Saya ke Kajang semalam untuk menyampaikan kuliah Maulidur Rasul. Pada Subuh hari ini, saya menyampaikan kuliah Subuh di Surau Tinggi di Kampung Chubadak, Sentul. Ia berkaitan dengan Nabi SAW. Apapun, saya masih ingin menyentuh kehairanan saya terhadap isu feminine, yang berkait rapat dengan dua orang isteri nabi yang cuku aneh iaitu Khadijah dan Aisyah.
Usai sahaja forum SIGMA, Kak Mumtaz memberikan perkongsian idea yang sangat menarik. Bagaimana seorang janda yang telah berkahwin dua dan memiliki dua orang anak seperti Khadijah, sudah berumur tetapi masih lagi diminati ramai. Maka Kak Mumtaz dan saya bersetuju bahawa ketrampilan dan pengimejan menarik yang dimiliki Khadijah merupakan daya penarik yang utama.
Khadijah juga memainkan peranan penting di sisi orang nombor satu ketika itu. Bayangkan ketika Nabi Muhammad SAW dalam keadaan terdesak, seorang wanita yang bernama Khadijah boleh menjadi motivator dan penghembus semangat kepada baginda. Apabila saya membayangkan situasi Khadijah dengan sekarang, maka saya dapat membayangkan bukan senang ingin menjadi orang yang mampu menjadi motivator kepada orang paling penting. Maka seharusnya muslimah mengambil keteladanan ini. Peranan Khadijah sebagaimana saya sebut ialah,
“Menghidupkan hati yang mati dan memberikan pengharapan kepada yang sudah berputus asa”
Saya juga menyatakan, pemimpin dalam tingkatan tertinggi ialah pemimpin yang mampu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Di saat orang lain berada dalam keadaan lemah, ia bangkit menghembuskan kekuatan. Karismatik, penampilan dan ketrampilan, semangat dan kejiwaan, semuanya memainkan peranan yang teramat penting.
Kata-kata Khadijah yang sangat menyentuh jiwa ialah,
“Ya Rasulullah, sekiranya tulang belulang aku berguna untuk Islam, maka gunakanlah ia”.
Aisyah pula saya sifatkan sebagai seorang ideolog yang berani mengoyak tradisi kebiasaan. Beliau begitu berani memimpin ketumbukan untuk berdepan dengan tentera di bawah kepimpinan Ali RA. Malah beliau memimpim ketumbukan yang terdiri daripada Thalhah bin Ubaidullah dan Al-Zubair binj Al-‘Awwam. Kepimpinan beliau sangat dikagumi. Malah beliau begitu berani melanggar tradisi kebiasaan isteri-isteri nabi yang biasanya hanya berada dalam rumah atas dasar pemeliharaan daripada Allah.
Kak Mumtaz banyak menyentuh soal bagaimana menjadi isteri yang berjaya. Ia sangat baik sehingga mendesak saya untuk menghantarkan SMS kepada beliau,
“Kak, nanti saya mahu kahwin, saya mahu ‘kawan’ saya jumpa akak dahulu untuk meminta nasihat”.
Maka muslimah yang menghadiri STIGMA semalam berdepan dengan cabaran yang sangat hebat.
1) Cabaran sebagai aktivis yang berani
2) Cabaran sebagai anak yang dikasihi
3) Cabaran sebagai kakak atau adik yang berkualiti
4) Cabaran sebagai bakal isteri yang mampu menjadi sumber inspirasi kepada suami
5) Cabaran sebagai pemimpin yang sanggup melupakan kepentingan peribadi
6) Cabaran untuk menongkah arus kebiasaan
7) Cabaran untuk mengubah lanskap Negara
8) Cabaran untuk mengubah paradigma muslimin yang memandang rendah
` Saya sempat melontarkan cabaran terakhir kepada kumpulan muslimat yang bersemangat dengan laungan “Muslimat, Power, power, power” semalam. Sebelum saya melontarkan cabaran kepada mereka, saya telah mendedahkan beberapa fakta yang menunjukkan bahawa saya sangat member peluang dan menghargai perjuangan muslimat.
Sehingga saya mengeluarkan RM 1000 untuk program muslimat walhal Gamis sendiri tidak berduit. Itupun saya dahulukan duit saya terlebih dahulu untuk memberikan suntikan maut.
“Tidak mengapa saya dahulukan duit saya, asalkan muslimat akan bergerak laju. Nanti, akan saya cari balik duit untuk Gamis bagi claim duit saya Insya-Allah”.
Cabaran terakhir yang saya lemparkan kepada muslimat SIGMA ialah,
“Antunna jangan hanya bersemangat dalam program ini sebaliknya antenna mesti membuktikan kemampuan antunna. Malah menjadi kewajipan kepada antunna untuk membuat sentuhan yang akan menghimpit muslimin”.
Tahniah SIGMA!!!
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan