Ahad, 8 Mac 2009

KAHWIN RENTAS BENUA


Bapa saudara saya akhirnya bertemu wanita pilihan hatinya. Setelah pulang menyambung pengajian di peringkat PhD di UK, Ayah Ju belum bertemu jodohnya. Akhirnya Ayah Ju ke Jordan untuk menjadi pensyarah di sana.

Dengar-dengarnya, Ayah Ju berkenan dengan orang Palestin. Ini satu fenomena yang mencuit hati saya. Jika begini, saya mahukan gadis Arab yang cantik-cantik itu.

Berkahwin biarlah dengan orang jauh. Barulah dunia bertambah luas dan paradigma juga berubah. Seorang penjual di Café 11th. Seorang Arab yang telah berkahwin dengan orang Melayu. Manakala adiknya pula berkahwin dengan orang Filiphina. Ini adalah sebuah keluarga berbudaya.

Janganlah kahwin sesama negeri jika boleh. Jika tidak, Terengganu akan kekal dengan “Ang”nya. Orang Kedah akan kekal dengan “Ain”nya. Orang Melaka akan kekal dengan “Au”nya.

Kahwinlah dengan orang dari negeri lain, jika boleh, bangsa lain. Itu jika mampulah. Barulah budaya akan meluas. Kahwin dengan jamaah lain, itu juga perkara menarik.

Orang tarbiah kahwin dengan orang siasah. Orang ekonomi kahwin dengan orang pengurusan. Orang suka berpolitik kahwin dengan orang academician. Ia sesuatu yang mencabar.

“Wah, ia sangat menarik”.

Kalau macam itu, saya nak ahli Gamis kahwin dengan KAMMI dari Indonesia la...

7 Cadangan/Pandangan:

me~ berkata...

sebagai seorang yang mixed blood, mixed bangsa juga negara, saya terasa.. (~,~)

yang pasti x mixed, agama! berpaksikan aqidah yang satu! (^^,)V

Tanpa Nama berkata...

gamis-kammi? =)

pasti mengundang senyum shbt2 dr indonesia..

tringat akh amika y hebat y prnh brkunjung ke mlsyia, menyemai ukhwah sesama shbt gamis.

amacam shbt2?ada brani?


-adik gamis

Tanpa Nama berkata...

ustdz dzul, awat sari 2 ni asyik entry psl ni ja...konpius.

ustdz dh nak kawin eh?

Tanpa nama 2

wihdah berkata...

Ana doakan yg terbaik utk ustaz dn smua shbt2 =) sirru a'la barakatillah. mg mndpt yg soleh solehah dn mampu memimpin kta ke Syurga insyaallah.

Takbir!

add = campur =+ berkata...

haha..btul, syeikh. ana sokong jg tu,dzul. Nanti xbkembang.

izzahtulwidad on 15 Mac 2009 10:43 PTG berkata...

bagus kalau semua berfkir dan berpandangan seperti anta.

barulah dikatakan saling lengkap melengkapi dan tiadalah penolakkan atas alasan tidak senegeri.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

Anak Muda Reform on 16 Mac 2009 3:15 PG berkata...

tapi bukan hang nih, 22 yer sama2 academician ke???hang nak wat master, die pun wat master jugak..tolong la...nanti dapat anak2 yang terlalu bijak dan terencat..last2 macam nampak gile2 cikit..sudah la dzul...hahahahaha

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE