Khamis, 30 April 2009

FIQH TARBIAH (4)


Baik buruk dalam agama ditentukan oleh nas bukannya akal. Meskipun Mu’tazilah berpandangan akal menentukan, namun pandangan itu ditolak. Ini bukan bermakna saya bertaqlid tanpa berfikir kepada pandangan kumpulan Asya’irah, tetapi inilah hasil pengetahuan ilmu saya.

Maka ilmu yang akan membantu. Betapa baiknya sekiranya manhaj tarbiah dibentuk dalam melahirkan ahli berilmu dan berpengatuan. Tidak perlu terlalu tinggi, tetapi dapat secukup rasa pun jadilah. Selebihnya adalah bergantung kepada usaha peribadi.

Alkisah disebutkan seorang tasauf, faqih dan qari’ dalam perjalanan. Apabila tiba waktu solat, salah seorang daripada mereka bertanya, “Siapa yang akan menjadi Imam?”

Maka berkatalah ahli sufi, “Biar saya yang menjadi Imam lantaran kebersihan hati adalah yang terpenting bagi sesiapa yang menjadi Imam,” katanya sambil mengambil tempat Imam.



Baru sahaja ia memulakan solat, orang fiqh mufaraqah (keluar daripada solat) dan mengkritik orang sufi. Ini kerana solat orang sufi tunggang-langgang tidak berlandaskan hukum fiqh.

“Jika begini solat kamu, biar saya jadi Imam,” katanya sambil menggantikan tempat orang sufi menjadi Imam. Takbirnya cantik namun bacaan al-Qurannya teruk. Tajwid tidak tepat. Ini mengundang rasa resah kepada Qari lalu meminta agar solat dihentikan.

“Biar saya pula menjadi Imam. Saya terlath dalam bacaan al-Quran. Tajwid saya bagus,” katanya.

Apabila orang Qari menjadi Imam, dengan bacaannya yang nerdu dan sedap, tajwidnya tersusun, maka berpuas hatilah mereka. Sehingga selesai solat, kedua-dua sahabatnya memuji-muji Qari’ yang dapat menjadi Imam dengan baik.

“Sedap betul suara kamu, macam Sheikh Sudais Imam Mekah?” puji orang sufi.

“Betul ke sama?” tanya Qari.

“Betul akhi, suara kamu merdu sungguh. Terbuai-buai perasaan saya dibuatnya,” orang fiqh pula memuji. Qari berasa sangat gembira seraya berkata, “Ha, itu saya belum ambil wudhu’ lagi. Jika tidak, pasti suara saya lebih sedap,” katanya bangga.

Manakala dua orang sahabatnya terlopong.

Ini satu kes yang biasa dijadikan bahan cerita lelucon. Kesimpulan daripada cerita ini ialah, ahli gerakan mesti dihiaskan dengan tiga elemen yang penting merangkumi kesufian, ilmu fiqh dan juga ilmu bacaan al-Quran. Itu jika berdasarkan cerita ini.

Teras dan sendi agama itu ialah ilmu Tauhid, syariat dan hakikat. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Apa manhaj yang dibentuk bagi melahirkan ahli yang dapat meskipun seceduk ketiga-tiga ilmu ini?

Ahli yang berjiwa sufi dan membersihkan hati. Apa formula gerakan atau jamaah?

Ahli yang pandai dalam bidang hukum-hakam sekurang-kurangnya asas. Jika tidak, malu menjadi suami atau isteri tetapi tidak berilmu.

Bagaimana pula dengan bacaan al-Quran?

Ini persediaan menjadi pendakwah, juga sebagai suami. Seorang isteri bergantung kepada suami yang berilmu untuk mendidik mereka. Seorang suami juga begitu. Seorang anak mahukan sentuhan tarbiah ayahnya. Bukankah begitu?

Baik, adakah logik sekiranya jamaah mengadakan kelas ilmu ekspres? Jika saya dahulu mencadangkan agar dikuasai beberapa perkara termasuklah Qawaid Fiqhiyah, maka kelas ekspres mampu menjadi jalan penyelesaian.

Cukuplah dua minggu sekali dengan syarat istiqamah. Jangan diberat-beratkan tetapi belajar dalam suasana santai dan menarik. Penuh dengan daya kreativiti. Dengan itu, barulah kita boleh menjadi pendakwah, suami dan ayah atau isteri dan ibu yang berjaya.

Perkara ini tidaklah susah. Ia mudah. Tidak perlu dibincangkan benda-benda yang berat. Bincangkan yang ringan, sesuai untuk khalayak yang umum.

Sesungguhnya masyarakat banyak bertanya tentang fiqh dan hukum-hakam. Maka kita mesti bersedia. Kemudian dalam manhaj tersebut, hendaklah jamaah sediakan ujian untuk melihat prestasi ilmu kalangan penuntut.

Kita mesti mencuba. Jika bukan sekarang, bila lagi.

Kata Tok Guru Nik Aziz kepada Mudir Pondok Moden, “Sekarang kita kekurangan alim ulama”







1 Cadangan/Pandangan:

Mahmud Syarif berkata...

ana stuju dgn abg memng kita kurang alim ulama,

semasa ana menghadiri wacana perdana najuran suk kelate di balai islam,
panael pada malam itu adalah saifudin nasution dn prof abu hasan hasbullah, pada mlm itu prof bnyak sentuh isu negara dan bnyk hentam msrkt kelantan yang masih buang sampah di tepi jalan, semasa soal jawab ada seorang audien bgun dan mempersoal kan kenapa prof x bercakap pasal islam, pakcik sebelah ana ckp, ini mmg memalukan sbb gayanya bertanya mmg x hormati majlior dan masih lagi mahu bercakap panjang walaupun dibantah moderator
bagi ana keseluruhan rakyat kelantan , kebanyakan sebenarnya masih lg berfikiran jumud dan x bnoleh terima cemuhan org lain dan susah menerima benda buruk,,,,,, lihat kejadian di stadium sultan mohamad baru2 ini......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE