Saya terkejut menerima komen daripada Ustaz Ubaidillah, seorang novelis dan juga senior saya yang berfikiran agak lain. Apa lagi beliau menjiwai keremajaan dan seorang motivator yang indah berbicara.
Intima’ kepada Islam bukannya parti. Gagasan yang pernah dijunjung Ibnu Taimiyah sehinggalah beliau disisihkan. Hanya sedikit yang mendokong beliau namun perjuangannya membuka ufuk berfikir yang sangat luas.
Kenapa mahu marah jika dikatakan tarbiah Pas melahirkan jaguh kampung? Pertama, saya bukan mengata orang kampung. Saya juga tinggal di kampung dan saya tahu masalah kampung. Ketua Ulama Pas kampung saya amat rapat dengan saya dan kami sering bergilir jadual Imam.
Kedua, saya tidak mengata kemampuan orang dalam bekerja. Saya pun belum teruji dalam soal kerja. Jadi saya tidak mengkritik orang itu bekerja hebat atau tidak.
Ketiga, saya juga tidak menyalahkan pimpinan yang masih banyak benda yang perlu difikirkan. Soal politik adalah soal yang luas. Anda boleh bertanya kepada lebih 100 orang yang mendengar kenyataan saya, mengapa kita memilih jalan politik bukannya jalan lain. Jadi, saya faham fokus pimpinan yang luas kepada politik.
Saya juga banyak kali sebut kepada ramai orang, jangan tanya apa parti (UMNO ke, PAS ke) bagi pada kita, tapi apa yang kita nak sumbang kepada perjuangan.
Begini saudara pembaca, saya mengatakan tarbiah Pas adalah melahirkan jaguh kampung merujuk kepada sistem, perbincangan, manhaj dan pengurusan itu sendiri yang harus dibaiki. Bermakna, bukan orang kampung yang ingin saya tuding jari. Saya mahu kita bersama.
Nah, saya masih mahu menerangkan.
Saya menyebut perkara tersebut kepada beberapa pimpinan Pemuda. Jelas. Saya tidak berkata kepada Imam atau Tok Siak. Saya tidak bercakap dengan Ketua Kampung. Saya bercakap dengan pimpinan dalam bentuk muhasabah. Malah apabila saya menyebut soal itu, mereka mengangguk. Mereka bersetuju, jadi mengapa anda melenting?
Terima kasih kepada Ustaz Ubai. Saya banyak berterima kasih di atas penerangannya. Dasar Pas adalah memperjuangkan Islam bukannya parti. Ini perjuangan zaman-berzaman.
Saya masih ingin menerangkan. Jika ramai tidak berpuas hati dengan kenyataan saya bahawa tarbiah Pas melahirkan jaguh kampung, maka anda harus merujuk kepada ucapan YB Solahuddin dalam ucapan dalam muktamar tahun lepas. Lebih kurang beliau menegaskan, kita mahu negarawan bukannya murabitun yang sempit.
Beliau pada pandangan saya, seolah-olah ingin mengatakan bahawa setakat ini, terdapat ramai murabitun tetapi berfikiran tidak luas. Beliau mahukan negarawan. Ini juga cabaran buat saya.
Jika saudara tidak bersetuju dengan saya, saudara rujuk dan jumpa sendiri Ustaz Yahya Othman dan tanyakan beliau. Beliau sendiri bimbangkan soal ini khususnya dalam bidang tarbiah. Atau saudara jumpalah sesiapa sahaja pimpinan dan tanyakan secara terperinci.
Seterusnya soal bermasyarakat dan marahain. Benar, bermasyarakat harus kita utamakan. Ini beza Pas dengan parti atau jamaah lain. Pas amat bermasyarakat walaupun masih ramai pimpinannya yang tidak murah senyuman dan tiada duit di poket. Tidak mengapa. Itu soal individu.
Saya nak sebut, soal bermasyarakat adalah seperti kita makan nasi. Nak tak nak, kita kena bermasyarakat. Mahu tak mahu, kita mesti rasai kesusahan orang kampung, atau orang setinggan, atau ibu tunggal. Bukan kita tidak rasa.
Tetapi siapa yang mahu isi soal negarawan tadi? Benar tarbiah kepada masyarakat penting, tapi dalam keadaan sekarang, menurut hemat saya, ahli politik yang berjiwa negarawan dan cuba membina negara adalah lebih mulia berbanding orang yang turun ke lapangan masyarakat secara praktikal.
Benar kita perlu buat program mendekati masyarakat, namun jasa seorang ahli politik yang membentuk negara lebih besar jasanya.
Begitu juga Pas kekurangan orang yang mampu menjawab persoalan kerosakan sosial dan kemelesetan akidah secara ilmiah dan profesional. Masih tersangat lemah. Namun Pas ada seseorang yang tidak terlibat serius dalam parti iaitu Ann Wan Seng. Jasanya amat besar. Dia bukan ahli politik.
Tidak menjadi ahli politik tidak mengapa tapi jangan matikan jiwa politik.
Bagaimana tarbiah Pas dalam emlahirkan negarawan, atau ulama handalan di peringkat nasional, atau ahli akademik yang mahu membebaskan IPT daripada cengkaman sekularisasi. Benar, Pas tidak mampu menyediakan semua.
Saya faham, tetapi kita lakukan walau sedikit. Ya, walau sedikit. Penang telah mengambil lepasan Harvard sebagai perancang ekonomi. Selangor mahu turuti langkah tersebut. Maka Pas, harus mengumpulkan para ahli akademik dan intelektual yang bermutu dan sediakan ruang untuk mereka.
Mereka banyak kerja dalam bidang masing-masing. Maka apa salahnya kita sediakan ruang untuk mereka, satu ruang yang luas namun spesifik. Biar mereka memberikan cadangan, mengkritik dan membantu kita dari pandangan sudut yang lain.
Saudara pembaca, saya tidak tujukan tulisan saya kepada Pak Din di Kampung Dusun, apa lagi di sana tiada kemudahan internet.
4 Cadangan/Pandangan:
Benar...
walaupun jika dikatakan pd suatu ketika PAS melencong drp Islam, wajib kita tegur jemaah ini dan kalau ianya x dapat diperbaiki dan memang tak mahu membaiki masalah itu, wajib keatas kita menentang.
Seperti UMNO, dasar jemaah UMNO yg meletakkan ke'bangsa'an sebagai teras perjuangan, ia telah jatuh drp senarai jemaah. UMNO hanya satu persatuan shj dan bukannya satu jemaah.
kewajipan kita selaku umat islam menegur mereka, dan saban waktu dasar ini telah ditegur oleh PAS. tp mereka x nak berubah jgk,
So wajib keatas kita menantang ideologi ini drp terus meresap ke jiwa generasi2 di negara kita.
Tok Guru Mursyidul Am pernah berkata,jika UMNO jalankan apa yg Islam nak, bubar PAS pun takpe, kita join UMNO.
maksudnya, ISLAM lah yg menjadi teras perjuangan kita wahai para pejuang sekalian, bukan wasilah(PAS).
Assalam'alaikum...
Salam Ziarah..
Izinkan Ana petik kata2 ustaz,
"Benar tarbiah kepada masyarakat penting, tapi dalam keadaan sekarang, menurut hemat saya, ahli politik yang berjiwa negarawan dan cuba membina negara adalah lebih mulia berbanding orang yang turun ke lapangan masyarakat secara praktikal."
Ana setuju pendapat ustaz tentang kepentingan seorang ahli politik berjiwa negarawan yang cuba membina negara. Ana juga setuju dengan pandangan ustaz dlm artikel terdahulu tentang keutamaan seorang pemimpin yang bijak berstrategi berbanding seorang pemimpin yang hanya alim. Islam juga meletakkan martabat seorang yg berjuang di jalan ALLAH lebih tinggi berbanding seorang abid yang bertahannut di gua.
Tetapi ana kurang setuju bila ustaz mengatakan seorang ahli politik yg berjiwa negarawan yg cuba membina negara lebih mulia berbanding orang yang turun kelapangan secara praktikal.
Ana juga kurang faham tentang program mendekati masyarakat yg ustaz maksudkan, adakah ianya program2 kemasyarakatan ataupun program2 dakwah. Kerana pada hemat ana, program2 dakwah adalah sesuatu yang tidak boleh dihentikan dalam agenda harian seorang daie. Sama seperti halnya, tidak boleh dimatikan pemikiran politik dari minda seorang pemimpin.
Maaf jika ana salah, tetapi bila kita singkap kembali sirah perjuangan Kekasih Allah, Baginda Rasulullah S.A.W, perkara pertama yg diutamakan adalah dakwah kepada mentauhidkan ALLAH. Agenda utama adalah membersihkan mentaliti jahiliyyah yg masih ada dalam fikiran para sahabat dan umat Islam masa itu. Ya, itu zaman permulaan Islam. memanglah akidah adalah perkara pertama. Tapi Ustaz yg ana hormati, bukankah Islam pada hari ini, pada akhir zaman ini juga sudah kembali asing? Bukankah akidah dan amalan umat Islam hari ini juga telah kembali kepada era Jahiliyyah Moden? Sekularisme yg pada pandangan iman ana sama halnya agama org2 yahudi dan nasrani terdahulu yg perlu kita bereskan.
Bukan ana menidakkan, tapi cuba kita lihat, bukankah masalah murtad, gejala sosial, ajaran sesat ,masih berlaluasa? Ya, bila PAS yg memerintah negara, hukum hudud boleh dilaksanakan.
Tapi apa yang ana risau, PAS belum menang lagi kerana Jundullah yg menggerakkan jemaah itu sendiri masih ada yang tidak menegakkan Islam secara keseluruhan dalam diri.
Ana ingin memetik kata2 Allahyarham Ustaz Fadhil Nor yg mengatakan, jika kamu ingin mengetahui ahli Pas itu, lihatlah pada bendera Pas itu sendiri.Lebih banyak berwarna hijau berbanding putih dalam bulatan. Yang bergerak atas dasar semangat dan fanatik lebih banyak diluar bulatan berbanding yang mahu mengamalkan Islam secara syumul di dalam bulatan putih.
Ana bukan mahu membuka pekung didada, tapi perlu kita muhasabah bersama, masih ada ahli yang bersemangat bagai singa menerkam mangsa ketika manifesto dan kempen pilihan raya, tapi tidak solat. Ini hakikat. PAS belum menang kerana ALLAH masih mahu ahli jemaah di bersihkan terlebih dahulu dari fitnah dunia. Kita mahu bukan hanya PAS itu mulia kerana pemimpinnya ulama', tetapi ahlinya bertugas di peringkat kawasan juga Ulama'.
Benar, sangat benar kita perlu melahirkan Jundullah yang berjiwa negarawan seperti halnya para Amirul Mukminin era Khulafa Ar Rasyidin, namun DALAM MASA YANG SAMA, kita tidak boleh mengetepikan Dakwah hatta meletakkan dakwah sebagai Agenda KEDUA.. Ustaz sendiri mengatakan Islam adalah Maqasid Dakwah kita.. Bukan PAS. Ana sangat setuju. Kita tidak mahu melahirkan amilin2 yang hanya obses membuta tuli. Tanpa fahaman yg sebenarnya. Itu yang ana tanamkan dalam fikrah anak2 usrah ana. Andai tiba satu masa, ada jemaah Islam lain yg lebih baik, molek dan lebih berstrategi dalam membina Daulah Islamiyah, bernama POS atau apa sahaja, kita wajib berintima' dengannya.
Izinkan ana petik lagi kata2 ustaz,
"Begitu juga Pas kekurangan orang yang mampu menjawab persoalan kerosakan sosial dan kemelesetan akidah secara ilmiah dan profesional. Masih tersangat lemah.
Bagaimana tarbiah Pas dalam emlahirkan negarawan, atau ulama handalan di peringkat nasional, atau ahli akademik yang mahu membebaskan IPT daripada cengkaman sekularisasi. Benar, Pas tidak mampu menyediakan semua."
Ya memang PAS tidak mampu menyediakan semua. Tapi kitalah yang perlu memainkan peranan itu.
Setiap ahli perlu menggerakkan Jemaah, bukan hanya tunggu Jemaah untuk menggerakkan tarbiyah kita melalui tamrin2 dan usrah. Dewan Ulama dengan peranannya sebagai Ulama'pelita umat. Majlis syura sebagai lapangan pimpinan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dengan peranan mereka dilapangan masing2. Unit Amal dan Nisa'dengan lapangan remaja. PASTI dengan lapangan melahirkan tunas-tunas Islam, GAMIS sendiri dengan lapangannya sebagai penggerak mahasiswa. Platform untuk melahirkan bakal pimpinan dari acuan berbeza.Cukup indah percaturan ALLAH. Kita hanya perlu meggerakkan peranan masing-masing. PAS tidak mampu melahirkan semua, TAPI INSYA ALLAH semua akan terbentuk dengan sentuhan dan didikan PAS.
Sebab itulah ana katakan, ahli politik yang berjiwa negarawan, daie yang terjun dalam pusaran arus masyarakat, jentera pelekat poster pilihan raya dan bibik yang mengasuh anak pimpinan yang keluar berjuang, SAMA MULIAnya disisi ALLAH kerana Islam tidak membezakan semua.Bukankah ISLAM UNTUK SEMUA? =)Aasifah jiddan.Wallahu Taala Alam.
ustaz terkejut sbb ustaz rasa rencana ustaz sahaja yg betul...
nanti kalu tok guru pon turun bg komen.. mesti ustaz terkejut n kate fikiran tok guru da lain..
ustaz je yg betol..kan??"
hohoho...
dah diterangkan masih tak faham..ni lah mungkin faktor universiti kat malaysia..dah terduduk 250 kebawah..
kita ni begini sebanrnya..
dalam tidak sedar..semasa kita mempersoalkan pandangan orang lain..rupa-rupanya kita sebenarnya mengkritik diri sendiri..
anehnya..kita tidaklah terasa begitu..(moga Allah masih memberi ruang)
bantu diri kita disamping membantu yang disekeliling kita.
Catat Ulasan