Saya teringat ketika menziarahi Tuan Guru Presiden PAS di rumah beliau dalam empat atau lima tahun yang lepas. Ketika itu selepas Jumaat. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan. Tuan Guru ternyata hidup dalam serba-serbi kesusahan.
Kemudian dalam tahun ini, saya sempat ke rumah Tuian Guru Nik Aziz. Tiada sebarang formality. Saya berbincang panjang dengan anak beliau Ustaz Nik Abduh. Sebenarnya selepas itu, ada tawaran yang lumayan ditawarkan kepada saya namun ditolak kerana beberapa sebab. Terima kasih ustaz.
Kedua-dua tuan guru ini hebat. Mereka yang mencorakkan PAS. Seringkali pandangan mereka berbeza. Ibarat Ibnu Abbas yang sering berbeza dengan Ibnu Umar. Ibarat Umar yang pernah bertentangan pandangan dengan Abu Bakar. Ibarat al-Syafei dengan Abu Hanifah.
Mungkinkah Tuan Guru Nik Aziz seperti Umar yang ingin segala maklumat sampai ke pengetahuan beliau? Jika benar, itu satu ciri kepimpinan yang baik. Mungkin juga Tuan Guru Haji Hadi seperti Khalid yang ingin melaksanakan kerja di lapangan sendiri dengan ijtihad sendiri. Jika benar, itu juga baik.
Mereka khilaf dalam kesederhanaan dan amat menarik. Al-Syafei sendiri pernah bertembung pandangan dengan Imam Ahmad. Kesudahannya, Imam Ahmad tidak mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan lantaran mantik al-Syafei tinggi memuncak.
Di Bukit Gantang, PAS sangat kuat. Senang kira, mengikut logiknya, ‘Anwar PAS’ yang menjadi calon ini akan menang. Kini, PR ada tiga figure berumur yang berkualiti dan tiga figure muda. TGNA, Haji Hadi dan Anwar, Husam Musa, Lim Guan Eng dan Nizar.BN tidak boleh diperlekehkan kerana mereka mempunyai figure tersendiri.
Tahniah PAS. Orang PAS pelik dan aneh kerana tarbiah. Sanggup dihabiskan duit kerana ingin memenangkan Islam. Tidak popular pun tidak mengapa asalkan Islam popular. Orang-orang PAS kuat semangat, ini beza dengan orang BN yang kuat ‘duit’.
Menarik perkembangan itu. Namun PAS juga harus ingat beberapa perkara. Apabila dakwah memasuki dunia politik, maka akan berlaku beberapa kecelaruan.
Pertama, orang akan keliru dengan siasah PAS. Mereka beranggapan pimpinan PAS hilang arah tuju kerana kesibukan berpolitik. Itu adalah benar. Maka PAS mesti memperkasakan tarbiah. Maksud saya, bukan tarbiah sebelum 2008. Tetapi tarbiah selepas 2008.
Kedua, kesibukan berpolitik menyebabkan PAS tidak lagi memfokuskan kepada agenda dakwah yang lebih besar. Maka orang bertanya di mana peranan Dewan Ulama. Gejala social dan serangan pemikiran semakin mewarnai Malaysia. Maka PAS harus memerhatikan perkara ini.
Ketiga, apakah PAS menumpukan pembinaan pemimpin masa depan? Apakah PAS hanya berbangga apabila pembangkang kalangan student yang terdiri daripada Pro-M mencapai kemenangan atau PAS akan berbangga dengan lahirnya kepimpinan masa depan yang berkualiti. Maka PAS tidak boleh hanya melihat aspek PRK (kampus) malah menumpukan pembinaan pimpinan masa depan.
Saya dalam Gamis percaya PAS sebagai parti yang paling thiqah. Namun PAS harus ingat bahawa rakyat belum lagi memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada PAS untuk memimpin Malaysia. Maka mahu tidak mahu, PAS mesti mengukuhkan perpaduan dalam PR.
PAS boleh jadi semakin kuat jika PAS sudi mendengar luahan akar umbi. Sebagai Presiden Gamis, saya adalah Gamis dan saya bukan PAS. Tetapi sebagai bukan Presiden Gamis, saya adalah PAS. Mungkin keras terjahan saya, tetapi PAS harus mendengar luahan akar umbi. Maksud saya, pimpinan harus memasang telinga.
Pimpinan tidak perlu malu dengan kelemahan yang banyak kerana UMNO mempunyai lagi banyak masalah. Pimpinan juga tidak harus menutup mata dan telinga daripada mendengar luahan rasa ahli semacam saya. Ternyata sebenarnya, saya melihat pimpinan PAS rasional. Yang tidak rasional hanya ahli PAS yang pantang ditegur.
Saya hanya ingin melihat masa depan PAS cerah. Tanyalah pimpinan PAS dan tolonglah jawab dengan telus. Apakah PAS sudah mempunyai rangka tarbiah pasca-2007? Tepuk dada Tanya selera!!!
7 Cadangan/Pandangan:
Salam..Dzul..sekadar ingin mencoret sedikit padangan..
Ana sgt bersetuju dgn pandangan utk melihat tarbiyah PAS dari sudut kritikal..memberikan nafas baru..melakukan penambahbaikan dan segala usaha utk melihat PAS sebagai JEMAAH ISLAM yang kuat, kukuh, barisan pelapis yg cerdik dan bijak dalam segala urusan kehidupan dan berpencak digelanggang politik..
PERTAMA : Ust Dzul kene perjelaskan hakikat tarbiyah n siasah..Adakah PAS memandang kedua2nya sepi..mengasingkan kedua2nya dari urusan PAS..bukankah padangan Ust Dzul seperti padangan sekular..pergilah semak MANUAL TARBIYAH PAS..apa isi..apa kekurangan..apa kekuatan dan apa perlu ditambah baikan..? Tarbiayh PAS merangkumi urusan siasahnya..jgn melihat MANUAL TARBIYAH KAMPUS/GAMIS sebagai ukuran..tarbiyah PAS berdepan senario,medan dan sasaran..bagaimana Ust Dzul ble mencadangkan satu MANUAL TARBIYAH PAS yang baru..
KEDUA : Sejarah PAS menyerahkan urusan TARBIYAH kpd ABIM (belia) n JIM (Intelektual, dan org kampung (tugas penceramah n UST2 PAS) bukankah ini satu program tarbiyah..bukankh ia idea n strategi yg bijak..PAS adalah INDUK..namun kekesalan apabila JIM n ABIM "lawan tokei"..anak yg dikandung dan ditatang..memakan pagar..itu sejarah yg tidak boleh dinafi..meskipun ia semakin berkurangan kini..namun adakah usaha utk membetulkan SISTEM ITU? PAS menganggap ia seperti tiada anak..maka PAS sendiri membuat TARBIYAH utk belia (kampus), dan menyusun semula TARBIYAH pd 1982-84,tiada lg HARAPAN pd JIM atau ABIM (kecuali mereka sedar n membetulkan sendiri)
KETIGA : Inginkan PAS yg kuat Ust Dzul kene berada di dalam..bukan dluar..bayk risiko bila kita (sebagai PIMPINAN) memberikan pandangan tanpa kita menyelami hakikat masalah itu..saya mencadangkan Ust Dzul tumpukan APA MASALAH SEBENAR PAS n PLATFORM yg BETUL untuk Ust Dzul melakukan perubahan..jika Dwn Ulamak..tumpukan perhatian pd Dewan Ulama..biarpun Ust Dzul terpaksa bermula dr tukang kemas bilik mesyuarat sekali pun..pointnya biar berada dilapangan..agar Ust Dzul tidak melakukan pandnagan sinis n membabi buta pd sistem tarbiyah PAS..
seharusnya kita barisan aktivis mahasiswa seharusnya mengemukakan idea2 tarbiah yg kotemporari kpd PAS andai kita nak melihat PAS sentiasa subur dengan tarbiah.
"...PAS adalah INDUK..namun kekesalan apabila JIM n ABIM "lawan tokei"..anak yg dikandung dan ditatang..memakan pagar.."
berhati-hatilah dalam menuturkan sesuatu sekiranya anda tidak mengetahui perihal yang sebenarnya..
di Malaysia, sedar atau tidak, kita punyai jemaah ikhwanul muslimin yang tidak ramai tahu..mereka yang pulang dari mesir,uk,us,scotland dan pelbagai lagi negara telah mendapat arahan dari murshidul am ikhwan untuk meneruskan tarbiah sebagaimana yang mereka dapat di luar negara..
ketika itu,jemaah ikhwan tiada di malaysia (walaupun PAS mendakwanya)..isu pendakwaan PAS sebagai jemaah ikhwan telah menyebabkan mustafa masyhur sendiri turun ke UK dan malaysia untuk membaiah jemaah ikhwanul muslimin malaysia (bukan PAS) kerana antum sangat gemar mendakwa sebagai jemaah ikhwan..
mustafa masyhur terpaksa melakukan baiah ini sebanyak dua kali kerana dakwaan antum telah menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat malaysia yang ingin bersama jemaah ikhwanul muslimin msia..
atas kesedaran jemaah ini tidak boleh bergerak secara underground kerana telah ramai ahlinya,maka ikhwanul muslimin mesir (IM) telah datang membuat beberapa pertemuan di malaysia,uk dan nama JIM telah diberikan..jemaah islah malaysia = jemaah ikhwanul muslimin...sebab itulah konsep tarbiah mereka sangat berbeza dengan PAS..
berhati-hatilah dengan sejarah kalau kita tidak mengetahuinya...
maaf jika ana boleh berpendapat: di Indonesia kita menempatkan Party (Partai Keadilan Sejahtera) bukan segala-galanya. karena kita menganggap itu hanya bagian dari wajihah dalam mewujudkan tujuan da'wah. Menyimak dari tulisan akhi dzul ana berharap ikhwah sekalian bisa khusnudzon karena kita yakin kegelisahan beliau terhadap perkembangan tarbiyah di malaysia harus disikapi secara positive. Keep hamasah........ dari negeri di seberang
Qoute:
di Malaysia, sedar atau tidak, kita punyai jemaah ikhwanul muslimin yang tidak ramai tahu..mereka yang pulang dari mesir,uk,us,scotland dan pelbagai lagi negara telah mendapat arahan dari murshidul am ikhwan untuk meneruskan tarbiah sebagaimana yang mereka dapat di luar negara..
ketika itu,jemaah ikhwan tiada di malaysia (walaupun PAS mendakwanya)..isu pendakwaan PAS sebagai jemaah ikhwan telah menyebabkan mustafa masyhur sendiri turun ke UK dan malaysia untuk membaiah jemaah ikhwanul muslimin malaysia (bukan PAS) kerana antum sangat gemar mendakwa sebagai jemaah ikhwan..
mustafa masyhur terpaksa melakukan baiah ini sebanyak dua kali kerana dakwaan antum telah menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat malaysia yang ingin bersama jemaah ikhwanul muslimin msia..
atas kesedaran jemaah ini tidak boleh bergerak secara underground kerana telah ramai ahlinya,maka ikhwanul muslimin mesir (IM) telah datang membuat beberapa pertemuan di malaysia,uk dan nama JIM telah diberikan..jemaah islah malaysia = jemaah ikhwanul muslimin...sebab itulah konsep tarbiah mereka sangat berbeza dengan PAS..
berhati-hatilah dengan sejarah kalau kita tidak mengetahuinya...
finis quote.
Assalamualaikum.. Maaf mencelah, ana rasa sejarah yg dibawa ni sedikit x berasas, kerana org2 ikhwan yg saya kenali di mesir ni juga berpendapat jika ahli2 ikhwan muslimin (student malaysia) di mesir pulang ke malaysia, maka wala' yg perlu diberi adalah kepada jemaah Islam yg sedia ada iaitu PAS.. Bahkan Mustafa Masyhur sendiri menentang agenda taaddud jamaah dalam Islam.. Makna kata, jika dah ada sebuah jemaah Islam di suatu tempat, tidak perlu diwujudkan yang kedua. Begitu juga pdgn tokoh2 ikhwanul muslimin.. Inginkan bukti, bleh semak kitab2 karangan mereka. Bahkan, kepulangan kumpulan yg menggunakan gelaran IRC di malaysia sememangnye berfungsi sbg nadi tarbiah pemuda2 dalam jentera PAS suatu masa dahulu. Tapi kerana inginkan jemaah tu dicorak mereka, mereka larikan wala' kader2 dan menubuhkan JIM..
namun, sejarah biarlah tinggal sebagai sejarah.. Agar segala peristiwa berdarah itu tidak mengembalikan padah kepada ummah.. Kita baiki segala kesilapan lalu, maka di sini kita bersatu atas satu panji bersama membangun dan menggerakkan Islam ke arak kemenangan yg sebenar. Kerana kekuatan hasil kesatuan kita semua merupakan kunci kemenangan yg ditakuti dan digeruni musuh Islam zaman berzaman.. wallahua'lam..
Ana setuju dgn pndgn di atas..saya berjumpa sendiri dgn sohib tarbiyah PAS, Ust Yahya Othman yg mnzahirkan kekecewaannya apabila anak buahnya yg menggerakkan IRC dn pulang ke Mesia dn melarikan baiah sebahagian kader2 PAS diluar negara..
* Anda ingin menafikan hakikat itu krn timbul sifat bongkak n sombong dikalangan JIM (sebahagian kecil) kononnya mereka wakil Ikhwan di Mesia..mereka paling cerdik n bijak
Ust Yahya Othman menceritakn dlm tamrin2 pasal TAADUT jamaah sambil menitiskn AIR mata mengenangkn sikap JIM (Shaari Sungip) n ABIM (Anwar Ibrahim) melarikan kader2..
Namun itu kisah lama..wajar menjadi muhasababh..
Catat Ulasan