Agak bahaya sebenarnya pemikiran yang timbul dalam beberapa ahli gerakan ni. Saya melihat dalam konsep pengurusan dan pentadbiran, pimpinan sepatutnya lebih patut mengenal pasti potensi ahli kampus. Soal menawarkan diri itu soal tadhiyah dan lebih berbentuk peribadi.
Maka satu sistem perlu diperkenalkan secara lebih efektif. Alhamdulillah saya yakin ia sudah wujud, namun tahap kecaknaan itu belum lagi menebal.
Bahaya yang kedua ialah, apabila ramai kalangan ahli gerakan kampus yang lebih suka mengekalkan perkara lama. Saya berpendirian, orang yang mempunyai bakat di kampus perlu disalurkan ke posisi yang sesuai bukannya jawatan. Kaedah gerakan menyebut, “Pemuda mesti berada pada posisinya”.
Saya bimbang, jika terdapat masih ramai ahli yang mementingkan konsep menawarkan diri dan menolak konsep ‘menghamparkan permaidani merah’ (menurut sesetengah pengkritik blog saya), maka pengurusan gerakan selamanya tidak akan sistematik.
Ia hanya menantikan orang menawarkan diri. Pemikiran ini sangat berbahaya.
Bagi saya, jika boleh saya ingin menjadi PMI sebagai contoh. Tarbiah PMI bukan melahirkan orang untuk PMI tetapi melahirkan orang yang boleh menghidupkan Islam di mana sahaja mereka berada. Namun keterikatan jiwa mereka tetap dengan PMI.
Maka menjadi tradisi PMI menghantar orang untuk menguasai kolej-kolej kediaman, fakulti-fakulti dan juga anak negeri. Mereka bukan bekerja untuk PMI tetapi mereka bekerja untuk Islam. Namun hati dan darah mereka tetap pada PMI.
Begitu juga PAS dan UMNO. Jika UMNO melahirkan orang untuk bekerja dengan UMNO, maka UMNO akan rugi. Maka UMNO menubuhkan pelbagai NGO untuk mendokong mereka antaranya GPMS. PAS juga begitu. Namun ramai juga orang PAS tidak begitu.
Tok Guru pesan banyakkan NGO untuk bawa Islam. Sekiranya NGO cop di dahi lambang PAS, maka awal-awal lagi ia akan ditolak oleh orang UMNO dan secular. Begitu juga jika UMNO berbuat demikian.
Saya memang menganut aliran memenangkan Islam bukan memenangkan parti. Bahkan saya sebut dalam beberapa siri ucapan saya semasa menjadi YDP PMI, kita tidak pernah kisah jika Islam di UM dimenangkan oleh Karisma mahupun PKPIM. Yang penting, Islam naik.
Saya tidak suka mengkritik Ust Zaharuddin yang tidak terlibat secara langsung dengan PAS. Ini kerana, jasa Ust Zaharuddin rasanya lebih besar berbanding ramai pimpinan PAS. Ia menjadi pakar rujuk dalam bidang ekonomi Islam. Saya tidak membayangkan sekiranya Ust Zaharuddin mendapat PhD. Mungkinkah beliau lebih bermakna untuk Islam jika dibandingkan pimpinan Dewan Ulama PAS?
PAS ditubuhkan untuk memenangkan Islam bukan memenangkan parti. PMI di kampus juga bukan ditubuhkan untuk mempopularkan nama PMI tetapi mempopularkan Islam. Soal strategi tu, itu soal yang lain. Saya amat berbeza dengan Ustaz Zuhdi Marzuki dalam bab ini.
Satu, menjadi tokoh yang ada nama dalam parti. Dua, menjadi tokoh yang ada nama dalam masyarakat. Kedua-duanya penting. Jangan menyangka Islam hanya dengan politik dan yang bekerja perlu dikenali. Malah terdapat ramai yang bekerja bukan dalam bidang politik dan tidak dikenali.
Adakah mereka menolak politik? Tidak, tetapi mereka bekerja untuk memenangkan Islam dari sudut yang lain. Ada yang bekerja dalam bidang akademik. Mereka tidak terlibat dengan usrah PAS atau mesyuarat UMNO, tetapi mereka istiqamah membawa Islam. Jiwa mereka, niat mereka, hati mereka, usah dipersoalkan. Kita bukannya Tuhan.
Orang yang mengkritik Gamis adalah orang yang tidak tahu. Manusia memusuhi benda yang mereka tidak tahu. Penyakit bagi tidak tahu adalah tidak bertanya, ini sabda Nabi SAW. Penyakit yang lebih buruk daripada tidak bertanya adalah mengkritik secara melulu.
Bahkan penyakit yang lebih buruk lagi adalah berburuk sangka dan ‘nasi tambah’. Ini penyakit yang amat buruk.
Penyakit yang buruk lagi adalah tidak mahu berubah. Mereka lebih selesa dengan PAS sebelum era kemenangan, bukan pasca. Mereka kurang mengerti zaman sudah berubah. Atau jika mereka mengerti, pemikiran mereka masih sempit.
Maka saya simpulkan tiga perkara:
1- Gerakan yang cerdik ialah gerakan yang mengatur posisi orang bukannya menanti orang menawarkan diri
2- Sepatutnya PAS bukan melahirkan orang untuk PAS tetapi melahirkan orang untuk Islam.
3- Kita mesti bersedia untuk berubah. Jika tidak, kita hanya akan menjadi liabiliti kepada gerakan bukannya aset.
7 Cadangan/Pandangan:
ust dzul mmg seorg pmpnn yg hebat, dari isu Nazre..yg dibahasnya hanya mslh knapa pmpnan pas tak pgg cpt2 nazre dan isu prmaidani merah. soalnya, knapa tak bhskn lgsung mslh nazre join gerak, bntu norza, hentam slgor dll? sgaja nk tutp isu pmpnn jmaah kmpus btukar arah dgn cara mnyalahkan pas? mmg tak kan ada org yg mng bhujjah ngan anta ni.smua org bfkirn smpit, cetek dan jumud tk mhu prubhn bg anta.
http://asqalani.blogspot.com/2009/03/siapa-presiden-pmium-tak-kenal-pun.html
SIAPA PRESIDEN PMIUM.....TAK KENAL PUN
Berbicara tentang kepimpinan PMIUM, maka kita akan mengatakan Um adalah universiti yang mencipta pemimpin masadepan Negara...apa tidaknya..tengok sajalah dengan tokoh-tokoh politik, agamawan dll seluruh negara...cntohnya seperti Zaharuddin, Burhan Che Daud, Nazree Yunus dan ramai lagi...
Siapa tak kenal Zulkhairi dengan kelantangan ceramahnya, Nazree Yunus dengan GERAK nya...Namun siapakah Presiden PMIUM sekarang...anda kenal?? Kalau anda kenal mungkin sebab anda peduli tentangnya...Tapi aku tak kenal pun..mungkin sebab aku bebal untuk mengenali Presiden PMIUM...Persoalannya adakah ianya salah aku sebagai pelajar@golongan bawahan atau hanya sekadar penyebar 'flyers' yang bersalah kerana tak mau kenal Presiden
PMIUM.........Atau sang Hang Jebat Presiden yang sepatutnya turun memperkenalkan dirinya kepada aku yang tak seusrah nih??
Ada orang cakap Presiden PMUIM student Jabatan al-Quran dan Hadis...ye ker...cumer setingkat sahaja dengan jabatan aku..Jabatan Fiqh Usul..tapi kenapa aku tak kenal dia?? Suatu hari ada orang cakap nama Presiden aku tuh "H"..aku cakp "Eh..bukan dia la"...kalau dier Presiden PMIUM, kenapa selempar senyuman pun sukar dicuitkan dari indah bibir yang gagah berpidato!!!...Takkan dia Presiden Kita?? kita bertali arus menyokong PMIUM, namun takkan senyum pun sukar?.....Yang aku tau, Presiden dulu macam Zulkhairi, Nazree Yunus, walaupun tidak lah seakrab mana namun, senyuman tak lepas dari bibir mereka...
Aku teringat akan akhlak Nazree yang mana datang memeluk tubuh kami kerana kami selesai menjayakan Program PMIUM...terasa seakan-akan kita dihargai...dan bukanku pinta pelukan dari Muslimat PMIUM..tapi dengan pelukan BELIAU (tanda penghargaan)...hati ini semakin menyayangi beliau..
Aku tau mesti ada yang kata kat aku, kenapa aku persoalkan kelemahan Presiden PMIUM..ia akan memberi kelebihan kepada pihak musuh utk 'counter' balik kepada gerakan Islam...Maafkanku rakan-rakan sekelian..kerana bagiku Maslahah dilebihkan dari mafsadah jika aku menyatakan begini di dalam blog ini..bukan aper..agar tergetak dihati si "PEMILIH" pemimpin supaya memerhatikan sedaya mungkin segala aspek dalam soal pemilihan pemimpin...bukan sekadar melihat..."DIA ni Pernah jaDi PimpiNan di NIlam Puri nih.."...dan kita akui, setakat ini hanya seorang sahaja yang menjadi Presiden PMIUM selain dari produk al-NILAM PURiyyaH iaitu Dr Ishak Suliaman dari KISAS...
Aku sedih kerana dalam kesunyian PMIUM akhir-akhir ini, dalam ketidak Popularnya Presiden kita, "TUP-Tup"...yang gelemernya Presiden kita dikurniakan seorang teman hidup dan telah melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah...satu usaha yang mulia disisi Allah..kerana pensyariatan nikah adalah untuk tujuan memelihara agama...sekurang-kurangnya ianya dapat menjaga masalah "IKHTILAT' dikalangan ahli PMIUM. Tak kirala kahwin atas arahan daripada mas'ul ker...yang penting benda baik..Aku pun teringin sgt2 nak kahwin..supaya aku dapat memelihara nafsuku...
Walaupun si "F" dah berbadan dua...Namun masa berubah masih ada. Aku tetap kagum dengan akhlak Presiden..berakhlak mulai, namun ini demi kebaikan PMIUM..harapnya jgnlah kepopularitian kita hanya pada kisah perkahwinan kita..tapi biarlah kita dikenang sebagai idol kepimpinan......aku chow!!!!
Posted by al-Yusofy at 5:02 PM
isu selangor..ini masalah dalaman PAS..tanye org yang nak bawa perpecahan dalam PAS...
"Bagi saya, jika boleh saya ingin menjadi PMI sebagai contoh. Tarbiah PMI bukan melahirkan orang untuk PMI tetapi melahirkan orang yang boleh menghidupkan Islam di mana sahaja mereka berada. Namun keterikatan jiwa mereka tetap dengan PMI.
Maka menjadi tradisi PMI menghantar orang untuk menguasai kolej-kolej kediaman, fakulti-fakulti dan juga anak negeri. Mereka bukan bekerja untuk PMI tetapi mereka bekerja untuk Islam. Namun hati dan darah mereka tetap pada PMI."
Berdasarkan tulisan ust, ana rasa ada sesuatu yg pimpinan pmium skrg ni perlu ambil take note.. "menghantar orang untuk menguasai kolej-kolej kediaman".. maaf banyak2, apa yg ana dapati sekarang.. kbanyakan ahli pmium bahkan pimpinan pmium sndiri.. sebenarnya lari keluar dari kolej.
kalau yang ada tinggal di kolej2 pun,hanyalah ahli2 biasa "yang kurang d tarbiyah" utk berdakwah kpada mad'u @ penghuni kolej.
kepada pimpinan pmium, buatlah sesuatu agar bukan sahaja ahli2 biasa sahaja yang tinggal d kolej, tetapi pimpinan pmium sendiri dan ahli2 yang d tarbiyah juga turut berada di dalam kolej..kerana mad'u kita d bumi um kbanyakannya tinggal di kolej2 kdiaman..
dngan adanya kalian para pimpinan pmium dan ahli pmium di kolej2 kediaman, insyaAllah syiar Islam serta dakwah yang ingin di sampaikan akan lebih dekat di hati mahasiswa/i um itu sendiri...
wallahualam...
ustaz Dzul, anta bg idea bagus.anta punya kritikan betul.tak nafi pas tidak mampu tarbiyah hebat ahlinya, tak nafi pas tidak mampu canelkan semua ank2kampus di posisinya. jadi sepatutnya anta yang sedar menyertai pas,duduk sekali, bantu dan gerakkan perubahan.supaya tidak ada pimpinan kampus yg terlepas.masalahnya anta hanya tahu mengkritik dan mencaDANG. sebelum anta fikir bab ni, orang lain dulu lagi fikir.tapi pas tidak cukub tenaga segar untuk gerakkan semua. anta kena masuk, bantu..bukan menulis saja. masuk, tolong... bukan bermakna org yang bela pas itu, menyatakan pas sudah lengkap.tidak.tapi anta tolonglah lengkapkan pas.
sambung.. anta nak puji us zaharudin itu bagus. tapi jangan hina atau siniskan ulama dalam Pas. huduh2 mereka, mereka lah yang gerakkan jemaah selama ini. orang yang kecewa dengan ustaz zaharudin bukan sebab dia nak turun dalam masyarakat. itu tugas bagus. tapi orang yang kecewa ini suatu hari dulu mengharapkan ulama2 hebat seperti dialah yang memimpin ulama dalam pas.memang ulama pas lembab, sebab tidak diganti dengan orang yang mereka harapkan. begitu juga dengan anta.pimpinan mengharapkan anta join dan gantikan kepimpinan sedia ada. lajunya anta akan lajukan ulama pas.lajunya ulama pas akan lajukan tarbiah pas. lajunya tarbiyah pas akan melajukan pas. automatik Islam itu sendiri.
anta kena berubah. orang yang hendak jadi pemikir, pencadang, pengkritik sudah ramai. hndak bantu gerakkan tak ramai.tinggallah ulama yang tua dan dikatakan lembab dalam pas.
dah dua kali anta puji us zaha tapi dalam masa yg sama mensinis ulama pas. tolong sedar...
Betul juga kata tanpa nama. Cadangan dan idea mudah kita suarakan. Tapi, bila nak gerakkan satu idea ia akan memakan masa dan tenaga malah belanja. Dzul banyak idea, usaha juga banyak. Cuma, posisi kerjanya belum benar-benar efisien.
Saya nampak saudara Dzul bukan jenis yang mahukan 'Jawatan' dalam PAS. Dia jenis yang bekerja dengan cara dia. Saya syorkan pada TANPA NAMA agar berpakat untuk aturkan satu posisi agar saudara Dzul boleh berada di atas.
Saya melihat, rakyat zaman sekarang ni pasif. Bila dia tahu ada watak pemimpin yang bagus, dia berdoa dan berharap agar pemimpin itu naik. Dia tak Bekerja keras atau Berikhtiar agar pemimpin itu terpilih. Bila pemimpin bukan pilihan naik dan pegang jawatan...dia pun kritik sana-sini. Walhal, sebelum pemimpin dipilih dia sendiri tak berapa kisah. Dia nanti tengok jer.
Kan?
Memang saudara Dzul kena hati-hati apabila mahu menyentuh peribadi orang alim. Tidak salah untuk menyatakan kekurangan manusia yang alim, namun kita perlu jaga status mereka di sisi agama.
Biasalah tu, mungkin maksud dzul lain namun ditafsirkan lain. Apapun...teruskan perbincangan. Anda semua masih lagi muda. Sebelum sampai umur 40(umur nabi dilantik menjadi rasul) perlu banyak berbahas, berbincang dan bekerja. Itulah proses kemandirian.
Insya allah...akan cepat matang.
Catat Ulasan