Ahad, 29 Mac 2009

MAAFKAN SAYA, PAS


Saudara Nazree memang seorang yang berani sejak bergelar Presiden PMIUM lagi. Berani dari sudut sebagai pemimpin dan berani mencabar arus. Sehingga kini, beliau dikritik teruk dan saya masih di belakang beliau memberikan sokongan.

Mungkin bukan semua idea beliau saya dokong. Tetapi saya amat mendokong keberanian beliau membawa satu gerakan dan fenomena yang baru. Beliau ternyata bukan sahaja berani berteori, bahkan beliau mengetengahkan kejantanan beliau dalam gelanggang aksi dengan berani.

Sebenarnya saya pun tidak tahu mahu kata macam mana. Orang menyatakan saya tidak wala’ kepada PAS sehingga membuatkan saya kehairanan. PAS adalah PAS dan Gamis adalah Gamis. Kenapa mesti seorang Gamis mencurahkan ketaatan kepada PAS?

OK, jika saya sebagai ahli PAS, atau UMNO. Maka saya mesti wala’ kepada PAS dan UMNO. Maka persoalannya ialah, dalam PAS dan UMNO ramai individu, maka kepada siapa harus saya memberikan wala’? kepada Pak Lah ke atau Najib, atau orang yang ada dalam UMNO, yang entah siapa-siapa. Atau kepada Tok Guru ke, atau kepada orang PAS yang entah siapa-siapa?

Jika saya berada pada zaman Nabi SAW. Maka saya mesti wala’ kepada Nabi SAW atau Abu Darda’ RA, atau kepada Khalid bin al-Walid? Itu persoalannya. Ini membuatkan saya keliru wala’.



Zaman Nabi SAW ada beberapa orang pengkritik. Umar RA mengkritik Nabi SAW walhal Nabi SAW mesti ditaati. Sehingga Umar RA pernah menyakiti hati Nabi SAW tanpa sedar. Beliau terlepas cakap.

Seorang perempuan mengkritik Umar RA. Abu Zar RA mengkritik Uthman RA. Muawiyah RA mengkritik Ali RA. Umar RA bertentangan pandangan dengan Abu Bakar RA. Ibnu Umar RA menentang aliran Muawiyah RA sehingga menerbitkan peperangan kemudiannya. Saad bin Muaz RA dan sahabat mengkritik Umar RA.

Ada yang menjadi penasihat. Ramai sahabat menasihati antara satu sama lain. Maka saya langsung tidak terguris dan terasa dengan sebarang kritikan yang dilemparkan kepada saya dan saya menerima nasihat yang diberikan.

Manusia memusuhi apa yang ia tidak tahu. Ini pujangga Arab sebut. Lalu saya dimusuhi kerana mereka tidak mengenal Gamis dan apa Gamis, apa peranan dan apa bawaan. Ketidaktahuan itu mereka curahkan dalam bentuk kritikan. Maka saya berasa sangat gembira kerana sebenarnya kritikan itu lahir dalam asas ketidaktahuan.

Itu tidak mengapa. Lalu saya doakan semua yang tidak bersetuju dengan saya agar mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga. Ibnu Taimiyah yang mulia dikritik sekian ramai ulama. Al-Ghazali dikritik hebat oleh Ibnu Rusyd. Namun mereka berlapang dada kerana mereka tahu, ”Manusia sukar memahami pemikiran mereka”.
Einstein menyebut, ”Masalah masa kini akan dapat diselesaikan dengan pemikiran masa depan”. Bukan pemikiran masa sekarang. Beberapa mencadangkan kepada saya dengan sinis, agar saya membuat satu gerakan baru bersama Nazree lantaran pemikiran kami dikatakn songsang. Insya Allah akan saya fikirkan dan akan saya bincangkan dengan saudara Nazree tentang cadangan baik dan sinis itu.

Saya katakan PAS tidak cakna betul-betul kepada tarbiah. Itu betul. Itu benar. Itu tidak ternafi. PAS tenggelam dalam politik sekarang. Ada individu cuba menghidupkan semula budaya tarbiah dan biarlah politik tu lahir dalam tarbiah. Namun masalahnya PAS masih mengekalkan tarbiah sebelum zaman kemenangan bukannya pasca Pakatan Rakyat.

Lantas orang berkata, ”Jangan mengkritik secara terbuka”. Alangkah, Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyid mengizinkan semua media masuk dalam muktamar PAS kelak. Dalam muktamar tersebut, akan ada kritikan yang mungkin lebih berat. Maka ia merupakan satu kritikan yang lebih terbuka dan lebih berat. Saya baru dalam blog.

