Selasa, 28 April 2009

KULIAH FIQH TARBIAH (SIRI 1)


Tarbiah melihat kepada dua faktor yang utama. Pertama, kondisi atau situasi semasa. Kedua, melihat kepada sasaran.

Sebagai contoh, suasana mempertahankan kesucian umat Islam membuatkan Solahuddin al-Ayyubi banyak menumpukan kepada peperangan. Maka tarbiah beliau ialah askariyah.

Apa situasi yang sekarang melingkungi kita pada masa sekarang. Mungkin kita boleh sebutkan beberapa keadaan merangkumi:

1- Serangan pemikiran seperti nasionalisme, kapitalisme, dan sebagainya yang semuanya berteraskan liberalisme
2- Ketandusan kepimpinan yang mempunyai daya untuk mengemukakan satu sistem yang baru untuk Malaysia
3- Keserabutan akhlak dan kerosakan sosial yang makin mencengkam dan menggigit



Maka bagaimana tarbiah mesti dibentuk dalam menghadapi situasi seperti ini. Atau mungkin dalam kerangka yang lebih kecil, kita melihat kepada kemahuan persatuan sahaja. Mungkin persatuan kita kekurangan

1- Pemikir dan perancang
2- Pengurus dan pentadbir
3- Kepimpinan yang efektif
4- Pengurusan ekonomi yang mantap

Maka segala bentuk tarbiah mestilah menjurus ke arah ini. Bukankah cantik sekiranya dalam tarbiah ‘takwin’ atau pembentukan, ahli persatuan dilatih mengikut keupayaan dan keinginan mereka? Dan biarlah sesuai dengan kehendak semasa. Maka sebagai contoh

1- Buat kelas melatih pakar ekonomi. Apa bentuk latihan? Bentangkan teori ekonomi seperti kapitalisme dan komunisme serta perbandingan dengan ekonomi Islam. Setelah itu, buat praktikal seperti minta ahli yang dilatih untuk menghabiskan jualan dadih sebanyak 20 kotak dalam masa satu minggu.
2- Buat kelas melatih pengurusan cemerlang. Bentangkan beberapa teori pengurusan yang baik seperti BOS, Six Sigma dan 5S. kemudian minta ahli untuk kendalikan satu program bagi mengasah ketajaman mereka.

Perkara kedua, tarbiah perlu melihat kepada sasaran tarbiah itu sendiri. Sekiranya sasaran kita orang yang sangat menjaga akademik dan mencintai ilmu pengetahuan, maka sepatutnya ia terus didorong untuk menjadi ilmuan yang akan menabur khidmat kepada Islam kelak.

Mudah kata, tarbiah biarlah sesuai dengan sasaran kita. Sekiranya ia seorang pemarah, maka mesti dilayan dengan penuh ramah. Sekiranya ia seorang yang kedekut, maka dilatih supaya menjadi pemurah. Sekiranya ia pemalas, maka mesti ditarbiah menjadi orang yang rajin.

Setakat ini sahaja kuliah fiqh tarbiah kita buat siri satu dengan kita simpulkan dua perkara:

1- Tarbiah mesti melihat kepada kondisi atau situasi
2- Tarbiah mesti melihat kepada sasaran

sekian terima kasih.

3 Cadangan/Pandangan:

Ummu Jauharah on 28 April 2009 pada 7:38 PG berkata...

salam,ana setuju,di USM ada juga bengkel-bengkel,masalahnya,mahasiswa tak nak involve,mereka lebih suka dengan course masing2,discuss pun pasal research,science,sebab ana budak biology,mereka tak nak involve,walaupun persatuan dah buat macam-macam..macam mana ustaz?

Tanpa Nama berkata...

ustaz...

sekadar pandangan...


ana rasa yang paling utama... tunjang tarbiyah itu sendiri.. bagaimana manhaj itu membentuk para kader dakwah dari satu marhalah ke satu marhalah... dari seorang yang mati jiwa nya kepada yang hidup bergerak


dan pastinya enjin utama adalah halaqah/usrah itu sendiri...

di situ,, bermulalah tarbiyah dari aqidah; makna ilah, hammiyatul syahadah, interaksi syahadah dan dll... hinggalah kpb ghuzwatul fikri dan takwinul ummah

hasil nya... kita melihat perkembangan kader dakwah dgn bagaimana dia dan diri nya, hub dengan ALLAH, menjauhi perang pemikiran, seterusnya bergerak mencari mad'u dan menghidupkan dakwah

bukan sekadar memegang jawatan dan mendapat kan taklif utk membawa usrah....

sebaliknya.. bagaimana sikapnya terhadap kehancuran masyarakat dan kemahuan utk merubah... bagaimana dia bersabar dengan mad'u memulaukannya... usrahnya mati,,,dan kembali membina usrah baru... komitmen nye d uji..


adapun.. hal2 kebolehan nilai tambah.. dari sudut perekonomian, urus rumah tangga, self esteem adalah hal kesamping dalam marhalah2 tarbiyah itu.. yang itu boleh d buat dalam siri2 daurah

kita jangan mengharapkan orang yang langsung tidak pernah d tarbiyah komitmen dengan program kita

yang berlaku di mesir, al akh IM mesir mencetak kader sehinggakan, pak cik petani d tugaskan2 menguasai ilmu2 tertentu seperti hukum2 ekonomi utk target mad'u; di sini terlihat satu hal, yakni "penataan" jamaah utk mengkader mad'u


lagi..tarbiyah mestilah "madal hayyah"... tidak terhenti di kampus... malah ada follow up nya sewaktu cuti... sewaktu habis belajar...

matlamat akhirnya kita mahukan semua orang mempunyai murobbi nya, kerana semua orang hebat yang pernah terwujud, ada murobbinya

tidak kira dari petani hingga ke ahli parlimen...

yang saling menjaga ibadahnya

saling mempunyai daya gerak dari dalam dirinya utk memastikan dakwah ini berlari ke seluruh dunia

bukan pada kepala qiyadah sahaja


dan ini sebenarnya kita sedang membina satu rangkaian umat Islam yang besar.. seolah2 web yang akan menghubungkan kita semua... apa yang qiyadah katakan..akan sampai hingga ke peringkat paling akar...


sekali lagi.. melalui rangkaian usrah/halaqah tadi...


afwan saya katakan.. tidak salah kita mencontohi al-arqam dalam perencanaan takwin nye yang d ketahui umum cukup mantap

saya bukan menyeru kpd mereka dan akidah mereka..tetapi, apa salahnya kita kembali kepada masa 20 tahun lalu utk meneliti pencapaian mereka




sekian

Tanpa Nama berkata...

satu pesan saya buat semua kader dakwah dan diri sendiri


"something living, is something moving"


jangan sibukkan dengan hal siapa betul... tapi betulnya siapa adalah pada diri kita sendiri...


jadikan 4 kunci dakwah kita:
1. minallah (dari ALLAH)
2. ilallah (kepada ALLAH)
3. ma a'llah(bersama ALLAH)
4. lillah (untuk ALLAH)


dan berlapang dada lah.. dan jejak lah pada realiti umat pada hari ini

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE