Saya baru menghadiri Wacana Perak di PKNS area PJ tadi. Ada satu kesimpulan yang saya buat berkaitan dengan tarbiah. Saya rasa, ia membantu memecahkan sedikit kebuntuan yang melanggar saya selama ini.
Prof Aziz Bari pakar dalam perlembagaan. Beliau berani sekali berijtihad dalam bidang yang diceburi beliau. Dalam erti kata yang lebih mudah, beliau berani mentafsir perlembagaan mengikut keupayaan beliau.
YB Nadzmi pula berkebolehan dalam bidang politik walau usia beliau masih muda. Manakala Saudara Ibrahim menunjukkan kemampuan beliau dalam bidang penyelidikan.
Lalu saya tertanya-tanya, apakah silibus usrah kita mampu untuk melahirkan pakar perlembagaan atau politician berwibawa dan penyelidik yang berupaya? Atau, sekurang-kurangnya apakah silibus kita mampu menarik dan membentuk orang yang sudah punya kecenderungan ke arah sana?
Saya berani mencabar Prof Aziz Bari untuk berbincang dan berhujjah dengan saya berkaitan dengan dunia harakah. Namun saya sekali-kali tidak akan berani untuk berhujjah dengan beliau dalam soal kenegaraan, perlembagaan, undang-undang malah dalam bidang politik.
Antara bidang saya dalam dunia harakah dengan bidang yang dikuasai beliau, ternyata bidang yang dikuasai beliau lebih memberikan manfaat yang lebih baik untuk Gerakan Islam itu sendiri. Malah saya juga tidak setanding sama sekali dengan YB Nadzmi dalam bidang pentadbiran dan politik kerana itu dunia beliau. Ternyata dunia beliau jauh lebih luas jika dibandingkan dunia saya.
Apakah dunia demonstrasi saya setanding dengan dunia politikal beliau? Apakah suara protes dan bangkangan saya setaraf dengan kemampuan ahli Parlimen yang ada sekarang. Bagaimana pula jika kita ambil contoh Khairy Jamaluddin yang ternyata merupakan satu fenomena dalam dunia UMNO yang ketandusan? Ternyata beliau jauh ke depan.
Nampaknya, saya tertinggal banyak tapak ke belakang.
Lalu saya mengambil kesimpulan yang praktikal. Banyak yang berkecamuk dalam lapangan akal pemikiran saya sekarang, cuma saya mahu menyentuh dalam konteks yang lebih kecil dan praktikal. Ubah sahaja silibus usrah yang ada sekarang. Tukar tajuk dan tukar pendekatan. Tukar isi perbincangan. Tukar inti pati yang ada. Bentuk satu silibus yang lebih berkuasa.
Saya bimbang jika kita masih dengan silibus lama, maka kita kekal sebagai demonstrater yang bersemangat di jalanan sahaja. Atau seorang brainstormer yang buta maklumat, memerah minda hanya berlapikkan akal yang melulu dan fakta yang berterabur. Entah benar entah salah. Hanya pandai berteori tetapi teori mengarut.
Atau jika kita masih selesa dengan pendekatan lama, maka bersedialah untuk terus membisu dalam gelanggang politik yang lebih luas. Atau kita hanya mampu membahaskan soal fiqh halal haram. Atau hanya pandai membincangkan isu liberalisme. Tetapi kita buta maklumat yang lebih meluas.
Atau, kita terus menjadi pembangkang yang setia.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
6 Cadangan/Pandangan:
salam bumi dibawah bayu..
ana sangat setuju dgn cetusan minda ustaz..selama menjadi ahli jamaah,banyak yang kena diubah dan diperhalusi semula sebab semakin hari kita ke depan makin byk tribulasi yang datng melanda..tapi tedpt juga yang mahu mengekalkan tampuk yang lama kononnya mahu mengekalkan tradisi..tengok keadaaan juga la,takkan nak kekalkan yang lama untuk korbankan sst yang lebih mendatangkan manfaat daripada mudharat..
Sebelum hendak merubah silibus, ubah terlebih dahulu dominasi mahasiswa pengajian Islam di dalam jemaah.
Mana mahasiswa Sains Sosial? Mana mahasiswa Sastera dan Bahasa? Perubatan? Kejuruteraan?
salam. saya sokong artikel ni. mahasiswa islam perlu bergerak dengan masa. cume, peringkat permulaannya, saya masih kabur untuk menyediakan pelan peringkat pertama perubahan tu. ubah silibus adalah first step yang baik
salam
ana setuju juga
kna up to date
dunia sekarang najk kan pemimpinislam yg hebat dalam sapek politik,undang2...
dll
kalau silibus usrah asyik membincangkan hal yg sama...
samapi bile pemikiran nak berkembang dan maju sesuai denganperedaran masa ddan cabaran masa kini..
1st step..ubah silibus..tu perkara pokok...tanpa mengeteikan perkara asas
mga dapat melahirkan mahasiswa yg "
"cream of the cream"
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
salam.
memang perlu berubah.tapi kena fikirkan perubahan y sewajarnya.
kita xmahu lahirkan semua aktivis seperti prof aziz bari.kta mmrlukan sesetengah sprti dia.tp dalam masa y sama perlu lahirkn aktivis y lebih strategik dlm bidang lain y mampu terkedepan memimpin massa,lebih nampak praktikelnya.
daripada dulu lagi org kate suh review semula silibus, sape yang nak buat, yang berkata2 semua tinggalkan begitu sahaja...budak2 kampus???yang sedia ada pun terkial2 nak jalankan, nak rangka yang baru???sebelum tinggal, buatlah rangka ringkas untuk membantu..tak pun PEMUDA turun bantu rangka silibus yang baru, tapi bukan untuk agenda peribadi, rangka silibus yang untuk memahami islam..soal nak perkaderan yang pelbagai, itu pendekatan yang kena berubah..soalnya minat org ni pelbagai2, susah nak mengikut selera masing2...
Catat Ulasan