Satu negara bising dan gamat dengan bantah berterusan terhadap PPSMI. PPSMI adalah satu sistem akademik yang dangkal dan tersangkal. Ia juga merupakan satu idea yang kontang daripada kemurnian ilmiah namun dipaksakan ke atas orang lain untuk menerimanya.
GAMIS tidak terlepas untuk membantah PPSMI. Malah GAMIS terlibat dalam puluhan komuniti yang membantah. Namun ada beberapa pihak yang sedikit terasa bahawa GAMIS tidak serius dalam bantahan ini meskipun saya telah mengisytiharkan akan serius dalam bantahan ini. Malah SU GAMIS telah mengeluarkan kenyataan kami bahawa 5000 ahli GAMIS akan membanjiri perkarangan istana untuk memberikan satu peringatan yang maha dahsyat dan kacau bilau kepada pihak pemerintah masa sekarang.
Saya rasa, pemerintah sekarang adalah pondan dan lembik.
Namun saya tidak menafikan satu perkara, bahawa GAMIS hanya serius ketika perhimpunan manakala dalam event-event sebelum perhimpunan, GAMIS hanya sekadar memberikan partisipasi. Beberapa orang menyatakan dua perkara terhadap kurangnya keseriusan GAMIS di ambang perhimpunan. Pertama, mereka menyalahkan GAMIS yang bersifat politikal. Kedua, mereka bimbang kehadiran dalam perhimpunan sedikit kerana selama ini, GAMIS yang banyak memeriahkannya, lantaran GAMIS memiliki crowd yang sangat banyak kalangan mahasiswa. Malah, mereka taa-taat belaka.
Saya ingin menyatakan kepada yang mengkritik. Janganlah kita menganggap hanya kita berada di landasan yang benar dengan menafikan gerak kerja dan komitmen orang lain. Memang benar GAMIS tidak terlalu serius di ambang perhimpunan, bukan semasa, namun GAMIS memberikan tumpuan dan fokus yang baik terhadap isu lain. Jelas dan nyatanya, yang bersifat politik dan aksinya.
GAMIS memberikan sumbangan yang terbaiki malah kami rela terlempar ke alam bahaya dengan melibatkan diri dalam kegawatan politik di Perak. Seorang dua ahli kami telah disyaki menjadi dalang dalam memberikan suntikan kepada gelombang kebangkitan rakyat dalam satu perhimpunan selepas Jumaat di Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar.
GAMIS telah banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan sihat politik tanah air, dan saya berkali-kali berpesan kepada ahli, jangan kita jadi persatuan media yang hanya pandai memberikan statement. Atau jangan hanya kita pandai beretorik dan membina daulah melalui siri-siri perbincangan semata-mata tanpa aksi sosial yang matang dan menggugat.bahkan, bersifat revolusi.
Masih lagi terngiang-ngiang di benak saya ucapan Anis Matta. Orang nombor dua dalam Partai Keadlian Sejahtera (PKS). Beliau mengimbau pandangan seorang ahli hukama’, “Seorang pemimpin yang mempunyai idea yang hebat tetapi cakupan massanya lemah, maka langkahnya tidak jauh. Begitu juga dengan pemimpin yang mempunyai massa yang berkualiti tetapi ideanya hampas, maka langkahnya juga tidak jauh.
`saya juga sedikit melenting apabila orang mempertikai PAS yang tidak melibatkan diri secara serius dalam menangani isu liberalisasi. Sebenarnya PAS bukannya tidak serius tetapi akibat himpitan kerja yang terlalu banyak, PAS tidak sempat mengalihkan perhatian terhadap Musawah yang dianjurkan oleh SIS. Namun apakah itu tanda atau kayu ukur PAS tidak serius?
Pihak sebegini begitu lantang mempertikaikan kewujudan PAS dalam isu ini sedangkan mereka bagaikan kura-kura yang menyembunyikan kepala dalam pergulatan politik. Mereka hany berani bersentuh-sentuhan dengan isu yang selamat dan tidak memberikan impak yang besar kepada mereka. Namun mereka tidak turun ke lapangan yang sebenar dan bersusah-susah dengan rakyat.
Jika mereka benar dalam mencintai Islam, maka saya ingin bertanya. Bukankah Islam agama kebajikan? Maka di mana suara dan kepala mereka dalam isu kebajikan? Bukankah Islam membenci kezaliman? Maka di mana suara mereka dalam menentang segala korupsi yang sedang terlaksana dalam negara kita sekarang?
Takkan mereka hanya lihat hanya liberal musuh Islam? Takkan mereka hanya lihat PPSMI yang menyusahkan? Tetapi mengapa mereka tidak memberanikan diri untuk bersama dengan gerakan Islam yang lain dalam isu yang lebih besar dan menakutkan.
Malah ada kalangan mereka, tiba-tiba sahaja, menjadi sumpah-sumpah yang boleh berubah warna untuk menyelamatkan diri.
5 Cadangan/Pandangan:
saya setuju!!
akhir2 ni, makin ramai mereka yg mencintai teoretikal dgn mengenepikan praktikal...
kritik tnpa contoh pengamalan..
apa2 pun, semoga kita sentiasa di bwh lembayung rahmat-Nya...
Saya cadangkan pimpinan GAMIS dibuat peralihan dengan berapa segera, biarkan adik-adik di kampus berijtihad sendiri memikirkan langkah sesuai yang perlu mereka lakukan. Sikap hanya mengeluarkan arahan tanpa berbincang dan kalau berbincang pun hanya untuk memenangi hati merupakan satu pengurusan kepimpinan yang tidak baik. GAMIS merupakan satu gabungan bukan suara yang hanya mewakili seorang individu, biarkan anak-anak muda beridealisme dengan cara dan kehidupan mereka di kampus, kita di luar memberi beberapa nasihat dan cadangan sekiranya terdapat kelemahan atau kesilapan. Gamis dilihat tidak berjaya memobilisasi massa kerana tiada kesepaduan, semangat teamwork dan keputusan yang dicapai secara bersama. Mereka yang menggerakkannya hanya melaksanakan apa yang diarahkan tanpa mereka berpeluang memberi komentar berkenaan sesuatu gerak kerja yang dilaksanakan oleh Gamis. Mereka juga mungkin boleh lebih bersemangat laksanakan gerak kerja jika mereka juga diberi peluang sumbang saran bukan sekadar pelaksana. GAMIS perlu melatih ahli yang bijak dan mahir berfikir bukan mahir buat kerja sahaja..
Simpati dari Kota London
Salam ukhuwwah..
adalah dicadangkan konsep musyawarah yang ada diperkembangkan dengan baik.
Secara jujurnya, kebanyakan program Gamis yang dianjurkan lebih menjurus kepada konsep top to bottom. Arahan dari pusat dicascade kepada negeri dan kampus secara terus.
ana tak nafikan bahawa perkara ini perlu dalam menguruskan organisasi yang besar seperti GAMIS ini.
namun, adalah lebih baik jika bicara arahan ini dapat diperbincangkan dengan masul-masul @ amir-amir kampus melalui pelbagai medium yang ada.
sebagai contoh.. melalui google groups @ yahoo groups.. Mungkin sudah ada google group seluruh kepimpinan gamis di setiap kampus... thumbs up!. tapi jika belum ada.. apatah salahnya untuk create dan aktifkan..
mungkin disitu saudara presiden dapat berkomunikasi dengan lebih telus dengan pimpinan-pimpinan kampus terutamanya yang berada di luar lembah klang.
perkara ini pernah dan sedang ana laksanakan dan ternyata memudahkan bicara antara pimpinan dan ahli terutamanya dalam urusan penyelarasan arahan dan idea-idea baru.
"manusia akan memusuhi apa yang mereka jahilkan"
Wallahua'lam
Tidak harus betul wajib salah..
Sahabat.
typo*
*tidak wajib betul harus salah
celaka JPM!!(Jabatan Pembangunan Mahasiswa).JPM kini dah jadi Jabatan Perbudak-budakkan Mahasiswa!!!celaka exco JPM!!!!
Catat Ulasan