Akhirnya hajat dan impian saya bakal tercapai. Sekurang-kurangnya, bakal.
Insya Allah pada 24 Mac ini, pimpinan tertinggi Gamis akan mengadakan Uzlah Qiyadah bersama pimpinan PKPIM, Karisma dan Teras. Terima kasih kepada Abang Hilmi Presiden PKPIM yang sudi menguruskan Uzlah Qiyadah ini. Juga terima kasih kerana sudi menyambut idea saya untuk mengadakan usrah dan pertemuan antara pimpinan tertinggi jamaah.
Ini saya kira sejarah. Perkumpulan jamaah berkumpul untuk berkenalan lebih dalam dan meningkatkan kerjasama antara satu sama lain. Setelah kami bersama-sama menentang kezaliman kerajaan dalam isu PPSMI, kini kami akan mengorak langkah yang lebih terkedepan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lupa yang lama, bina sejarah baru. Jika kita boleh bertolak ansur dengan non-muslim, maka sesama ki9ta, kita mesti membina ukhuwah yang kukuh lagi teguh.
Tujuan Uzlah Qiyadah menurut kefahaman saya ialah:
1- Mengeratkan perhubungan dan meningkatkan persefahaman
2- Memperkasakan nilai intelektualiti melalui perbincangan
3- Perkongsian idea
Saya diberi penghormatan oleh Abang Hilmi untuk memberikan kuliah Maghrib. Pasti saya akan menyajikan kuliah tersebut dengan idea-idea bugar untuk memastikan hubungan antara kami akan bertambah erat dan tidak akan mampu dirungkaikan.
Saya semakin gembira apabila dipertemukan Allah dengan exco Dakwah PKPIM saudara Ikram ketika saya menyampaikan kuliah di Kajang semalam. Saya pertama kali melihat beliau, dapat mengecam bahawa beliau merupakan sahli gerakan. Sungguh, saya tidak menipu. Kita mudah sekali mengenal dan mengecam orang yang sama fikrah perjuangan dengan kita hanya dengan melihat raut wajah dan renungan mata sahaja.
Apatah lagi apabila berbual. Perbualannya pasti lain daripada yang lain dan penuh dengan makna.
Menariknya apabila saudara Ikram akan mengangkat akad nikah hari ini.
“Siapa pasangan nta?” tanya saya. “Sahabat PKPIM ke?” Tanya saya lagi untuk mendapatkan kepastian.
Beliau tersenyum seraya menjawab, “Bukan”. Saya terkejut. “Bakal zaujah ana ialah budak Gamis,” kata beliau tersipu malu.
Saya sangat gembira dengan keadaan ini. Abang Mamat.Com adalah PKPIM namun berkahwin dengan pimpinan muslimat kalangan Gamis. Kini saudara Ikram pula mengulangi sejarah Abang Mamat.Com dengan mengikat tali perkahwinan dengan sahabat Gamis.
Ini yang menariknya.
Awalnya, bertemu secara rambang.
Kemudian, berada dalam majlis mesyuarat untuk membincangkan perkara yang sama.
Seterusnya dalam usrah ataupun Uzlah Qiyadah.
Tamrin Rentas Jamaah akan menyusul.
Selepas itu, Baitul Dakwah atau Baitul Muslim. Wah, ini membuatkan saya semakin sesak nafas dan rasa gembira menyeluruhi saya.
Saya baru terfikir untuk berkahwin dengan orang Arab. Tapi fenomena yang berlaku sekarang mungkin mengubah pendirian saya.
“Mungkinkah saya akan berkahwin dengan sahabat PKPIM atau Karisma?”
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
11 Cadangan/Pandangan:
tiada masalah...padahal kita berkongsi cita-cita yg sama...kalau baitul muslim boleh merentas jmaah..maka soal lain InsyaAllah dpmudahkan...Namun,kalau gagasan yg dibawa tidak dpt sokongan dr seluruh qiyadah dan jundiyyah, susah jugak...
assalamua'laikum.
ana trtarik dgn entry ni.
ana hrp ia dpt dbcgkn scra serius dn dpt saranan dr shbt2..
sejujrnya ana pernh dlmr oleh seorg ikhwah dr pk*. (wlwpun dia tahu ana side mana).orgnya cukup hebat, baik dn maaf jka ana katakan, ana rsa kelebihannya sgguh byk jka nk dbndkn dgn shbt2 ikhwah gms yg ana knali @ yg dtmpt ana..tp ana byk pertimbangkn dn korbankn jg krn jka blh mahu cari yg sefkrh dahulu.
dn skrg dtg lagi, orgnya hebat jg,tp kali ni subhanallah dr pkp*m pula. x tahulah knp Allah tkdirkn yg luar2 ni utk mndpt tmpt d hati.
ada sapa2 dpt mbntu ana?slain dr istikharah petunjuk terbaik dr Allah..
jka mbca entry ustd zul ni, juga kdn ikhwah gms sndri yg lbh rmai yg 'pemalu' ana blh kata, ana semakin brlapang dada utk memilih mereka yg lain dr fkrh kta yg rata2 > hebat dr byk segi.
jika bukan krn BM sgt dipentingkn sjak dr usrh pertama lagi, dan mahukn kelangsungan fikrah dn memudahkn gerak kerja slps berbaitul muslim, mgkin ana tdk seblur ini utk memilih.
tlg ana mndpt pencerahan.
jzkk.
mgkin agr ana lbh jelas ttg pro n cons yg menunggu di hdpn.
jzkk
-muslimat gamis in dilemma-
muslimin gamis kne byk muhasabah kot...
biar btul 'selonggar' ni.
bih tu ape fgsinya ubm slma ni.
aku rsa tu sgt pntg utk ksnmbgn jmh!...
utk muslimin mgkn ok sbb nak x nak jdi suami nti dia yg pimpin.
klu muslimat? no komen..
mmg hebat ah kalu dpt trbyh n transformerkn 'imam' dia =p
crita wihdatul tu lbh kurg brlaku pd slh sorg kak pimpinan j kt tmpt ana gak. pimpinan lg tu...
hmm....
'org lain' lbh advance agknya.=)
pnah alami ala2 prmsalahan wihdatul fikr cuma ikhwah tu ingt ana neutral, die x tau ana side ape n ajk ana masuk j die.. ana pun x tau die j ape.. (btapa kami saling x knal~)
tp ana tolak sbb takut.. baru 18 mse tu, trasa byk lg tangungjwb dn ketidakmatangan diri.. siap org dtg cari kt kampus.. (result pon mnjunam jatuh~~) ujian sungguh bg ana tp ade shbt salute kt ikhwah yg bersungguh tu.. ana pun x faham....
mintak izin tuan puyer badan skang..amboi...
maksud anak muda reform ape?..bulih jlskn?
-anynomous
xfaham la nape kene kahwin sesama j ????
ana br setahun join j... xfhm sgt nape perlu ubm??? kalu kahwin dgn bukan j pn xpe kan??
Em...yerp,xde hal klu x khwin dgn ahli j kn??takot2 nnti sape yg khwin dgn bkan j kn kritik plak..hmm...
Catat Ulasan