Isnin, 9 Mac 2009

SEORANG PAKCIK YANG MULIA


Seorang pakcik memeluk saya apabila saya menyalami beliau. Wajah beliau teramat jernih, membuatkan saya amat menyemburui kejernihannya. Lambang seorang lelaki yang soleh dan punya kredibiliti keimanan yang memukau.

Saya amat senang sekali berjumpa dengan pakcik yang biasa saya temui di Surau Tinggi itu. Bukan kerana apa. Kerana jiwa saya menjadi sejuk dan tenang apabila menatap wajahnya. Saya kira beliau tergolong dalam kumpulan lelaki yang soleh dan bertaqwa kepada Allah. Pakcik itu, baru sahaja berkahwin setelah kematian isteri pertama beliau.

Sekali pandang, hati terus berkenan.

Ini semua kerana sambahan keimanan yang tertumpah dan amat menarik.

Beliau kemudiannya mendoakan agar saya berjaya dan mendapat kenikmatan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya. Sebelum itu beliau menghulurkan sedikit hadiah kepada saya. Beliau akhirnya menyebut satu perkara yang membuatkan hati saya sangat terharu mendengarnya.

“Saya rasa sangat tenang dapat memberikan sedikit hadiah kepada ustaz,”.

1 Cadangan/Pandangan:

alfatonah on 9 Mac 2009 pada 7:29 PG berkata...

saling mmberi hadiahdpt merapatkan ukhwah..bagus pakcik itu.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE