Rabu, 4 Mac 2009

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGKRITIK


Saya tidak pernah terdetik untuk membalas semua kritikan yang dilemparkan kepada saya khususnya yang berkaitan dengan penzahiran tarbiah dan penghapusan sir hazar dalam konteks yang diamalkan pada hari ini. Saya hanya mampu tersenyum dan membuang jauh-jauh rasa yang kurang baik.

“Dzul sengal”. Biasa je ni. Saya anggap perkara ni lumrah jika saya membuat satu perkara yang menongkah arus. Hari ni mereka akan mengatakan saya sengal, bodoh, dan yang seumpama dengannya, malah perosak jamaah, pencelaru fikrah, orang yang melarikan diri daripada manhaj asal, bawa teori jamaah dalam jamaah, dan, macam-macam lagilah.

Seronok…

Itu je yang mampu saya terluah.

Sir Iqbal menyebut, “Apabila orang mati, mereka dikenali. Tetapi aku, tidak akan dikenali selepas matiku”. Ini kerana falsafah dan gagasan pemikiran beliau yang tinggi dan mencabar tradisi kebiasaan. Begitu juga sampai sekarang orang masih belum mengerti falsafah pemikiran yang teranut oleh al-Nursi secara mendalam. Mereka hanya mengenali beliau dari sudut luaran yang cetek dan tohor.

Maka saya, tidak kisahlah apa orang mahu kata kepada saya.

Al-Banna menyebut, “Pancari imaginasi kamu dengan praktikaliti. Jangan hanya pandai berteori dan jangan melepaskan diri daripada cengkaman imaginasi atau idealism. Orang yang tidak ada idealism adalah orang yang buta tidak bertongkat. Jangkauan dan pemikiran mereka tidak jauh dan mereka gemar sekali menyalahkan orang lain.

Itu pun saya baru mendedahkan beberapa pandangan saya. Jika saya mengemukakan lagi apa pandangan saya terhadap beberapa perkara, saya rasa kontroversial akan makin mewarnai.

Inilah keseronokan dunia anak muda. Saya tidak akan gentar…

7 Cadangan/Pandangan:

Unknown on 4 Mac 2009 pada 9:25 PTG berkata...

ustz,sy rase ahli2 bkn totok pmikiran mrk,ttp perlu dselaraskan kfahaman d setiap u.y menjadi mslah ialah pimpinan u y totok,ana d cn brsama rakan2 derita dgn mainan pimpinan kmi.trlalu trtutup...mungkin perlu d basuh dulu mrk2 y d atas,kmudian baru d bawah,,P'UBAHAN BKN U INDIVDU TP UNTUK SEJAGAT

Tanpa Nama berkata...

aik,,mlm td ada artkl ttg laptop dn hp pmpnan gamis yg hilg dlm prgm krna gara2 SB..knapa buag smula artkl tu..kalu buang,tak jadilah plan kita nak zahirkn trbiah gamis sezahir2nya..:)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Ustaz,
Ana kagum dgn keberanian ust krn cuba uk memecahkan mentaliti para pimpinan yg tlalu sempit..
Pimpinan hari ini dilihat agak angkuh & keras utk menerima segala teguran, kritikan & pandangan drpd bawahan ataupun luaran...
Kecewa & terkilan....bahasa yg mudah utk melafazkan apa yg berlaku & tlh dilakukan oleh para pimpinan yg bersikap 'keras kepala'...
walaupun SIDANA sudah hampir seminggu berlalu.... saya amat2 bharap para pimpinan dapat mngambil sgala yg tlh disampaikan oleh ust Hisom (yg bagi saya senada dgn ust) utk pecahkan mentaliti sempit para pimpinan selama ini...
kepada para pimpinan... sama2lah b'muhasabah... sejauhmana kalian mpraktikkan cara hubungan antara kalian sebagai pemimpin dgn org2 bawahan kalian...adakah ianya btepatan dgn apa yg Baginda Rasulullah S.A.W anjurkan & tunjukkan????
Renung2 & fikir2kanlah wahai para pimpinan...

Wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

Salam ust dzul yang ana kasihi,

Semoga terus gagah menapak ke hadapan,menongkah arus demi mengemudi gerakan mahasiswa ke arah masa depan yang lebih cerah.

Seperti biasa, menurut buku Bahtera Penyelamat karangan ustaz fathi yakan, ada menyebut bahawa salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh pejuang islam ialah mukmin yang dengki terhadapmu.

Mukmin yang dengki boleh datang dari pelbagai kategori, malah sesama ahli gerakan sekalipun. Jika mukmin yang dengki ini terdiri dari kalangan ahli gerakan, ia akan cuba menyekat, menyerang ust dengan menyalahgunakan istilah2 seperti "tak wala'", "cuba bawa pemikiran sendiri", "tidak ikut line of authority" dan sebagainya. Sedangkan yang sibuk menyekat itu, mereka sendiri tidak berjiwa besar dan tidak ada idea untuk membangunkan sesuatu. Yang mereka usung ke sana kemari ialah mempamerkan jawatan (walaupun gerakkerja hampeh) dan sibuk mencari kesalahan orang lain, disamping meminta orang lain wala' kepadanya disebabkan dia berada pada level authority.

Kepimpinan ialah kesantunan, bak kata Bapak Natsir. Seorang pemimpin, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan/amanah besar, perlu menyantuni semua golongan termasuk lawan sekalipun.

Kepimpinan ialah kita menyantuni orang tidak berasaskan pakaian jawatan mereka, tetapi berteraskan hubungan yang diikat oleh elemen nusrah, mahabbah dan kasih sayang. Bukannya memperbudak-budakkan orang bawahan, mentang2 la dia pimpinan.

Sekadar berkongsi. Tahniah buat ust dzul atas kedinamikan yang telah mengarusperdanakan fungsi dan halatuju gamis pada saat ini.

Tanpa Nama berkata...

celaka JPM!!!celaka exco JPM!!!JPM macam HEP!!!melambatkan kemenangan islam!!!

Tanpa Nama berkata...

salam
sekadar sokongan
semoga kritkan2 yg mendatang menjadi batu loncatan utk ustz terus kehadapan memecah tradisi yg kadang2 membuntukan..

Anak Muda Reform on 16 Mac 2009 pada 4:17 PG berkata...

teguran jugak kepada yang sangat bersemangat nak buat perubahan...salah satu langkah yang silap, apabila semuanya nak diubah, sampai tak tahu ape yang nak diubah, sebab atas dasar semangat semata2...kefahaman ini yang gagal dicermati oleh pihak GAMIS sendiri, gagal memberikan kefahaman secara berkesan sehingga seolah2 meletuskan satu fahaman lain yang sebenarnay bukan fahaman yang lain pun, cuma pegangan selama ini kebanyyakan ahli silap..

bahkan puak2 yang nak berubah selalu nak bertembung secara berdepan kononya, tapi penakut bertembung diluar kerangka, org bagi jawatan letak jawatan atas alasan tak boleh duduk dalam kondisi itu, buntu, sepatutnya kita bimbing bersama2...seiring sejalan bergerak..tak boleh terima, sabar, cuba lagi...tapi bile berada diluar, susahnya dan mengaharu-birukan jemaah...

dalam konteks ini juga la pentingnya bijak politik...bile terlalu ego dengan keilmuan dan semangat sahaja, tak jadi, bahkan akan ditentang idea yang baik...sama jugak dengan isu PPSMI, nak suh menguasai BI, tapi bukan dengan cara dalam sains dan matematik...aku sokong perubahan, cuma caranya kadang2 kena lunak...sabar dan berhikmah itu penting

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE