Orang PAS sedang sibuk mencari siapa pemimpin yang bakal menggantikan pemimpin sekarang dalam muktamar kelak. Saya secara peribadi amat tidak bersetuju apabila jawatan Presiden turut dipertandingkan kerana saya lebih memilih syura untuk jawatan terbesar ini.
Saya yakin, kepimpinan muslimat sekali lagi akan bertukar. Sentiasa bertukar. Ada mengatakan inilah dinamisme dalam kepimpinan. Namun saya melihat sebaliknya. Saya mengatakan, ini kerana bangkrupnya ikon kalangan muslimat.
Maafkan saya Ustazah Nuridah.
Saya memang bercadang untuk mengikut muktamar secara penuh sebagaimana tahun lepas. Saya mahu belajar dan mengkaji, menganalisis dan bersedia. Antara yang hangat ialah jawatan Naib Presiden apabila IR Nizar dikatakan calon paling popular.
Tidak tepat jika dikatakan IR Nizar masih muda dan beliau naik mengejut dalam bidang kepimpinan. Ia tidak tepat. Bagi saya, IR Nizar sudah bersedia lama sebelum ini dan ia hanya menanti masa yang diizinkan Allah taala untuk muncul. Maka apabila ia muncul, ia menimbulkan fenomena.
YB Solahuddin memang patut meletakkan jawatan. Tahniah kerana berjaya membawa pemuda dengan baik sebelum ini. Sudah tiba batton dilepaskan kepada orang lain. Calon yang disebut ialah saudara Sabky yang terkenal dengan pengurusan, Dr Mujahid yang intelektual dan ada wibawa yang tinggi dan Ustaz Nasruddin yang alim.
Saya tidak sabar-sabar melihat pemuda jika ia dipimpin oleh Dr Mujahid. Pasti ada perubahan yang baru. Namun, apabila membincangkan soal Ustaz Tantawi, saya tertarik dengan pandangan seorang ustaz.
Katanya, jangan difikirkan imej ustaz tantawi akan menghalang pemikirannya. Mungkin orang akan membandingkan beliau dengan KJ dalam pemuda UMNO, maka imejnya perlu berubah. Namun ustaz tadi membidas balik, kita bukan melihat pakaian tetapi otak dan akalnya.
Dua orang Tok Guru memakai jubah dan serban. Namun mereka tetap dinamik dan bijak. Cikgu Azmi yang berkain sarung, otaknya tetap bergeliga. Bukan soal pakaian, tetapi soal kebijaksanaan. Baju kot dan tie hanya penghias. Saya amat berbangga jika Ustaz Tantawi kekal dengan penampilannya tetapi akal dan move nya jauh ke depan.
Tak kira lah, ustaz Tantawi kie, Saudara Sabky ke, Dr Mujahid ke, yang penting, siapa naik, kita sokong. Saya mengajak semua ahli Gamis ke mukatamar PAS untuk belajar.
Saya berharap pemuda tidak lagi menyentuh isu Pakatan Rakyat secara melulu. Saya juga berharap agar perwakilan PAS tidak mengulang benda sama banyak kali seperti dulunya isu muzakarah. Ia membosankan jika berulang kali disebut.
Saya juga harap perwakilan tidak bercakap meleret-leret sebaliknya memberikan point secara baik dan jangan mengambil masa yang terlalu lama. Jangan terlalu mendedahkan keburukan parti yang terlalu dalam sehingga disaksikan media yang tunggu masa untuk memerangkap.
12 Cadangan/Pandangan:
salam..
Ana tk setuju dgn ustaz, minta maaf..
Proses pntarbiyyahn kbnykn gerakan islam kini brmatlamat mwujudkn para pndokong yg taat & patuh kesan dari ijtihad mereka sndiri, slepas keyakinan yg tinggi muncul d dalam hati..
Para ahli gerakan islam p'caya dgn perjuangan mereka hasil drpd pmerhatian mreka ke atas qiadah jemaah mreka yg bertaqwa, tanzim yg tersusun dan gerak kerja yg teratur, bahawa gerakan mereka adalah yg paling syumul..
Taadud jamaah bkn suatu isu, tetapi tidak b'intima' dgn satu jamaah adalah satu isu yg amat serius..
Manusia hanya punyai 24 jam sehari, tidak sempat utk diisi dgn program2 daripada lebih dari 1 jamaah..
"Sesuatu fikrah itu tidak akn berjaya tanpa rijal yg betul2 yakin & bsungguh-sungguh memikulnya"
-assyahid-
Mana mungkin kita betul2 yakin & bsungguh-sungguh dengan fikrah yg bercampur baur, celup sana celup sini lalu mgatakan "saya berfikrah islam"
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi pn brintima' dalam jamaah, apatah lagi org kbiasaan mcm kita??
Keimanan Abu Bakr Assiddiq adalah keimanan manusia yg paling tinggi antara umat muhammad S.A.W, beliau mnerima kbenaran terus dari nabi S.A.W, tidak perlulah beliau belajar tauhid 3 bahagian.. Org kbiasaan mcm kita ni lain..
Ana nk minta tolong supaya ustaz berhenti mnyebarkn fahaman yg tidak ada kajian para Ulama' Muktabar tentangnya.
Ideologi2 yg diketengahkn oleh Cikgu Azmi sepatutnya mnjadi 'inforcement' kpd gerakan2 Islam, bukannya mnjadi bakteria yg membawa pnyakit..
Walaubagaimanapun, ana sndiri tak percaya ideologi2 cikgu Azmi mmbenarkn para pejuang mninggalkn intima' jamaah
Assalamualaikum ust dzul,
Izinkan ana memberi sedikit pandangan.
Berkenaan dengan kepimpinan pemuda, sebenarnya bukanlah soal imej berserban ust tantawi yang menjadi kayu ukur layak atau tidak beliau mengisi jawatan ketua pemuda, tetapi yang dibincangkan secara meluas kini ialah KEBERKESANAN kepimpinannya.
Rata-rata melihat beliau agak kelam kabut dari aspek pengurusan, dan tidak begitu menguasai ilmu2 semasa, dan ini pastinya akan menjejaskan kepimpinan beliau seandainya diangkat sebagai ketua pemuda PAS, iaitu sebuah parti yang mahu dilihat oleh rakyat sebagai pengganti parti UMNO pada masa hadapan.
Inilah 2 ciri utama yang agak bermasalah bagi pihak ust tantawi, yang menjadi penilaian pemuda untuk mengangkat sebagai ketua pemuda.
Dalam konteks pemilihan kali ini, kita tidak boleh terlalu menjaga hati pemimpin, kerana asas penilaian ketua pemuda perlulah objektif dan mementingkan soal KEBERKESANAN..
Jadi, saya secara peribadi agak kurang setuju sekiranya ust tantawi diangkat sebagai ketua pemuda, walaupun beliau mempunyai banyak kelebihan. Letaklah beliau di tempat yang setepatnya, dan bukan kerana sentimen beliau ialah timbalan pemuda, maka perlu diangkat sebagai ketua pemuda.
Tidak boleh begitu.
Tentang calon yang paling tepat, saya tidak ada mana2 calon utk dicadangkan, dan saya pulangkan kepada akar umbi.
saya solat zohor di ofis,habis solat saya berdoa,Ya Allah baiki hubungan ku dengan Dzul, wpun aku keras mengkritiknya,aku bimbang dia semakin jauh dari ku..belum tamat doa, handset berbunyi..saya buka, dzul mesej sesuatu pd sy.. terima kasih...tp kredit tk dk nak bls...
buat dzul..ana mkritik bkn anti dzul, bkn sentimen, tp krn mklmt..ana rasa ana mndpt mklmt lbih yg dzul tk dpt,sbb itu ana bnth pnulisnnya.ada pun berbeza pendapat stlh dpt mklmt,itu ana tk tntg..go on..ana juga inginkn perubahan, ana juga nak turun dlm masyrakat mcm gamis,mcm us zaharudin,mcm dr ishak, prof zul, mcm cikgu azmi.. tp ana lihat dlm parti..kalau ana pergi ke situ, parti kekurangan tenaga.. sbb itu, dlm bab ni, dzul kena fhm.. tunggak utama ialah parti..atau jemaah induk..di sini perlu di kukuh..
Tarbiah PAS lembab, teruk !!!
“ PAS teruk system tarbiah…takde tarbiah..tarbiah hanya peringkat pimpinan…ahli tidak ditarbiah…solat jama’ah orang Pas pun bermasalah…ukhwah hampas…akhlak buruk…usrah takde…tamrin takde…qiyamullail jama’ie tak buat…mukhayyam pun tak buat…pimpinan tak thiqoh..ilmu kurang…pelapis takde…PAS MEMANG TERUK TARBIAH !!! “ “ Macam mana bercita-cita nak perintah Malaysia ?
“ Tengok jama’ah ni, bagus ! ada system tarbiah, tersusun, baik, sempurna, ahli baik-baik, orang-orangnya rajin membaca buku, cerdik pandai, akhlak bagus-bagus…”
Begitulah lebih kurang suara di balik pintu gerbang kampus menjerit marah. Ya, yakinlah bahawa mereka yang menginap di bangunan batu yang indah, dilengkapi aircond , hampir saban hari mengenal LCD dan laptop, setiap hari bertemu buku-buku hebat dan pelbagai pemikiran-pemikiran hebat itu, sebenarnya mereka adalah pasukan tentera yang cukup hebat dan tentera yang luar biasa yang mahukan ketuanya diluar lebih gagah dari mereka.
Namun, saya yang mungkin salah seorang generasi yang lembab, jahil tarbiah dan tidak melihat ke depan dengan lebih luas, ingin menjerit juga dengan lebih kuat sebagai pengumuman kepada orang-orang cerdik di bangunan-bangunan batu di tengah kota di mana-mana sahaja :
“ PAS adalah sebuah gerakan Islam ( Harakah Islamiah ) yang memegang dua tugasan besar iaitu dakwah dan siasah. Asalnya, ia bukan parti politik. Namun, atas kerana menyuarakan soal Negara, undang-undang, kehakiman, jinayah dan yang bersangkutan dengannya memerlukan kepada kekuasaan, maka PAS mendaftar menjadi parti politik. Islam tetap menjadi dasarnya. Maka ia disebut parti politik Islam. Namun, bagi sesiapa yang merasakan jalan untuk memulihkan Negara yang bersistemkan jahiliyah mustahil dapat dilakukan melalui politik yang alatnya demokrasi, silakan sahaja diikuti keyakinan anda itu kerana anda mempunyai ulama’ yang memberikan pandangan dan PAS juga mempunyai ulama’ yang diguna pakai ijtihad atau fatwanya “.
“ PAS tumbuh hasil kesedaran ulama’ yang berpendidikan di luar Negara dan alim ulama’ di dalam Negara juga. Ia tidak datang dari cetusan idea Pak Mat di warong kopi atau Mak Cik Minah penjual karipap “.
“ PAS adalah gerakan Islam. Sifat gerakan Islam adalah keanggotaan yang terbuka tanpa pengelasan-pengelasan tertentu. Namun, duduk tinggi dan rendah khasnya di dalam urusan kepimpinan gerakan Islam, itu sudah pasti memerlukan penelitian kepada tahap-tahap atau criteria khusus agar pergerakannya nanti menjadi lancar kerana dipandu oleh orang yang faham apa itu gerakan Islam dan apa itu peranannya .“
“ Maka, di dalam PAS ada ulama’, intelektual atau ahli akademik, pensyarah, guru, pegawai kerajaan, polis, tentera, artis, pemandu lori, pengutip botol dan tin, penjual surat khabar, penjual kicap dan budu, nelayan, tukang pomen, penembak kijang dan rusa, pengutip kulat dan cendawan, penanam pisang dan jagung, pak cik yang berhenti sekolah ketika darjah 6, mak cik yang sempat masuk Tadika kemudian berhenti kerana tiada duit, budak muda lepak simpang jalan dan segala macam “
“ Bagi golongan yang cerdik pandai, alim, mungkin mereka memahami bahawa intima’ bersama PAS bukan sekadar untuk melawan UMNO yang rakus dan zalim memerintah Negara, tetapi lebih dari itu, intima’ ini adalah tuntutan Allah dan RasulNya agar bersama didalam perjuangan Islam. Namun, anda dan saya tidak boleh menafikan bahawa di dalam PAS juga adanya mereka yang intima’ kerana ingin melawan UMNO semata-mata, marahkan minyak naik, marahkan ISA, marahkn Najib, bencikan TOL dan seumpamanya. Mereka ini adalah orang yang memang tidak tahu atau tidak mengambil tahu apa sebenarnya fungsi gerakan Islam. Ya, itu kelemahan semua pihak dan perlu diperbaiki oleh orang-orang yang sedar. Tetapi, jangan anda nafikan juga, membenci kezaliman UMNO yang mengekalkan ISA, mendera rakyat dengan TOL yang tidak henti-henti..itu juga sebahagian dari tuntutan yang perlu diperjuangkan oleh Gerakan Islam “
“ Jika anda mengatakan bahawa PAS tiada tarbiah, itu jelas pembohongan. Jika anda mengatakan system tarbiah PAS lemah, itu benar dan jika anda mengatakan, tarbiah tidak sampai kepada keseluruhan ahli dibawah, itu juga benar. Namun, mengatakan PAS tidak mementingkan tarbiah dan tiada usaha menyampaikan tarbiah sehingga ke akar umbi ( ahli bawahan ), anda tersilap perhitungan.”
“ Saya juga mencadangkan anda yang cerdik pandai dan lumat serta ‘faqihan jiddan’ di dalam tarbiah di kampus agar bermesyuarat dan lakukan acara ‘SWOT’ yang hebat yang anda kuasai pelaksanaanya, bincangkan satu plan tarbiah yang sangat sistematik kepada PAS yang boleh sampai kepada ahli bawahan, senaraikan naqib-naqib pemuda di setiap cawangan yang boleh membawa silibus usrah anda, rencanakan program qyamullail yang praktis untuk setiap kawasan, jangan lupa program tamrin, mukhayyam, symposium nuqaba’ dan semua yang berunsur tarbiah. Setelah siap, anda ajukan kepada PAS di peringkat negeri atau terus ke unit tarbiah Pusat “.
“ Saya berkeyakinan, masih ada ruang untuk anda menyalurkan idea. Terlalu banyak pintu untuk anda masuk jika pintu pertama ditutup atau ada tuan rumah yang malas menjemput anda masuk. Keduanya, bila masuk rumah orang, perlulah fahami tuan rumah tersebut. Jika meluncur laju, mungkin kena halau dengan tuan rumah. Sebab, tuan rumah itu tidak semua ditarbiah di kampus macam anda “
“ Jangan menilai dan membuat keputusan tentang PAS semahu-mahunya, sekiranya anda hanya pemerhati jarak jauh sahaja yang tidak bersama menyelami PAS. Jika anda tidak turun ke masyarakat kampung, jangan anda membuat andaian-andaian seperti tarbiah anda di kampus. Jangan anda baru mengenal seorang dua pimpinan PAS dan anda melakukan program keluarga angkat ke tengah masyarakat, anda sudah mengaku “aku sudah bersama masyarakat”. Aku kenal dah PAS”
“ Jika anda seorang pengkritik tarbiah PAS yang baik, tetapi pulang ke kampung, muka anda pun tidak nampak solat jama’ah di masjid, ketua cawangan dan YDP Kawasan anda pun anda tidak kenal, cukuplah berteori dari gerbang kampus. Jika pimpinan Pemuda ditempat anda pun anda tidak kenal, kemudian anda pulang ke kampung terperap dirumah menunggu orang PAS mencari anda atau kad jemputan rasmi dipos ke rumah, buanglah jauh-jauh mimpi anda untuk perkasakan tarbiah PAS.”
“ jika anda berharap orang PAS yang mula mengenali anda dan bukan anda yang memperkenalkan diri, anda juga sebenarnya sedang melakukan kesilapan. Apakah anda ingat dengan mendiamkan diri di rumah atau ke program PAS bersembunyi-sembunyi, orang PAS kenal anda pimpinan mahasiswa di kampus? Atau anda beranggapan ketua cawangan anda selalu buka website gerakan mahasiswa kampus dan kenal anda ? atau anda merasakan bahawa memperkenalkan diri sebagai mahasiswa, ikut usrah, naqib usrah dan segala-galanya di kampus, menyebabkan penyakit riya’ yang perlu dihindari ? Sohih, anda tidak faham apa itu riya’ dan bila boleh memperkenalkan diri “
Akhir , jika semua masalah ini pun masih membaluti diri anda, akurlah dengan kelebihan dan kekurangan PAS. Kelebihan, gagahkan lagi, kekurangan, tambah baik segera sedaya upaya anda dalam lingkungan kemampuan anda sebagai mahasiswa. Jika tidak, jangan hanya
salam
Ustaz, sejujurnya sy sebagai ahli jamaah tak faham ape yg ustaz tuliskan nie. Memang sy mengaku cetek ilmu tapi dalm masa yg sama sy tngh cari ilmu. Salah 1 cara dgn baca blog ustaz.
So boleh tak ustaz terjemahkan beberapa perkataan yg mungkin ustaz rasa org lain yang cetek
ilmu mcm saya nie tak faham?
Contohnya perkataan "intima'".
Di akhir catatan ustaz, mungkin ustaz boleh buat begini:
*intima' = ?????
Dan sy juga tak berapa kenal sgt dgn tokoh2 yg ustaz tuliskan, mungkin kenal nama tapi tak tahu jawatan... so boleh juga ustaz salurkan ilmu pada kami yg x tahu ini dgn menulis :
contohnye-
Tuan Guru Nik Aziz = Mursyidul Am PAS.
Harap perkongsian ilmu ustaz melalui blog ini adalah secara menyeluruh. Orang pandai boleh faham, org tak pandai macam sy pun boleh jadi faham.
terima kasih daun lalang.
Sokongan 80% kepada dak IPTS...
time kasih...
salam, utk mlumn, artikel brtajuk Tarbiah Pas lembab, teruk adalah artkl di blog saya. Namun,ada indvdu yg mcopy dn msukkn dsni dgn mgunakan nama"Yang Sayang Ust Dzul berkata". jd, hrp shbgt2 lain tidak slh fhm pd ust dzul.bkn ust dzul yg tlis tu.syukran.
salam, utk mlumn, artikel brtajuk Tarbiah Pas lembab, teruk adalah artkl di blog saya. Namun,ada indvdu yg mcopy dn msukkn dsni dgn mgunakan nama"Yang Sayang Ust Dzul berkata". jd, hrp shbgt2 lain tidak slh fhm pd ust dzul.bkn ust dzul yg tlis tu.syukran.
slm dak IPTS,
kalo ada yang x paham, awk bleh tny dkt shout box blog ni, iALLAH ada membantu
slen tu,
anda bleh merujuk name2 tokoh kat google search atau pun slalu bace harakah daily, siasah, suara keadilan, dap roket, selalulah update2 dgn web2 poloitik
baiklah mahmud syarif...
time kasih
mintak ustaz dzul ulas pencalonan Mat Sabu dalam jawatan Timb Pres Pas...termasuk juga sokongan moral Faisal Tehrani keatasnya...
saya dah komen dlm blog Tehrani...namun hakikatnya saya dihentam teruk akibat perbezaan pendapat yg berlaku...
Catat Ulasan