Saya ingin berpesan kepada adik-adik saya, agar banyakkan membaca buku. Supaya kita mampu menguasai sebanyak mungkin ilmu dalam bidang pengkhususan kita. Jangan sampai orang mentertawakan kita sehingga dikata, “Orang haraki berilmu cetek”.
Orang yang berusrah tetapi malas membaca dan belajar, kelak akan dicemuh orang. “Harapkan usrah je banyak, tetapi mengarut pun banyak”. Sehingga banyaklah jua bid’ah yang kita lakukan lantaran kejahilan kita.
Saya telah mengikuti beberapa tamrin dan usrah. Pernah fasi mengkritik daya kefahaman yang dimiliki oleh seorang peserta. Namun dalam hati saya menjawab, “Yang salah bukannya kefahaman adik-adik tetapi fasi yang kurang berilmu”.
Lalu kita suka bermain akal sedangkan Dr Muhammad Ammarah menyebut soal al-zawaj bainal ‘aqli wal syar’I (mengahwinkan antara akal dengan syariat). Namun kita kurang mengerti syariat tetapi lebih banyak berdalilkan akal sekiranya kita kurang ilmu.
Sedangkan penggunaan akal tidak sah sekiranya ia bertentangan dengan syariat.
Al-Qaradawi pernah mengkritik pandangan Dr Hassan al-Turabi. Namun ia menarik balik kritikannya lantaran sebelum itu ia belum lagi memahami dasar keilmuan yang dimiliki al-Turabi. Orang yang tidak berilmu, akan mudah mengkritik lantaran tidak memahami.
Saya ingin berpesan kepada adik-adik saya, rajin-rajin ke perpustkaan. Jangan hanya tenggelam menyiapkan assignment semata-mata, tetapi tenggelamkan diri dengan membaca buku dan kitab yang berlambak. Habiskan masa dengan membaca.
Bukankah baik jika adik-adik, siang hari belajar dan banyak membaca, malam bermesyuarat dan beraktiviti, hujung minggu dihabiskan dengan kegiatan harakah. Namun malangnya kita lebih suka bermesyuarat dan berprogram tetapi malas membaca dan belajar.
Kelak anda akan menyesal dengan ilmu yang sedikit. Ketika itu dunia akan terasa sempitnya.
Saya pesan kepada adik-adik saya yang aktif dalam haraki, jangan hanya dibaca buku-buku dakwah dan harakah sahaja. Jangan tertipu dengan kulit yang indah. Sekarang, telah banyak buku dakwah yang dibuat walhal hanya mengulangi perkara yang sama.
7 Cadangan/Pandangan:
betul ana setuju..ilmu tu byk..sangat byk..
Saya melahirkan sedikit kekecewaan apabila sebhagian besr daripada kita lebih menjurus kearah kepartian sama ada diperingkat perbincangan, gerak kerja dan hala tuju perjuangan.
Sedarkah kita disaat kita ghairah dengan pilihanraya kampus dalam masa yang sama kita mengabaikan tarbiyyah sahabat2 yang lain dan dakwah tidak sampai kpd massa apatah lagi massa tidak merasai sinaran islam yang dibwa oleh kita. Adakah kita hanya syok sendiri?
selain itu segelintir daripada kita lbh mgfokuskan ttg perkmbangan politik ditanah air kita atau lbh tepat menjurus kearah kepartian semata. Adakah ini matlamat perjuangan kita??
tidak salah, politik itu juga penting cuma bagaimana dengan persoalan akidah, tarbiyah dan dakwah.Namun adakah kita telah didoktrinkan bahawa politik itu adalah parti? Padahal sebahagian daripada kita tidak trdedah pun kpd makna politik yg sebenar tetapi didedahkan dgn perjuangan kepartian.
Persoalan yg memerlukan jawapan dan bukannya provokasi atau polemik.
Nabi SAW mengutus bukan calang2 sahabat utk keluar berdakwah...Dipilihnya dari kalangan sahabat yang faqih..misalnya Muaz Bin Jabal ke Yaman...
fikrah haraki, tp ilmu2 lain berdaki..
kegemaran yg keterlaluan ahli jemaah, membaca buku DPF sahaja..
budaya ilmu dlm PAS n gerakan islam kampus masih lemah... ana setuju dgn statement ust hari tu...
ana saje tny, nak suruh huffazul quran sedar hakikat ni..
k, semoga terus menyumbang mentajdidkan minda anak muda..
salam
ustaz dzul yg ana sayangi
ana stuju dgn pndgn ustz mntk kita brubah, mahasiswa brubh, pemuda berubah dan sbgainya
tp ustz, ana rase ape yg ustz mntk melalui pndngn yg ustz sampaikn melalui penulisan ustz ni kurg effektif dr sudut ustz nk mereka2 yg bergelar pejuang2 islam dimedan tu turut brubah
psl ape?sbb ana berbncng dgn senior ana yang sudah berada dimedan, depa habaq org2 luar sane senyum 'hihi' ja kt penulisan ustz...depa mntk ustz trn medan dan buktikn apa yang ustz kate
ok,itu pndangn depa
pada ana, kl kita pakai cara buktikan pada pejuang islam yang kita boleh brubah dgn trn ke medan2, buat ja x kesah apa orang nak kate, insyaAllah it is better ustaz..
zaman sekrang lebih pada technical berbanding omong2 sahaja
itu bg depa yg dlm medan, tp pada mahasiswa2, intelektual2 di kalangan pemuda mungkin teguran melalui penulisan ini ada baiknya sebab pemuda dalam era untuk berubah dan sedang menyiapkan diri b4 ke medan sebenar..
that is pro and cons
selamat meneruskan perjuangan, ana rindu berjumpa dngn pimpinan2 gamis, bile nk mai trn utara plk :)
ana lupa nk tmbh td,
apa2 pandangan org pun, ana kagumi usaha gamis tidak penah kenal pnt lelah
mgkn pejuang2 di medan tu komen sbb depa x nmpk gamis tlg pas/islam berdepan?
so apa salah depa komen?sbb x nmpk, mngkn itu signal timbal blk untuk gamis supaya lebih menampakkan diri untuk bntu pas/islam?
perlu ka tidak perlu gamis menampakkan bntu islam melalui pas?
insyaAllah itu antara timbal balk yang ana rase pimpinan gamis sdh selesaikan mslh itu dimeja meeting mt gamis...
waAllahua'lam
truskn usaha ntum, ana sntiasa sokong slagi tidak menyalahi mana2 tuntutan2 yang islam tetapkn
salam ya akhi.ana ingin pergi lebih kedepan dalam memajukan diri,bolehkah akhi berikan senarai buku2 yang agak penting di peringkat kami yang di tahap permulaan disamping buku yang boleh menjana pemikiran kreatif dan kritis.an amat2 perlukan respons.syukran lak.
Catat Ulasan