Maafkan saya, saya baru pulang dari Bukit Gantang selama tiga hari. Kemudiannya, saya telah melihat bagaimana blog saya semakin tersepit antara kebencian melampau beberapa pihak. Alhamdulillah, saya rasa itu pertembungan idealisme yang baik. Jutaan terima kasih buat semua.
Saya sempat berceramah satu pentas dengan Adun P059 yang mewakili suara Pakatan Rakyat. Juga bersama Ustaz Kamal Syaari. Saya kira, ini kali ketiga atau keempat saya sepentas dengan Ustaz Kamal Syaari.
Sabtunya, ramai-ramai saya bersama sahabat GAMIS pergi rumah ke rumah untuk mengadakan kempen dan edar risalah. Kita dengan tegas menyatakan sokongan terhadap Dato Seri Nizar. Ini kerana PR memperjuangkan Islam dan suara rakyat dan UMNO menentangnya. Itu perbezaan yang jelas.
Saya baru pulang jam ini, hari Ahad. Berjumpa dengan kenalan lama di sana. Sudah sebulan beliau di sana melaksanakan gerak kerja Islam dengan baik. Saya hanya sempat tiga hari dan perlu pulang segera untuk banyak lagi kerja yang lain.
Apapun, terima kasih kepada semua yang mengkritik. Ini satu budaya pertembungan yang baik dan mengagumkan. Daripada yang tidak memberi idea kepada Gamis, akhirnya memberikan idea yang tuntas.
Saya menyedari, saya hanya penulis dalam blog, saya seorang anak kepada ayah dan ibu Bukit Gantang, saya seorang buruh di tempat kerja, seorang yang beridealisme sebagai Presiden Gamis, juga sebagai seorang yang mencari ilmu sebagai murid.
Tahniah kepada semua.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan