Ahad, 19 April 2009

kuliah maghrib


19 April 2009: Sebentar tadi, saya mendengar kuliah. Terasa kejahilan menyelimuti diri saya. Bukan saya sahaja, malah jamaah yang lain turut terpukul sama.

Rasa malu pula. Selama ni saya memberikan kuliah. Tetapi saya bukanlah orang yang berilmu.

Bertambah rasa malu kerana, saya mungkin hanya memberikan pengisian untuk dada-dada pendengar bukannya membersihkan hati mereka. Ini benar-benar memukul saya.

Ustaz Zainuddin menyebut, semakin banyak kita solat, semakin banyak pembohongan kita kepada Allah taala. Kita menyebut kepada Engkau Kami sembah dan minta tolong.

Nyatanya, kita hanya menjadikan Allah taala sebagai tempat minta tolong saja. Itu pun semasa terdesak. Kita minta Allah taala murahkan rezeki kita dan selamatkan kira daripada sebarang bencana.




Namun kita tidak menyambah Allah taala dalam erti kata yang sebenar. Kita malas berwirid dan solat sunat, tetapi bila kita susah, kita minta dengan Allah taala.

Saya terduduk mendengarnya. Benar, kita suka menjadikan Allah taala sebagai tempat mengadu masa kita susah, tidak semasa kita senang.

Kita suka minta Allah taala penuhkan hajat kita sedangkan kita tidak memenuhi tuntutan-Nya. Kita nak Allah taala penuhkan hajat kita menurut kehendak kita, walhal ikut Allah taala lah nak bagi macam mana.

Penat kita, penat. Orang yang jadi pemimpin, mereka baca ayat, “Taatlah kepada pemimpin”. Tetapi mereka lupa bahawa mereka perlu taat kepada Allah taala dan rasul dulu. Mereka lupa ajak orang taat Allah taala dan Rasul. Tapi mereka ajak orang taat mereka.

Rais Yatim tadi mahu jadikan berita tv1 kembali ke jam 8 malam. Ini adalah agenda yang merosakkan. Apa alasannya? Alasannya ialah waktu jam 8 adalah waktu terbaik untuk menonton tv.

Namun bukankah Maghrib waktu ibadah dan mendengar kuliah. Dia tidak mengambil kira soal itu. Yang penting, apabila ada rungutan tentang perubahan waktu ke jam 9. Maka pindah semula ke jam 8.

Dia tak dengar rungutan ulama dan orang yang berada di masjid. Ini kerana dia pun bukan ada di masjid untuk mendengar kuliah dan nasihat. Dia rasa dia dah hebat. Dia rasa dia boleh baca Quran dengan baik.

Tok Guru Haji Hadi yang alim pun masih nak belajar. Dia yang jahil tak nak belajar pula. Dia tak taat kepada Allah taala. Dia tak taat kepada Rasul. Macam mana orang nak taat pada dia?

Sampai sekarang, terngiang-ngiang di telinga saya, “Semakin banyak kita solat, semakin banyak penipuan kita kepada Allah taala”.

Aduh ustaz, cukuplah, saya rasa sangat terpukul…


6 Cadangan/Pandangan:

Unknown on 19 April 2009 pada 10:26 PTG berkata...

salam...wah,,benar kata tuan...kasi doa sama saya.....ye

H.Faris on 19 April 2009 pada 11:50 PTG berkata...

Alhamdulillah, kalau kesedaran ini wujud dlm diri pimpinan kita, tp amatlah malang 1000 kali malang bg sesiapa yg hatinya seakn2 X merasakan ape2 kesalahan bg mereka apabila beribadah tp tidak wujud drp jiwanya satu kekhusyukan dan bila terbuat maksiat, tdk timbul rasa dirinya semakin tidak bernilai disisi Tuhannya.mereka hanya berdegar2 di luar bercakap mgenai jihad, tp hakikiatnya jiwa mereka masih kosong. mgkin tarbiyah yg diterimanya sudah mantap, tp dr sdut pelaksanaannya, mrka sbnarnya 'fail'...
smga kita tidak hanya menekankan pengisian rohani secara teori, ttpi pelaksanaannya secra amali, itu yg lg penting.
"Semakin dirinya dirasakan rendah dan x bernilai, semakin tinggi jiwanya disisi TuhanNya, semakin mahal harga dirinya bg membayar harga sebuah Keredhaan Tuhannya."

Ummu Jauharah on 20 April 2009 pada 12:59 PG berkata...

Kena banyak bersabar..ingat semua berhikmah..

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullah..nak exam baru doa lama2,dtimpa musibah baru slat hajat,tengah susah baru sjud lama2..
moga penekanan terhadap pengamalan tarbiah lebih diperkasakan..

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL on 20 April 2009 pada 8:58 PG berkata...

Dalam dunia ini, hanya KITAB AL QURAN saja yang berani menyatakan bahawa

"Kitab AL QURAN ini TIDAK ADA KERAGUAN padanya,petunjuk bagi mereka yang bertakwa" (Al Baqarah :2)

selain darinya tidak siapa yang berani mengaku bahawa mereka betul...

Marilah sama-sama difikirkan...IA

Sharin Sulaiman on 22 April 2009 pada 3:13 PG berkata...

ingat kita menuntut ilmu kerana ingin mengenali Allah S.W.T dan mendekatkan diri dengaNya sebagai hambaNya yang lemah

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE