Saya baru pulang dari forum muslimah Gamis. Saya menjadi panel bersama Senator Mumtaz. Helwani dalam proses re-branding telah menjemput saya untuk memberikan beberapa cadangan dan gagasan bertindak untuk mereka. Mengikut maklumat yang saya dapat, mereka telah menukar nama Helwani kepada Serikandi Gerakan Muslimat Muda atau ringkasnya disebut SIGMA. Nama yang elok, molek dan cantik.
Senator Mumtaz banyak menyentuh soal personaliti muslimah secara praktikal. Bagi saya, ia sesuai sekali dengan acuan jiwa muslimah. Saya pula, sukar untuk mengawal perasaan gementar dan malu sehingga sering kali kehabisan idea. Saya rasa, ini antara forum yang teruk pernah saya alami.
Seorang muslimah dari sebuah kampus di Johor bangkit melontarkan persoalan yang menyerang benaknya selama ini.
“Muslimin pandai member tasyji’ kepada kami agar menjadi muslimah yang kuat dan tekal. Namun apabila memilih isteri, muslimin memilih yang lembut. Apakah muslimin mempermainkan kami”. Begitulah lebih kurang maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.
Ternyata ini medan muslimah yang saya kira kurang sesuai untuk dilepaskan di dalam program muslimah semata-mata. Sepatutnya mereka berani menegur muslimin secara terbuka seraya memberikan pandangan terbaik. Apapun, mungkin mereka sedang melepaskan geram yang terbuku.
Bagus dan syabas, itu yang saya lemparkan kepada muslimah yang berani. Saya tidak nafikan, jiwa saya lebih sukakan muslimah yang berani dan independent. Namun benar jua pandangan Kak Mumtaz, muslimah meskipun lantang dan berani, ke sana dank e sini, namun jiwa keperempuanan mesti dijaga seeloknya.
Benarlah kata Kak Mumtaz dalam bab ini.
Masalah muslimah adalah mereka tidak berani memecah tembok yang ada. Itu yang saya lontarkan. Peluang dan ruang sudah ada, maka buktikan. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Saya kan menyokong segala kebangkitan muslimah dengan syarat, mereka mesti bersedia dan jangan mudah akur dengan keadaan yang menghimpit.
Apapun Rafidah memang seorang yang berwibawa dan mengagumkan. Tidak ramai yang tahu Timbalan Presiden Gamis ini pernah naik motor seorang diri dari Sungai Congkak ke Gombak dalam waktu rembang senja. Malah kemudiannya ke Sungai Congkak semula pada malamnya dalam sekitar jam 11.30. Seorang diri. Dari Gombak, bukan dari Cheras. Ini yang membuatkan saya mengangkat tangan memberikan tabik hormat kepada beliau.
Kak Zafirah juga seorang yang bearni apabila selalu menghadiri meeting area Petaling Jaya seorang diri waktu malam dan pulang ke Shah Alam kadang-kadang dalam jam 1 pagi. Kerap kali beliau ditemani Qusairy dengan dua buah mo0tor berasingan namun pernah juga berseorangan.
Ini kekuatan muslimah yang ada. Maka yang penting, gunakan. Islam sangat menjaga kebajikan muslimah, begitu juga dengan ahli gerakan. Pengalaman saya dalam PMIUM, sekiranya meeting tamat dalam jam 12 malam dank e atas, maka muslimin mesti menemani muslimat untuk pulang ke rumah. Wajib atas muslimin untuk begitu kerana inilah ajaran Islam.
Malah sahabat saya dari Indonesia menyebut,
“Kami rela berdarah muka demi mempertahankan muslimat kami”.
Saya lontarkan beberapa idea untuk dilaksanakan di peringkat muslimat. 1) Saya mencabar mereka untuk memasukkan apa-apa sahaja ucapan ke dalam You-Tube atau buat CD cramah atau pidato muslimat.
2) Buat satu Professional Gorup bermula dari sekarang dengan bertujuan melatih sekumpulan muslimah berwibawa dalam usaha menentang segala penyelewengan agama oleh golongan feminis liberalis. Group ini mesti dilatih dan berlatih mulai sekarang.
Apapun tahniah kepada SIGMA. Saya tidak lupakan jasa anda yang telah memasyhurkan nama GAMIS dengan membuka satu booth semasa Karnival Hari Wanita.
Juga saya tidak lupakan jasa Munawirah dan Fariza yang telah menaikkan nama Gamis dalam Seminar Alam Wanita Melayu sehingga disebut-sebut orang. Begitu saya tidak lupakan kekuatan Kak Mala memimpin gerakan baru dalam membentuk paradigm baru yang lebih berkualiti dan bertenaga.
Saya ulangi, saya seperti al-Qaradawi di sisi anda. Saya tidak mahu anda menjadi alat kepada muslimin tetapi saya ingin memberikan kebebasan kepada anda untuk bergerak dan bertindak. Persoalan sekarang ialah
“Apakah anda bersedia untuk berubah selepas berprogram?”
9 Cadangan/Pandangan:
ya, kami bersedia!setiap hembusan nafas utk islam!
Muslimat...
POWER... POWER... POWER...
muslimat...bijak, berani, berdikari.....
SEDIA..!!!
tak rugi rasanya walaupun kami byk mghadapi mehnah n tribulasi(x terlepas juga godaan syaitan) sepanjang perjalanan ke sana..namun ternyata ianya tidak sia-sia..
AYUH MUSLIMAT..!
KITA BANGKIT..!
jika ustaz dzulkhairi hebat di pentas mahasiswa IPTA, jika kak rafidah hebat di pentas mahasiswi IPTA, pimpinan SIGMA juga semuanya hebat2 dari ipta... maka insyaALLAH, sy dan sahabat2 di IPTS akan cuba menggerakkan ahli serta cuba mendominasi pentas mahasiswa/mahasiswi IPTS... doakan kami. MUSLIMAT POWER POWER POWER! TAKBIR... ALLAHUAKBAR! TERRRRBAIKKKK... INSYAALLAH... =)
Ingat.. semangat-semangat jugak..
Tapi batasan Muslimat kena jaga .. bagi ana sudah jatuh haram hukumnya jika Muslimat naik motor sorang-sorang dari Gombak ke Sg Congkak., Bukalah mana-mana kitab pun sebut benda sama.. Kecuali buku sekular dan liberal..
angan cakap sahaja...muslimat redah je, jangan hiraukan musimin yang mengidamkan muslimat lembut, korang tak lasak, teruk kena gasak nanti dengan geng2 feminis...yakinlah, jodoh di tangan allah, bina dan tengok balik keimanan kita kepada allah, sejauh mane meletakkan allah segala2nya...sebab bukan salah korang, tapi muslimin nih memang macam nih....perli2 muslimat 3b la, padahal memang die penakut...insyaallah, korang akan berjaya...
hehe..ustaz apa beza 3B zaman kepimpinan PMI ngan SIGMA GAMIS..dulu payah UMI YUs nak bawa agenda mahasiswi pada kampus lain...alhamdulillah berjaya gak skit sekarang,orang baru jgn lupa perjuangan org lama..bukan kite yg memulakan dan juga bukan kite pengakhirnya....kerana kita hy rantai2 perjuangan
apa sudah jadi dgn kepimpinan gamis & PMIUM????
Siapa Nazree?
Sdra disebut sebagai projection Anwar & Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai barisan kepimpinan muda, atas sebab itu pertemuan pak lah & anwar juga ada membincangkan tentang pelapis generasi muda bagi memastikan agenda politik damai ini menjadi kenyataan.
Sdra juga mempunyai hubungan sdra dengan Najib sebagai anak buah beliau melalui susur galur Rosmah. Hubungan sdra dengan Anwar dijana oleh Ezam.Ezam digunakan Anwar untuk membawanya masuk semula kedalam UMNO. Sdra pula berperanan utk membantu Ezam berbincang dengan Najib.
Sdra juga sentiasa diberikan maklumat oleh Anwar & Najib utk bertindak, termasuk dalam isu di Selangor yang mana ketidaksenangan Anwar terhadap tan sri khalid.
apa hubungan sdra nazree & team erdogan atau pro-muzakarah?sejauhmanakah wujud dua kelompok ini dengan perangcangan Najib & Anwar........nantikan pendedahannya
komentar pengunjung dr blog pengerusi GERAK........jelas mwenunjukkan pemimpin GAMIS tidak ada halatuju dan visi
Catat Ulasan