbiyah tapi kegagalan kamu membentuk akhlak dan diri kamu sebagai daie.

Nak zahirkan tarbiyah dengan akhlak bukan mendedahkan benda yang tak perlu didedahkan.

Tarbiyah baginda Rasulullah dan tarbiyah sahabat banyak berbeza. Malah sahabat Nabi tidak mampu nak ikut tarbiyah Rasulullah.Apatah lagi nak mentarbiyah orang mad'u yang berada di luar Jamaah.

Tarbiyah dan jiwa kita mesti lebih kental berbanding orang yang hendak di tarbiyah ataupun mad'u.

Ahli gerakan Islam boleh lebih hebat daripada Khairy ataupun mana-mana tokoh2 sekular.

Malah sistem Tarbiyah yang sdr Dzulkhairy katakan kuno dan jumud ini telah menghasilkan tokoh2 gerakan Islam yang hebat2 seperti Hasan Al-Banna dan Syed Qutb. TN guru hj Hadi, Syed Hawa DLL.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE