Saya berjumpa fakta yang sangat menarik, membuktikan kebenaran pencarian saya, seolah-olahnya. Ia berkaitan dengan perjuangan Pas.
Visi Abim ialah membina dan memimpin tamadun khayra ummah. Jim pula, menegakkan negara Islam yang melaksanakan syariat Islam menjelang 2020. yang menariknya, Pas tidak menyebut soal negara.
Tetapi Pas menyebut, melaksanakan Islam. Pas mahukan syariat Islam terlaksana. Bagi Pas, kepentingan Islam melebihi kepentingan negara itu sendiri.maka, daulah Islamiah bukanlah matlamat tertinggi tetapi hanya satu strategi untuk mencapai matlamat tertinggi iaitu melaksanakan Islam.
Itu yang pertama.
Maka, Pas bukan melahirkan orang untuk Pas tetapi untuk Islam. Pas menjadikan parti sebagai wadah yang mana, apabila Pas sudah memiliki negara dalam usaha menegakkan Islam, maka Pas mesti berusaha menegakkan negara bukan lagi parti lagi. Tarbiah Pas ketika itu mestilah untuk semua orang.
Saya bersetuju dengan adik-adik Pmium. Apabila mereka berjaya mengambil MPP, mereka tidak lagi menjadikan Pmium sebagai platform terbesar sebaliknya mereka menggerakkan MPP. Sama ada gerakan itu laju atau tidak, itu soal lain.
Bahkan sekiranya kelak orang tarbiah Pmium yang menjadi pentadbir universiti, maka Pmium tidak lagi penting. Yang penting ialah agenda universiti yang digerakkan pentadbir itu sendiri.
Namun sekiranya Pas dan Pmium mahu mentarbiah golongan khusus, itu terpulang. Itu adalah tindakan.
Maka dulu-dulu, kami sering diajar, sekiranya Pmium diharamkan, maka tidak mengapa.kerana kami tidak pernah diajar Pmium segala-galanya. Yang penting adalah Islam.
Malah kami diajar, kita boleh menggerakkan satu persatuan yang langsung tidak berlapikkan nama Islam yang boleh bergerak lebih laju berbanding Pmium. Malah jika tidak dibenarkan menubuhkan persatuan apa-apa sekalipun, maka kami diajar untuk terus bergerak walau tanpa persatuan kerana Islam tidak perlukan persatuan.
Hanya persatuan yang perlukan Islam.
Yang penting bagi kami ketika itu, Islam bukannya persatuan. Erdogan dan Abdullah Gul tidak melihat Parti Sa’adah mampu menguasai massa dan memimpin, maka mereka menubuhkan gerakan baru. Mereka mendapat kecaman.
Mereka bukan memperbanyakkan jamaah. Tetapi mereka memperbanyakkan strategi dan cara membawa Islam. PKS juga begitu. Ia sebuah gerakan yang baru bertumbuh.
Kami diajar dalam Pmium, tarbiah kita adalah untuk semua, bukan eksklusif. Maka kami diajar, jangan sibuk berusrah tetapi sibukkan bermasyarakat. Jangan sibuk bertamrin tidak habis-habis tetapi banyakkan aktiviti sosial. Usrah dan tamrin penting, tetapi menterjemahkan erti tarbiah dalam kehidupan lebih penting.
Dewasa ini, ada gerakan kampus yang suka bersama mereka sahaja. Mereka tidak suka untuk bersama gerakan luar. Mereka lebih suka berusrah kerana bagi mereka usrah adalah segala-galanya.
Saya tidak menganut aliran itu dan saya tidak bersetuju. Saya bangkang sekeras-kerasnya. Usrah hanya ikatan. Ada yang formal ada yang tidak. Bahkan tajuk-tajuk silibus usrah pun banyak yang saya tidak bersetuju.
Usrah hanya ikatan. Yang penting, terjemahan. Sahabat nabi ilmu tidak banyak tetapi amalan mereka hidup. Saya bergurau dengan beberapa orang, usah pening-pening dengan tauhid tiga bahagian, sesungguhnya Abu Bakar pun tidak pernah mempelajarinya.
Mahu saja saya membakar silibus usrah kerana saya melihat budaya taqlid semakin merasuk dan pemikiran makin tertutup sebagaimana Rabi’ah yang ingin membakar syurga dan memadamkan neraka.
Skill menyampaikan usrah tidaklah sepenting skill merapati masyarakat. Skill bertamrin tidak sepenting skill menerangkan Islam secara profesional kepada umum. Skill memimpin dalam Pakatan tidak sama skill memimpin parti.
Saya sebutkan kepada beberapa pimpinan Pemuda. Tarbiah kita melahirkan jaguh kampung. Mereka mengangguk...
8 Cadangan/Pandangan:
bg ana la... hnye pendapat je la
jika sume org zaman skrg ni macam ustaz, dengar je bende2 ttg islam..terus apat terime.. xpe la kite nk hazafkan silibus tu..
igtlah ustaz.. kite mulekkan dgn belaja bende tu..sbb aqidah kite selalu tergoyah..
nak bnding abu bakar... x logik la ustaz.. mereka para sahabat dgr je ape2 drpd nabi, terus je terime.. xde pertikaian ag...
tu la sbbnye mule2 silibus kite bicang aqidah..xnk bg mereka futur drps islam...(bukannye futur drpd jemaah)...
ana setuju je silibus diubah..
tapi kene sume org dlm dunia ni punye aqal n berfikiran macam ustaz la.. dgar je... terus boleh ikut..
x macam tu ustaz?
bg ana la... hnye pendapat je la
jika sume org zaman skrg ni macam ustaz, dengar je bende2 ttg islam..terus apat terime.. xpe la kite nk hazafkan silibus tu..
igtlah ustaz.. kite mulekkan dgn belaja bende tu..sbb IMAN kite selalu tergoyah..
nak bnding abu bakar... x logik la ustaz.. mereka para sahabat dgr je ape2 drpd nabi, terus je terime.. xde pertikaian ag...
tu la sbbnye mule2 silibus kite bicang aqidah..xnk bg mereka futur drps islam...(bukannye futur drpd jemaah)...
ana setuju je silibus diubah..
tapi kene sume org dlm dunia ni punye aqal n berfikiran macam ustaz la.. dgar je... terus boleh ikut..
x macam tu ustaz?
SalamuLlahi alaikum..
Ana pun setuju dengan tuan pengendali blog... Kat bawah ni ana ada beberapa pandangan yang mungkin sehaluan, mungkin tidak..
1Tarbiah sepatutnya menyediakan ahli supaya menjadi benih yang apabila dicampak ke laut, ia akan menjadi pulau yang bermanfaat buat orsang len(lebih kurang camtu la maksud nya)... Misi & Visi hidup perlu diislah...
2Islam tidak terhenti hanya setakat Daulah semata2. Bahkan lebih dari itu. Sistem perlembagaan, khilafah, hubungan antarabangsa, sistem ekonomi dunia & sebagainya... Pendek kata, Islam menjadi World Order yang mampu mengancam, munggugat & menjatuhkan Novus Ordo Seclorum atau The New Secular World Order.. Akan tetapi kita tidak boleh mengambil sikap melihat kepada Macro View(sistem Islam) semata2 dengan mengabaikan Micro View(e.g. Daulah, syariah etc.)
3Strategi mengimplementasikan Ideologi & Cara hidup yang Islamis harus pelbagai.. Sebab manusia ini berbagai2 perangai & ragam.. Jadi cara untuk menarik manusia ke arah Islam pelbagai..
4Kebanyakan ahli jemaah banyak menyisihkan diri dari society & lebih banyak bergaul sesama mereka... Macam mana mesej Islam nak sampai kalau kita dok sesama kita sahaja... Kita wajib berusaha untuk spend a portion of our precious time with our mad'us...
5Pembacaan & penerokaan ilmu perlu meluas.. Akan tetapi, pemahaman & penterjemahan ilmu itu lebih penting... Macam kata Dr. Tengku Asmadi, Input 20% Output 80% @ teori 20% amali 80%..
6Manusia dalam dunia ini bukan tinggal di bandar sahaja.. Ada di hutan, kampung, pulau etc... So P.R. perlu dilatih supaya kita mampu menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan...
Selamat berkongsi=]
saya ada dua cadangan pribadi untuk ustaz dzul
1. Masuk Pas, terlibat dengan bahagian tarbiyah atau apa2 sahaja, buat perubahan pada segenap segi yang akan memacu laju Islam dan gerakan dan apa sahaja tugas yang sepatutnya.
atau pun
2. Jadi penulis novel islam. sebarkan dakwah melalui novel kerana peminat novel berpuluh ribu dan mereka lebih mudah menerima dakwah dengan cara yg mereka minat. saya fikir us dzul mampu buat novel yang baik.komersialkan.dan letakkan target setahun hasilkan 4 novel. 10 tahun lahirkan 40 novel. katakan peminat novel anta ada 10000 ribu, dan yang termakan dengan dakwah anta 5 peratus shj atau (500 org) darab dengan 40 novel dah jadi 20 ribu orang. bayangkan dlm masa ini anta mendapat mad'u yang lebih luas dan ksnnya yg baik. tak ramai mampu tulis novel, tapi ana rasa anta mampu.abdul latif penulis novel islamic PTS sbg contoh. org tidak minat baca sejarah, krn boring. tapi dia tulis sejarah tokoh2 Islam dlm bntuk novel,maka ramai membacanya dan memberi kesan..anta boleh tulis lebih baik.
itu lebih baik dan ana cenderung kepada cadangan kedua ini atau pun anta mengambil sekali kedua2 cadangan ini, tanpa meninggalkan kerja2 baik yg lain..
nasaie
Salam..nah ini yang ana tunggu2kan..apa yang ustaz kata itulah yang ana nak..kita kena versatile..selain bawa islam,kita dapat pelbagai llmu,pengalaman corak pemikiran..masuk je suma persatuan,kita laksankan islam,sunnah kita bagi kefahaman,yang penting akhlak islam..itu dakwah yang berkesan,perlu diingatkan.hidayah milik Allah,doa dan terus seru..jangan byk komen..
salam..
Ana tk setuju dgn ustaz, minta maaf..
Proses pntarbiyyahn kbnykn gerakan islam kini brmatlamat mwujudkn para pndokong yg taat & patuh kesan dari ijtihad mereka sndiri, slepas keyakinan yg tinggi muncul d dalam hati..
Para ahli gerakan islam p'caya dgn perjuangan mereka hasil drpd pmerhatian mreka ke atas qiadah jemaah mreka yg bertaqwa, tanzim yg tersusun dan gerak kerja yg teratur, bahawa gerakan mereka adalah yg paling syumul..
Taadud jamaah bkn suatu isu, tetapi tidak b'intima' dgn satu jamaah adalah satu isu yg amat serius..
Manusia hanya punyai 24 jam sehari, tidak sempat utk diisi dgn program2 daripada lebih dari 1 jamaah..
"Sesuatu fikrah itu tidak akn berjaya tanpa rijal yg betul2 yakin & bsungguh-sungguh memikulnya"
-assyahid-
Mana mungkin kita betul2 yakin & bsungguh-sungguh dengan fikrah yg bercampur baur, celup sana celup sini lalu mgatakan "saya berfikrah islam"
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi pn brintima' dalam jamaah, apatah lagi org kbiasaan mcm kita??
Keimanan Abu Bakr Assiddiq adalah keimanan manusia yg paling tinggi antara umat muhammad S.A.W, beliau mnerima kbenaran terus dari nabi S.A.W, tidak perlulah beliau belajar tauhid 3 bahagian.. Org kbiasaan mcm kita ni lain..
Ana nk minta tolong supaya ustaz berhenti mnyebarkn fahaman yg tidak ada kajian para Ulama' Muktabar tentangnya.
Minta tolong sangat2
DUA BENDA MAHU DIBICARAKAN (1) JEMAAH (2) INTIMA'
Apabila sebut jemaah, kebanyakannya meletakkan ia sebagai satu 'Kelas Tarbiah Wajib'. Seolah-olah apabila masuk jemaah tertentu, kena belajar semua yang ada dalam silibus jemaah itu. Sedangkan kita tahu, guru-guru dalam jemaah itu adalah sesama kita dan orang yang hidup sezaman dengan kita. Murabbi yang ada bukan benar-benar faqih, malah mereka juga sedang belajar.
Kita juga sedari bahawa akhir zaman ini, kita tak jumpa guru sehebat Abu Bakar RA(sahabat2 nabi) dan sukar menemukan guru sehebat Tabien yang murshid. Justeru, kita perlu akui dalam jemaah kita pun ada kekurangan.
Cuba fahami maksud ini, jemaah adalah satu wadah yang diisi oleh umat akhir zaman yang masing-masing punya kelemahan. Betul tak? Jika kita mengakui hakikat itu. maka, wajar sekali kita belajar dari yang lain dan bukannya intima' secara taqlid. Bukankah BELAJAR itu tiada batasnya? Malah BELAJAR itu juga satu proses berfikir yang jauh dari taqlid.
Namun, jika kita menolak hakikat bahawa manusia zaman sekarang ada kekurangan besar. Atau kita rasakan semua orang dalam jemaah kita bagus2 belaka. Itu bererti kita sudah 'Menutup minda yang waras'.
Kita juga perlu jelas maksud intima' di sini bukan intima' dengan jemaah. tetapi intima' dengan ISLAM itu sendiri. Islam tidak perlukan jemaah(kita) untuk berdiri. Sebaliknya jemaah(kita) perlukan Islam. Islam perlu dicari di luar atau di mana-mana sahaja. Islam tidak semestinya ditemui dalam satu jemaah itu saja.
Kalau baca kitab Fathi Yakan, tajuknya sudah jelas tertulis intima' kepada Islam. Bukan intima' pada jemaah.
Apabila kita sebut intima' itu wajib untuk satu jemaah. Kita bagai menafikan kesahihan jemaah lain, seolah-olah kita menyatakan bahawa Jemaah lain SALAH dan jemaah kita BETUL. Inilah yang dikatakan fanatik. Sedangkan kita sedar bahawa sedikit sebanyak masih ada jemaah lain yang membawa Islam dan berusaha menegakkan daulah islamiah.
Kesimpulannya begini, intima' yang tertinggi ialah pada ISLAM bukan pada jemaahnya. Kerana sekali sekala jemaah juga ada buat silap. Maka, kita perlu ada pintu untuk KOMPROMI dengan jemaah lain.
Note : Malah saya dan anda juga ada kekurangan dan tidak semestinya apa yang saya cakapkan ini betul semuanya. Jadi? Kita perlu teruskan perbincangan. Kompromi.
assalamualaikum, saudara Ustaz Dzul.
saya gembira saudara menulis tentang perkara ini. respon ini adalah sebuah 'respon kombo' kepada 'post-post' saudara.
(apakah sesuai?)
ulama dahulu membina tamadun berasaskan ilmu;- melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan dlm erti kata penyerahan sebenar diri kpd Tuhan.
kebanyakn pendokong gerakan Islam sebenarnya pendokong slogan-slogan yang ideal tapi kelam,berkata-kata tentang apa yg mereka tdk ketahui.
mudah mereka menulis tntg negara Islam yg ideal, hakikatnya, mereka langsung tidak mampu berfikir walaupun bagi menjawab soalan yg hanya punya pilihan jawapan 'ya' dan 'tidak'.
saudara Ustaz Dzul,
saya tahu saudara seorang aktivisdan pemimpin gerakan Islam . Kiranya benar apa yg saudara cetuskan dlm post ini, saya sarankan usrah-usrah yg saudara jalani perlu di'dekonstruk'. Dan itulah yg sering saudara perkatakan.
pandangan saya tentang usrah...
(saya tidak memperkecil peranan usrah) HARAP DIBACA SECARA VERBATIM (SATU PERSATU, DARI BARIS KE BARIS, AYAT KE AYAT, PERKATAAN KE PERKATAAN)
Usrah perkara penting. Usrah bersama masyarakat juga. Cuma apa yg diisi dlm usrah.. setakat pum pang..pum pang.. langsung tak beri kesan dan langsung tak merobah pemikiran bebal sesetengah manusia..
seperti kata Prof Syed Hussien al-Attas, antara gejala 'bebalism' ialah tidak kritikal dgn asas pemikiran sendiri yg difikirkan betul tapi sebenrnya songsang, akhirnya menatijahkan tindakan dan tabiat kebebalan yg sama.
itu yg berlaku dlm kelompok pendokong gerakan yg keliru hari ini(saudara Ustaz Dzul sedia maklum)
pada hemat saya, Usrah bukan sahaja bertujuan membina ukhuwah, kerna ukhuwah memang telah sedia terbina dalam kalangan muslim, tapi usrah sebagai 'pengikat' ukhuwah. bezanya ketat atau longgarnya ukhuwah. (tapi ramai yg ber'usrah' untuk meruntuhkan ukhuwah..kata org itu & ini, cemuh gerakan itu dan ini..)
persoalannya, apa yang mengikat ukhuwah? makan? tidur? qiyam? tidak.. sudah tiba masanya, ilmu menjadi pengikat kpd ukhuwah. ilmu yg benar itu kekal, sedang makan, tidur malah qiyam sekalipun, apabila tiba masa selesai melakukan aktiviti2 tersebut, maka terputuslah pengikatnya. sedang ilmu yg benar lg kekal itu tidak akan selesai usaha menuju ke arahnya, akhirnya mempernampak tajalli yg Maha Perkasa. (tak menafikan peranan makan bersama, tidur bersama, main bersama qiyam bersama: perkara2 ini boleh kita kategorikan sbg syarat sah, tapi ilmu dan perjalanan ke arahnya itu merupakan rukun- tiada kompromi)
Sudah tiba masa kita berubah.
Reformasi besar2an perlu kita lakukan. Islah secara menyeluruh, melibatkan perkara yg substancial, bukan lagi superficial-cosmetic.
Kritikal terhadap asas pemikiran sendiri supaya tdk selamanya terperangkap dalam tabiat yg sama; yg kita fikirkan betul tapi hakikatnya tidak. Implementasikan budaya ilmu sebenar. buat orang berfikir.
penting (pada saya yg faqir ini)
dekonstuk atau pembinaan semula - kerangka dn pelaksanaan usrah mengikut manhaj para ulama 'amilin
(bukan manhaj para sosialis bermata sepet atau nasionalis lanun)
#naqib dan naqibah sebagai PEMUDAH CARA bagi ahli usrah MENCAPAI sumber authentic (berwibawa).
#Pembangunan motivasi diri untuk semangat CINTAKAN ILMU wajib disemai (bukan cinta mengata orang).
#hentikan perbincangan kosong tanpa fakta dan bukti kukuh ataupun paling kurang setiap perbincangan mesti ada asasnya, bukan sekadar pandangan peribadi yg simplistik dan memakai sisi kepartaian sempit.
..... budaya ilmu diangkat dan disemai..sepatutnya tak jadi slogan; seperti yg dilakukan oleh pertubuhan2 tertentu hari ini.(apatah lagi yg melaungkan pelaksanaan negara itu dan ini, dangkal dan sempit cara fikir- )
budaya ilmu bertitik tolak daripada perasaan "CINTA KEPADA ILMU". melahirkan keghairahan merasai kenikmatan bercinta; seperti org bercinta- sanggup buat apa saja utk yg TERCINTA (tengok drama TV!), maka begitu juga orang yg berbudaya ilmu.
Budaya itu tsaqafah,kultur,culture,adat; walau punya nada serupa, tapi konotasinya berbeza.
sepatutnya indikator(kayu ukur) 'berbudaya ilmu' tdk terletak pada perseorangan/individu. indikator dinilai pada ijtimaei (masyarakat) kerana budaya ilmu adalah asas kepada ketamadunan dan tamadun adalah sebuah konsep yg bersifat plural (banyak).(maksudnya, hidup sorang2 tak boleh bina tamadun) Namun, pembentukan ijtimaei/komni sperti komuniti/masyarakat yg berbudaya ilmu perlu dibina melalui individu kerna individu itu punya kekuatan jiwa (soul), sedang masyarakat tidak.
Cuba kita lihat keadaan budaya ilmu pada zaman Rasulullah, walaupun ramai tak pandai membaca, mereka tetap cinta kepada ilmu, menghafaz ilmu, kasih kpd orang berilmu, amengamalkan ilmu walau sedikit, mengangkat darjat ilmuwan dalam masyarakat. Abad ke 16 & 17 pada zaman kegemilangan islam menyaksikan pembinaan tamadun berasaskan budaya ilmu. Orang berlumba-lumba belajar ilmu kerana ilmu itu sebagai satu bentuk kemuliaan (tasyrif) kerana kemuliaan ilmu itu sendiri. Cuba renung sikap Nenek moyang kita dulu yg berbudaya ilmu. Cikgu dan para guru disanjung, Ustaz dan para syeikh dijunjung. jadi, budaya ilmu bukan sekadar budaya membaca semata-mata! budaya ilmu juga meliputi pembacaan, analisa, diskusi, suhbah (berdampingan dgn org berilmu), nilai2 murni sprti ketelusan ilmiah, rujukan, kewibawaan ilmu, berkat, nur dan sebagainya.
Menariknya, budaya ilmu dlm Islam sgt menitikberatkan soal ke'shahih'an. sebab itu ada tradisi sanad.
saya akui manusia itu pelbagai. maka pendekatan perlu dinamik. memang betul. tapi, bagi saya pendekatan yg dinamik itu adalah perlu sekiranya kita mula 'menjinak-jinakkan' diri kita atau orang lain atau dlm kata lain mencetuskan KESEDARAN AWAL dalam aktiviti ilmiah termasuk usrah. namun, akhirnya, kita perlu kembali kpd manhaj dan kaedah para ulama;- dengan cara belajar bi talaqqi (bersemuka dgn guru).
mungkin pendapat saya nampak agak konservatif, namun saya tetap bertegas dgn pendirian ini. mesti dgn cara ini pada akhirnya.seperti manusia makan pelbagai jenis makanan. orang Barat makan roti, orang melayu makan nasi, orang latin makan pasta, tapi semua mesti makan menggunakan mulut, makanan yg pelbagai itu melambangkan orang yg pelbagai ragam. tujuan makanan makanan yg pelbagai itu adalah bagi mengenyangkan perut dan memberi tenaga. sama seperti manusia yg pelbagai ragam, tujuannya adalah untuk mencari ilmu;- mesti mengenyangkan perut dengan makanan walau apapun ia dengan menggunakan mulut; mesti dapat ilmu dengan manusia walau apapun ragamnya dengan cara berguru.
Islam menitik beratkan soal shahih dan kewibawaan - shahih dan wibawa (authentic) ini dilihat pada sumbernya dan bagaimana cara memahami sumber tersebut. manhaj ulama amilin ini punya kaedah tertentu dlm ilmu, bukan ikut faham sendiri.
sebab itu, saya bertegas untuk membawa ide baru pelaksanaan usrah kerna usrah bukan ruang menyampaikan ilmu, tetapi ruang memudahkan cara untuk sampai kepada ilmu (ilmu dlm Islam perlu kpd sumber yg benar).
indikator usrah muntijah ialah mampu membawa ahli2nya ke arah cintakan ILMU, kerana dengan cinta ilmu baru dapat cinta Allah, Rasul, ibu ayah.
*usrah-keluarga
-DIIKAT oleh perkara yg bersifat kekal,bukan sementara seperti ilmu yg benar, bukan makan bersama (dgn tdk menafikan kepentingan mkn bersama itu). usrah itu akan kekal sebagaimana kekalnya ilmu itu.
-contoh : guru kami pernah menceritakan pengalaman beliau belajar bersama dgn Syeikh al-Habib Sayed Muhammad Ibn Alawi al-Maliki. katanya, "selepas abuya (panggilan kpd Alhabib Syed Muhammad- kerana ukhuwah usrah yg diikat dgn ilmu dan kasih sayang) meninggal dunia, kerinduan mereka trhdp pemergiannya dirasai lebih daripada kehilangan ahli keluarga sendiri. walaupun slps kematiannya, ketika mana kami ditimpa masalah dan kepayahan, terngiang di teliga kami suara abuya menasihati kami berbuat begitu dan begini, atas sebab kasih dan sayangnya beliau kpd kami, sehinggakan selepas meninggalnya dia, masih lg datng menasihati kami. itu baru hubungan guru dn anak didiknya, apatah lagi hubungan Rsulullah dgn kita; yg sngt sayangkn ummatnya shingga matinya smpat menyebut-nyebut ummatnya"
Kalau saudara ustaz Dzul nampak,itu antara kesannya usrah dan ukhuwah yg dibina drpd ilmu dan kasih sayang.
pernah ke dlm usrah2 kita hari ini dpt membina ukhuwah yg seperti itu.
saya faham, ustaz Dzul tidaklah mahu memperkecil peranan usrah.. namun mungkin (taukid- mungkin) rasa kecewa dgn pelaksanaan usrah dlm gerakan saudara Ustaz Dzul, walau lisan tak kata begitu.
seperti keadaan Said Nursi Badiuzzaman, ketika muda pada fasa Said Pertama beliau dgn pendekatan bersifat siasahnya, hingga satu ketika beliau mengungkap kalimah, "a'uzubillahi minas syaithan wa ssiyasah" kerana kekecewaan beliau trhadap siasah Turki pd zaman itu. Hakikatnya,beliau sedar apa yg beliau lakukan.
* dalam konteks kita,saya rasa memang tak mampu utk mencapai tahap ukhuwah seperti guru saya dlm contoh td. cuma kita perlu tahu dan berlaku adil terhadap kedudukan diri kita. kita bukan ulama besar, ilmu cuma seciput, kesedaran dan istiqamah kurang. Maka, usrah yg saya cadangkan ialah usrah yg menjadi Pemudah Cara untuk kita mencapai ilmu yang benar, bukan tempt mendapat ilmu itu.
Tamsilan:
kita mahu mencedok air daripada perigi. jadi kita perlukan timba (baldi).
usrah (dlm kelompok kita)umpama timba (baldi) bagi kita mencedok atau menimba air dari perigi. perigi itu pula umpama ilmu yg benar.
maka usrah dlm kalangan kita adalah jalan menuju sumber ilmu yg berwibawa (authentic).
silapnya kebnyakan org yg usrah hari ini ingat yg usrah itu adalah perigi.
pengisian usrah harus berkualiti, tinggi, ada sumber2 rujukan, bermotivasi untuk cinta ilmu dan ulama, menyebarkan aura kasih sayang.
*tentang ukhuwah dan kasih sayang: ini masalah kita- kita meletakkan kasih sayang sesama kita atas ikatan yg kita ada. "Kita ahli usrah jadi harus berkasih sayang" atau retorika yg lebih popular, "kita berkasih sayang kerana Allah (Ukhuwah fillah)"..
Bagi saya semua ini adalh retorika palsu yg meniti di bibir kebanyakkan ahli usrah.
-sememangnya ukhuwah kita perlu disandarkan kepada Allah dn Rasulillah, kerana kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya dan kasih sayg Rasulullah membawa lebih kasih Allah kpd kita. ksesedaran kasih kpd Allah dan Nabi SAW perlu disemai dlm usrah. dan kita perlu sedar, kata2 kita tak sama seperti kata2 ulama 'amilin. kalau kita sebut tentng cinta Allah dan cinta Rasul, mgkin tak beri kesan. sebab itu, bila cerita tentang cinta Allah dan Rasul, dalm usrah kita wajar wujudkan saranan untuk pergi menemui para ulama, majlis ilmu dan sebagainya sebagai susulan drpd usrah.
Usrah penting sebagai persediaan menuju ilmu yg benar. Baru layak turun ke kancah masyarakat dlm usaha menggerakkn agenda Islah dan Tajdid. Islah yg bersifat bersifat substancial (jawhariy) bukan superficial ('aradhiy).. seperti yg berlaku hari ini (kata buat perubahan, tapi cuma tukar pelana pada baghal tua.. baghal tetap sama, pelana yg berbeza)
maaf, kiranya tersalah kata.. saya insan biasa.. saya tetap terus menyokong agenda pembaharuan yg saudara ustaz Dzul sedang usahakan.
Allahu Ta'ala a'lam.
Catat Ulasan