Setelah yang lalu saya membicarakan soal kepentingan menghafal al-Quran untuk ahli gerakan Islam, maka kini saya ingin berbicara tentang perkara ketiga dalam fiqh tarbiah.
Apakah kita tidak berasa rugi apabila kita berada di dunia kampus, atau dunia gerakan Islam secara umum, tetapi kita tidak mampu memahami beberapa isi kandungan kitab? Apakah kita hanya mahu melihat kitab yang begitu banyak tanpa memahaminya?
Maka alangkah baiknya sekiranya gerakan Islam membuat kuliah umum secara berkala untuk menguasai beberapa kitab yang bermutu untuk dihadam dan difahami. Ada beberapa elemen yang penting dan boleh saya cadangkan dalam perkongsian ini.
Sem 1: Penekanan tentang tasauf dengan mengambil karya al-Ghazali sebagai manhaj. Minhajul Abidin bagi saya sudah memadai untuk ahli gerakan dalam proses penyucian jiwa sebelum benar-benar terjun ke medan perjuangan.
Sem 2: Penekanan tentang tafsir. Pilih mana-mana surah yang penting, lalu ambillah kitab al-Jalalain atau Ibnu Kathir sebagai contoh untuk dipelajari. Dnegan itu, maka kita akan dapat melahirkan lebih ramai ‘penceramah ilmu’ bukannya ‘penceramah air liur’.
Sama ada saudara setuju atau tidak, saya berpandangan, ramai kalangan kita hanya mampu menyampaikan ‘tazkirah (peringatan: suatu benda yang diulang-ulang dan sudah diketahui ramai) tetapi tidak mampu memberikan pengisian ilmu yang baik dan propal.
Sem 3: Kuliah berkaitan dengan Qawaid Fiqhiyah. Saya telah jelaskan dalam ruangn cbox, qawaid fiqhiyah adalah formula manakala usul fiqhiyah pula adalah teras seperti penggunaan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan lain-lain.
Melalui usul, intinbat hukum dapat diambil. Ulama hanya sepakat menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai usul namun khilaf dalam bab lain termasuklah Ijma’ sebagaimana dikritik oleh Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid.
Manakala qawaid pula hanyalah formula. Tidak boleh diistinbat hukum melaluinya. Namun dengan itu ulama mampu memahami sesuatu perkara dengan lebih luas. Qawaid ini berbeza menurut mazhab masing-masing. Contoh qawaid ialah, “Al-yaqin la yazaal bi al-syak” atau “al-dharurah tuqaddar biqadariha”.
Maka sekiranya ahli diberi penekanan tentang tasauf, tafsir, dan akhirnya qawaid fiqhiyah, dengan menjadikan sekurang-kurangnya tiga buah kitab sebagai rujukan, maka ia memberikan kredit yang besar dalam dunia pentarbiahan.
Maka kita dapat melahirkan profesional yang mampu berbicara tentang agama dengan nas bukannya akal. Sekiranya akal, maka rosak perandalah kita.
Akal menafikan non muslim boleh membaca al-Quran. Ini kerana orang berjunub dilarang membaca al-Quran mengikut jumhur (jumhur berbeza dengan ijma’). Maka apatah lagi orang non-muslim, mereka bukan sekadar berjunub bahkan akidah mereka kotor.
Itu akal, sedangkan nas tidak sebegitu. Nas yang memimpin akal bukannya akal yang memimpin. Saya melihat Abdullahi Ahmad al-Naim, seorang Sudan terlalu menggunakan akal dan ia berbangga dengan kekuatan akalnya yang mengkritik ‘kepincangan’ agama kononnya.
Sekiranya akal dan taqlid membabi buta, maka kita berpandangan solat Jumaat adalah pada solat Zohor. Namun nas tidak begitu. Boleh dirujuk pandangan Imam Ahmad yang berpandangan boleh solat Jumaat sebelum tergelincir matahari dan Imam Malik membolehkan solat Jumaat selepas Asar.
Maka ahli mesti belajar banyak perkara. Namun tidak semestinya menjadi tasauf, tafsir dan qawaid fiqhiyah sebagai bahan pembelajaran. Itu sebagai contoh rambang supaya kita sama-sama nampak modelnya.
Apabila orang bertanya, apa kamu dapat setelah menyertai gerakan Islam di kampus, maka kita menjawab, “Saya telah menghafal beberapa juzu’ al-Quran, beberapa buah hadis dan telah mempelajari beberapa buah kitab, Alhamdulillah”.
Boleh juga dipraktikkan model ini di luar. Kita cuba dulu. Yang penting, keberanian mengubah manhaj tarbiah yang sedia ada dalam merancang masa depan Malaysia dan dunia Islam yang lebih cemerlang.
7 Cadangan/Pandangan:
Salam akhi..buleh xplain sikit berkenaan jumhur dan ijma'?apakah perbezaannya?
Syukran
-Afifah Ramdan-
saya cuma baca separuh jer kuliah kali nie. 1st, coz nak cepat...2nd coz saya tak faham sangat ape yg ustaz nak sampaikan.
Agama nie meluas rupanya. Buta sungguh mata n hati saya selama ni.
Banyak sungguh istilah dan perkara tentang agama yang sy tak tahu. Best nya saper yg tahu.
saper dah tahu cepat2 ajar org yg tak tahu... baru manthop gerakan korang.
salam...sedikit perkongsian dari saya mengenai sumber hukum islam.
1. Dalil Qat'ei (sumber UTAMA)
- Al-quran
- Al-sunnah
- Ijma' Ulama'
( kesepakatan ulama' mujtahid sama ada dalam bentuk I'tiqad, kata2 @ perbuatan untuk mengeluarkan hukum dlm sst prkara yg brlaku slpas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.)
- Al-qiyas
( prbndingan di atra satu hukum dlm prkara yg baru wujud dgn prkra yg tlah ada hukm sblmnya di dlm Al-Quran & as-sunnah.
2. Dalil Zanni (sumber Tambahan)
- Istihsan
- Masalih al-Mursalah
- Uruf
- Istishab
sumber hukum islam ini juga digunakan dalam menilai & melaksanakan segala transaksi yg terlibat dlm perbankan & kewangan islam. Shariah Supervisory Board (SSB), adalah salah satu badan yg brtanggungjwb dlm meluluskan urusniaga perbankan & kewangan islam di Malaysia.
ISLAM YG SYUMUL
terima kasih.
-Kewangan Islam_The Beach Campus-
assalamu'alaikum ust,bagaimana kalau setiap sem diadakan kuliah meliputi ketiga-tiga tajuk tersebut?menyentuh soal tasauf,qawaid fiqhiyah dan juga tafsir
wah.. mantap ustaz..
ana ada sedikit masukan.. cantik kalau kita boleh bedah buku tsaqafah daieyah, yusuf al qaradawi...
banyak membincangkan basic tools kepada pada daie.. ya, umum nya kpd kita semua... para murobbi/ naqib sakalian
in term, bukan penceramah shaja kna kuasai.. tp setiap al-akh
sekadar perkongsian..sblm sy masuk kampus, sy mengikuti beberapa siri kuliah mingguan di surau2 dan masjid berdekatan. kuliah banyak membicarakan tentang tasauf & fiqh, usul fiqh, sirah dan tafsir. lantas, bila sy ditawarkan ke 1 uni, sy tau ade jemaah yg sy perlu ikut. sy hrpkan masih dapat lg pengisian sblm ni dlm kampus nnt.. tapi, agak kecewa sbb segalanya seolah2 hilang. rindukan pengisian & majlis ilmu..
Mohon pandangan ustaz tentang golongan bukan ustaz/usatazah yang cuba untuk belajar ilmu seperti qawaid fikhiyyah yang merupakan tajuk tahun kedua didalam pengajian islam biasanya. Bukankah ianya termasuk didalam kategori ilmu yang memerlukan asas dalam pengajian islam dahulu?
Ana tanya kerana belakangan ini ada golongan profesyional yang sudah berani berdiri sama tinggi dengan golongan assatizah, sedangkan ilmu yang dipelajari adalah didalam kursus-kursus ringkas dan tanpa latar belakang yang sepatutnya. Kemudian, mereka dijemput memberikan ceramah dan kuliah.
Catat Ulasan