Dalam siri yang pertama, kita telah membincangkan tarbiah dalam konteks: melihat kondisi semasa dan siapa sasaran tarbiah. Maka pada kali ini kita ingin melangkh ke ruangan perbincangan yang lain pula.
Apakah manhaj kita mempersiapkan ahli yang mampu menjadi Imam dalam solat? Sama ada solat fardhu, solat tarawih mahupun solat jenazah. Mampukah ahli kita membaca al-Quran dengan baik, dan fahamkah ahki kita tentang rukun solat jenazah, atau solat kusuf dan khusuf.
Maka manhaj tarbiah mesti mendorong kepada dua perkara yang ingin saya fokuskan iaitu:
1- Penghafalan al-Quran
2- Pembetulan bacaan al-Quran
Seseorang yang masuk ke dalam sesebuah persatuan atau universiti, maka biasanya akan timbul dua persoalan.
Pertama: Apa yang persatuan atau universiti sediakan
Kedua: Apa bentuk end-product yang mahu dihasilkan
Mungkin jamaah akan melatih ahli menjadi orang yang panda berdikari. Tetapi apakah jamaah tidak teringin menyiapkan satu manhaj dalam melahirkan ahli yang menghafal al-Quran? Dan betul bacaannya.
Sekiranya pengajian di Jordan mewajibkan hafalan Surah Ali Imran di peringkat MA dan Surah l-Baqarah di peringkat PhD, maka bagaimana dengan jamaah. Begitu juga dengan sistem pengajian Mesir yang menekankan hafalan al-Quran.
Tidakkah kita berasa rugi? Berada dalam jamaah tetapi tidak menghafal al-Quran dan tidak digesa ke arah itu. Maka kuranglah dalil dan hujjah kita. Lemahlah pidato kita. Cacatlah pembentangan kita. Kita hanya mampu menggunakan logik akal dan pengalaman tanpa dalil yang qat’i.
Hasilnya, jamaah tidak melahirkan satu kumpulan yang menjadikan al-Quran sebagai mainan bibir mereka. Jamaah juga tidak berhasil melahirkan orang yang boleh menjadi Ima. Atau ahli parlimen yang boleh menggunakan ayat al-Quran sbagai pelengkap hujjah.
Tidakkah itu satu kerugian yang besar?
Maka dalam fiqh tarbiah, sesuai dengan pembawaan Nabi Muhammad SAW, satu sistem dan manhaj yang baru mesti dibentuk. Sebagai contoh:
Sem Pertama: Ahli mesti menghafal Surah al-Muzzammil dan al-Muddaththir
Sem Kedua: Ahli menghafal Surah Muhammad dan al-Fath
Sem ketiga: Ahli Menghafal semua juzu’ 30
Sem keempat: Ahli menghafal juzu’ 29
Naqib memainkan peranan memastikan hafalan berjalan dengan baik. Namun awas, menghafal memang senang tetapi menjaganya payah. Maka satu sistem penjagaan hafalan mesi dibuat.
Antara kaedah yang boleh dilaksanakan ialah:
1- Adakan ujian hafalan al-Quran kalangan jamaah untuk melihat sejauh mana penjagaan mereka
2- Ujian berdasarkan tulisan dan bacaan
3- Ujian praktikal ialah dihantar ke mana-mana surau untuk menjadi Imam
4- Peringkat terakhir dalam dua sem terakhir, ahli tidak perlu lagi menghafal, cuma mereka perlu mengulang-ulang semula hafalan mereka agar tidak luput dari ingatan.
5- Adakan imtihan syamil (ujian menyeluruh) untuk kesemua hafalan mereka sebelum tamat sesi pengajian
6- Berikan sijil penghargaan kepada yang berjaya
Anda mesti mencubanya. Jangan berasa takut. Sekurang-kurangnya, juzu’ 29 dan 30 dalam genggaman ingatan ahli. Jangan fikir ia mustahil. Manhaj jamaah mesti dibentuk maka akan datanglah kesungguhan tersebut.
Jika tidak, kita akan rugi. Tidakkah kita berasa amat rugi, kita mampu melahirkan orang yan mampu melaksanakan program, ahli politik, tetapi kita tidak mampu melahirkan orang yang menghafal al-Quran.
Ia sangat rugi. Maka jangan berlengah lagi. Mulakan sekarang setelah anda menamatkan bacaan ini. Sekian, kita berjumpa dalam siri kuliah Fiqh Tarbiah seterusnya, Insya-Allah.
5 Cadangan/Pandangan:
assalamualaikum..ana sangat tertarik dengan manhaj ini..selain dari itu,patut diselaraskan juga buat mereka yang dah pernah menghafal..memang betul kata us..menghafal mudah tetapi untuk menjaga sangat sukar..perlukan semangat mujahadah yang amat tinggi..waLlahua'lam..
salam...
penah gak wat cam ustaz ckp tu lu ngan kawan2...tapi hafalan muqaddam je la..tp,yg sedihnya kami x istiqamah..
tertarik sangat ngan tarbiah usatz kal ni..moga boleh jadi idea untuk yang msh merangka modul usrah dan pemimpin persatuan..insya allah.moga selalu diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH.
salam..cadangan ustaz sgt bagus..ana memg teringin sgt nak menghafal dan istiqamah tapi kalo sorg2 rase macam x kuat..perlukan manhaj yang sesuai..
Tarbiah adalah wasilah untuk membentuk 10 muwasofat tarbiyyah pada diri individu muslim bak kata Imam Hassan al-Banna:
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami",
1. Salimun Aqidah (akidah yang sejahtera)
2. Sahihul Ibadah (ibadah yang sahih)
3. Matinul Khuluq (akhlak yang mantap)
4. Qawwiyul Jismi (sihat tubuh badan)
5. Mutsaqqafal Fikri (berpengetahuan luas)
6. Qadirun Ala Kasbi (mampu berusaha/berdikari)
7. Mujahadah ala nafsi (mampu melawan nafsu)
8. Harithun ala waqtihi (menjaga waktu)
9. Munazzamun fi syu'unihi. (tersusun dalam urusan)
10. Nafi'an li ghayrihi (bermanfaat kpd org lain)
Allahu a'lam
benar kata "tanpa nama" yang d atas
dan menghafal juzuk 30 memang termasuk dalam muwasofat tahimidi lagi... jadi sesiapa yang sudah berada pada level muayyid. yang sudah bergelar naqib/murobbi, maka ada lagi yang terkurang...
sebelum melangkah lebih jauh... berhenti sejenak dan semak semula
perkemaskan diri kita..ayuh!
Catat Ulasan