Imam al-Ghazali menerbitkan satu buku menasihati pemimpin dan dibaca sehingga sekarang. Itu satu nasihat terbuka. Seorang ulama bangun bersyair di hadapan Sultan al-Zanki dan mengkritik dengan keras. Itu lagi terbuka. Itu budaya ulama dan sahabat. Sebagaimana seorang sahabat bangun mengkritik Umar RA sebelum beliau berkhutbah.

Saya tidak katakan, perlu kita mengkritik peribadi secara terbuka. Tetapi saya tidak mengkritik peribadi melainkan secara umum. Saya tidak melakukan provokasi agar semua cakna kepada tarbiah. Tetapi memang benar, PAS kurang cakna tentang tarbiah dan tarbiah PAS masih lama dan beku.

Ya, tarbiah PAS amat perlahan seperti kura-kura yang sedang berjalan dalam semak yang tebal.

13 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke kita kata kritikan ustaz dzul terhadap PAS sebagai satu keadaan "ketidaktahuan" ustaz terhadap pemahaman sebenar PAS?

asalkan benda itu baik,setiap pemimpin mempunyai visi dan misi tersendiri yang sudah pastinya berlainan thariq mendapatkannya

Tanpa Nama berkata...

"Ya, tarbiah PAS amat perlahan seperti kura-kura yang sedang berjalan dalam semak yang tebal"

Assalamualaikum,
saya hormati pandangan ustaz Dzul. Apatah lagi sebagai pengunjung, menghormati tuan rumah adalah satu kemestian.

namun,saya kira saya kurang bersetuju dengan statement-statement yang ustaz dzul keluarkan seperti di atas.Mungkin bagi ustaz adalah berasas namun bagi pihak saya "tuduhan" itu langsung tidak berasas.

namun, saya setuju, berlapang dada itu penting dan ustaz selaku tuan rumah berhak mengemukakan pandangan dan pemikiran ustaz dzul di sini.

Mungkin apa yang ustaz tahu tidak saya ketahui, serta sebaliknya.

~hafzi~

Tanpa Nama berkata...

tarbiah PAS amat perlahan seperti kura-kura yang sedang berjalan dalam semak yang tebal....
so..sape yang nak lajukan?? bukankah kita yang hebat "tarbiyyahnya" ini??buka minda, tya amal..salam perjuangan..

Tanpa Nama berkata...

Patut lah dzul kata tarbiah pas lemah, budaya ilmu teruk dan pas akan mati, terkubur.sebab pas digerakkan oleh pion-pion yang bodo macam aku. pas di gerakkan oleh bekas mat2 gian di kampung kerinchi, man burger pantai dalam, awang pomen bukit kerinchi, abg lan driver teksi flat bangsar ria, din rabun tukang angkut pisang di jengka, mail derus penoreh getah di behrang, abang azmi askar pencen. memang pas akan mati.
ilmu mereka banyak, pengalaman terlalu byk dan luar biasa, pembacaan luas. kita belum sampai tahap tu, sebab kita bodoh(kalau hampa tak ngaku takpa, tapi saya mengaku), tidak cerdik seperti mereka, pengalaman memimpin tak ada. di kampus dulu jadi pion ja.Para amilin dalam pas ni tak ngaji tinggi, tapi nak kan Parti Islam sebagai landasan perjuangan. kalau Pas mati esok, saya merayu kepada org2 cerdik yang mungkin boleh tubuhkan parti baru ni, ambiklah nama2 yang saya sebut di atas tadi masuk parti baru. kesian mereka tak ada landasan. atau pun kalaulah nak pas terus hidup, tolong lah sekolahkan orang macam saya, dan nama2 yang disebut di atas supaya jadi cerdik. semoga tarbiah pas mantap dan budaya ilmu hidup.

Tanpa Nama berkata...

salam. us dzul. tak dak sapa yang kata tarbiah Pas mantap. Abim orang kata tarbiahnya mantap. ok.siapa ahli dia? kebanyakan berpelajaran dan khusus untuk org muda. JIM org kata lagi mantap.ya, ahli dia semua profesional, paling kurang ada degree. Gamis tarbiahnya mantap? ya, ahlinya semua ada degree ke atas. Pas ahlinya dari tukang kebun hinggalah ke ulama, daripada orang asli sehinggalah profesor. pas nak tarbiah pelbagai peringkat ahli yang berjumlah hampir sejuta.yang ilmunya, taraf pendidikannya, bangsanya berbeza-beza.tapi bukanlah bermakna kerana susah kita tinggalkan tarbiah. memang pas lembab, memang pas slow tarbiah, memang budaya ilmu tak mantap. sebab itu pas mengharapkan penyertaan amilin-amilin yang berilmu, berpengalaman macam ustaz dzul untuk sama-sama perbaharui dan segarkan tarbiah dalam Pas.
ada yang dlm ruangan komen yang mengatakan pas tidak bagi peluang kepada anak muda. ustaz dzul sendiri boleh jawab pas bagi peluang atau tidak.dia mengetahuinya. sejarah tg nik aziz, tg haji hadi, us fadil dan hj yusuf rawa dahulu pun kalangan tokoh pembaharuan yang bawa perubahan dalam pas. mereka menggantikan kepimpinan era datok asri dan membawa perubahan.memang ada tentangan, memang ada bangkangan dan bermacam ujian, tetapi mereka teruskan.

saya rasa us Dzul yang dikasihi berupaya lakukan. saya tulis ini dengan rasa kasih sayang tidak terhingga kepada saudara saya Dzulkhairi ini. mungkin pembaca tidak mengetahui, tetapi us dzul mengetahui kasihnya saya kepadanya..

wassalam.. saudara mu yang jahil.. mohd nasaie ismail

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz on 30 Mac 2009 pada 8:33 PG berkata...

mungkin tarbiah PAS lembab mcm kura-kura tetapi xkan selamanya nak biarkan tarbiah itu lembab?

sapa pula yg nak jadikan tarbiah selaju arnab?

fikir-fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

[Tarbiah di kampus yang saya kenal, bukan dengan budaya ilmu, sebaliknya sikap jhiliah menebal daripada pimpinan sampai ke bawah, pimpinan terlalu terguris jika orang bawah lebih daripadanya sedang dia hanyalah pak turut syuro yang amat menjengkelkan, budaya cakap belakang hasut menghasut tetapi tidak berani berdepan, merupakan tarbiah Jemaah Islam Kampus. Saya memandang bagaimana sistem memPASkan jemaah Islam Kampus telah banyak mengorbankan tenaga-tenaga muda yang bakal sendiri memartabatkan Islam, mencengkam kepemudaan mahasiswa. Ini belum lagi jika ingin berbicara untuk melahirkan intelektual yang pakar dalam satu-satu bidang. Budaya yang ada dalam jemaah Islam kampus itu pada pandangan saya amat terlalu jauh malahan bukan medan permulaan untuk melahirkan pakar-pakar itu, kerna akhir sekali anda akan dilabel sebagai tidak wala' lantaran idea-idea anda yang lahir dari kajian anda, yang dihakimi oleh pimpinan yang tidak membuat kajian atau studi seperti anda. Saudara Dzul saya cadang anda buat institusi atau akademi kepemudaan yang bertujuan melahirkan pakar-pakar tersebut diluar daripada kerangka GAMIS atau Pemuda PAS, bebaskan daripada birokrasi yang menyusahkan, beri kebebasan anak muda untuk berfikir secara kritis tetapi dipandu. Jika sdr Dzul merasakan ini adalah permasalahan besar yang bersangkut dengan masa depan PAS saya amat bersetuju.]

Saya setuju dgn pandangan di atas.
Mungkin ini asas kebimbangan kita bersama?
Cuba tanya ahli2 jik pasal perkara2 yg berada di luar border kuliah dasar (sendiri mahu paham. itu baru ahli2 jik. jgn tanya ahli cawangan.:-)

Mungkin persoalan asas adalah keseimbangan dlm perkara asas sebagai pejuang islam dengan mklumt2/ilmu/pengetahuan/kemahiran yg advance (yg mungkin di luar kotak kebiasaan/ dipandang enteng dll)yang sgt2 diperlukan oleh gerakan ISLAM dlm mengejar/menjawab/menguasai massa/persekitaran/dll, tanpa mengabaikan keutamaan.

Boleh jadi begitu

Su-30mkm

Tanpa Nama berkata...

saya perbaiki ayt saya:

Mungkin persoalan asas adalah KESEIMBANGAN dlm perkara asas sebagai pejuang islam dengan KEPERLUAN YG MENDESAK dlm penguasaan mklumt2/ilmu/pengetahuan/kemahiran yg advance (yg mungkin di luar kotak kebiasaan/ dipandang enteng dll, blh jadi sgt penting)yang sgt2 diperlukan oleh gerakan ISLAM (dengan PAS sebagai wadah terbaik) dlm mengejar/menjawab/menguasai massa/persekitaran/dll secara keseluruhan, tanpa mengabaikan keutamaan.

Boleh jadi begitu

Su-30mkm

Tanpa Nama berkata...

saya fikir ada (mgkin masih ramai!) ahli2 jik masih tidak memahami hakikat sebenar menjadikan PAS (sebagai WADAH TERBAIK dlm memperjuangkan islam di negara kita.

Cuma mgkin jik kena trgkan angle2 yg jik kena sentuh, yg memg angle tu hanya boleh disentuh oleh golongan muda atau mahasiswa sahaja.

Blh jadi sentuhan dlm angle tersebut berbeza dgn angle yg disentuh oleh PAS (Tapi asas kena samalah)

Boleh jdi cra PAS menyantuni (atau bhsa ksr menangani gol. muda, khususnya mahasiswa pejuang islam, jik lah senang cite) kena berbeza dengan gol.2 dlm pas yg lain.ini bukan nermaksud mereka ini eksklusif.

saya setuju dengan pembudayaan ilmu dalam jik yg masih sgt lemah. masih bergantung hrp kpd liqa',ijtima' dll yg dianjurkan oleh jik. jgn jadikan alasan byk bekerja sebagai alasan utk kita tidak berusaha untuk menambah ilmu/tsaqafah dll dan sebaliknya.

Cuma saya melihat KEPERLUAN YG MENDESAK untuk ahli2 jik mendapat pendedahan/yg sama mksud yg berada di luar kebiasaan/pemikiran/dimensi ahli2 jik yg biasa.

kerana ahli2 jik bukan shaja diperlukan sebagai petugas yg baik, malah perlu digilap potensi (sebagai seorg pemimpin sebenar yg boleh menjadi pemikir yg baik, dll utk masa depan, pendedahan yg sebaiknya yg menjadi someone) demi kebaikan dakwah islam sendiri.

boleh jadi asasnya adalah keseimbangan dalam keterikatan dgn gi dgn kebebasan mereka dlm berkarya(melakar suasana dll),berpencak, berfikir, dll yg perkara itu memang menjadi hak mereka.

utk jpm, boleh jadi kena ubah. jgn jadi pemberi arhn/pemantau/pengacau/dll yg boleh jadi mereka ini tidak pernah merasai realiti sebahagian mereka yg berada di kmpus dll (hahaha ayt jahat, :-P ), tpi jadilh kwn/pembimbing yg berkualiti kepd mereka.

syura kmpus skalilah. jgn jdikan mahasiswa tua sebelum umurnya (sila baca : hahahaha sendiri mahu phm la, ak org muda, ko org tua, mana sama!)

Tanpa Nama berkata...

saya fikir ada (mgkin masih ramai!) ahli2 jik masih tidak memahami hakikat sebenar menjadikan PAS (sebagai WADAH TERBAIK dlm memperjuangkan islam di negara kita.

Cuma mgkin jik kena trgkan angle2 yg jik kena sentuh, yg memg angle tu hanya boleh disentuh oleh golongan muda atau mahasiswa sahaja.

Blh jadi sentuhan dlm angle tersebut berbeza dgn angle yg disentuh oleh PAS (Tapi asas kena samalah)

Boleh jdi cra PAS menyantuni (atau bhsa ksr menangani gol. muda, khususnya mahasiswa pejuang islam, jik lah senang cite) kena berbeza dengan gol.2 dlm pas yg lain.ini bukan nermaksud mereka ini eksklusif.

saya setuju dengan pembudayaan ilmu dalam jik yg masih sgt lemah. masih bergantung hrp kpd liqa',ijtima' dll yg dianjurkan oleh jik. jgn jadikan alasan byk bekerja sebagai alasan utk kita tidak berusaha untuk menambah ilmu/tsaqafah dll dan sebaliknya.

Cuma saya melihat KEPERLUAN YG MENDESAK untuk ahli2 jik mendapat pendedahan/yg sama mksud yg berada di luar kebiasaan/pemikiran/dimensi ahli2 jik yg biasa.

kerana ahli2 jik bukan shaja diperlukan sebagai petugas yg baik, malah perlu digilap potensi (sebagai seorg pemimpin sebenar yg boleh menjadi pemikir yg baik, dll utk masa depan, pendedahan yg sebaiknya yg menjadi someone) demi kebaikan dakwah islam sendiri.

boleh jadi asasnya adalah keseimbangan dalam keterikatan dgn gi dgn kebebasan mereka dlm berkarya(melakar suasana dll),berpencak, berfikir, dll yg perkara itu memang menjadi hak mereka.

utk jpm, boleh jadi kena ubah. jgn jadi pemberi arhn/pemantau/pengacau/dll yg boleh jadi mereka ini tidak pernah merasai realiti sebahagian mereka yg berada di kmpus dll (hahaha ayt jahat, :-P ), tpi jadilh kwn/pembimbing yg berkualiti kepd mereka.

syura kmpus skalilah. jgn jdikan mahasiswa tua sebelum umurnya (sila baca : hahahaha sendiri mahu phm la, ak org muda, ko org tua, mana sama!)

Su-30 mkm

Tanpa Nama berkata...

tarbiyah d kampus pun masih trkapai2..

Tanpa Nama berkata...

mana concern gms pd kmpus2. patutla rmai ahli yg lari lps grad sbb rmai yg x paham!

hambamu on 2 April 2009 pada 3:04 PG berkata...

sekdar persoalan :
1)bukankah wala seoranga GAMIS kepada Ketua Pemuda PAS dan Presiden PAS?
2)bukankah GAMIS dibawah JPM?

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE