Khamis, 30 April 2009

cerita pendek


Ketika orang berbicara Islam sebagai alternative dan pilihan, maka saya berdiri membantah teori ini. Islam bukan lagi alternatif sebaliknya Islam mesti dijadikan tiang seri.

“Kenapa saudara berpandangan Islam bukan lagi alternatif?” tanya Pak Jib.

“Sejak bila Islam menjadi alternatif? Islam adalah yang terutama dan tiada yang lebih utama berbanding Islam,” saya menjawab sambil menghirup kopi yang terhidang. Suasana kedai itu mula teralih kepada kami berdua.

Tiba-tiba Pak Lah mencelah, “Habis tu, yang Tok Guru anjurkan konsert alternative, panggil Mawi. Kamu kecil-kecil berani lawan Tok Guru,” dia ternyata geram tidak berpangkal.



Saya hanya tersenyum sambil menghirup koti seteguk dua. Sambil meneguk, saya memikirkan apakah ayat terbaik untuk diungkapkan.

“Pak Lah, apa yang Tok Guru buat itulah Islam. Bukannya alternatif. Kita yang tersilap faham,” saya menjelaskan. Pak Lah tercengang. Mak Endon yang sedang membasuh pinggan turut memasang telinga mendengar perbualan antara kami.

“Alternatif adalah pilihan. Tandas sekarang, banyak yang duduk bukan lagi mencangkung. Tudung hanya menjadi fesyen bukan menutup aurat. Banyak lagi yang hanya jadi alternative dan rujukan kedua atau ketiga, bukan lagi yang terutama,” saya tambah lagi.

“Eh, aku dengar korang anak muda nak buat konsert. Ha, yang itu pun bukan alternative ke?” Pak Yidin pula menyampuk. Saya tersenyum melihat pakcik-pakcik yang selalu menghabiskan masa di kedai kopi dengan bermain dam itu.

“Pak Yidin, konsert yang kami anjurkan memang tidak berniat untuk menunjukkan soal Islamik atau tidak. Bukan itu tujuan utama kami,” terang saya. Lagilah mereka terlopong. Riuh satu kedai bila saya mengeluarkan pernyataan sebegitu.

Inilah korang, terlebih bijak pun susah sangat. Tadi sembang tentang Islam, sekarang korang belakangkan Islam,” Pak Ku Li tiba-tiba je angin. Susah betul, sudahlah buta tidak mahu bertongkat. Jika tidak tahu, bertanya. Jangan bawa fitnah. Sesungguhnya pada fitnah ada nasi tambah.

“Maksud saya, bukanlah kami taknak buat yang Islamik. Kami akan buat yang Islamik. Jika tidak, kami tidak akan jemput Tok Guru. Cuma saya katakan, bukan itu tujuan utama kami,” kata saya. Pak Ku Li masih membebel tidak mahu mendengar penjelasan.

Biasalah. Satu jenis taknak dengar penjelasan dan masih berada dalam kejahilan yang gelap. Satu jenis, tukang tabor cerita siap dengan cerita israiliyat yang banyak tambahannya. Satu lagi, sentiasa bersangka buruk dan tidak mahu bertanya. Macam-macam jenis manusia.

Alih-alih, kita yang dimarahnya. Walhal mereka tidak mahu mendengar. Jika mahu mendengar sekalipun, tidak mahu berfikir.

“Pak Ku Li, dah ramai orang buat konsert ala Islamik. Benda tu benda pasti. Kami takkan tinggal. Macam saya mahu pergi kenduri, saya kata saya nak makan gulai. Tapi, adakah saya hanya mahu maka gulai? Tentulah tidak. Mestilah saya pun mahu makan nasi,” jelas saya lagi.

“Kami tidak mahu menunjukkan bukan tidak mahu buat. Bukankah saya dah kata, Islam itu pasti. Islam itu bukan alternative,” terang saya lagi.

Susah cakap dengan orang-orang kedai kopi. Mereka hany berada di kedai kopi. Mereka hany dengar cerita kedai kopi. Mereka taknak buka pemikiran dan meluaskan pandangan mereka.

Mereka hanya tahu menyalahkan bukan mahu berbincang. Susah saya dibuatnya.

“Oh ye, bila konsert kamu tu?” tanya Pak Jib.

Saya tersenyum.











3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
ust dzul, artikel menarik..lagaknya spt sembang bersama pakcik2 kampong je...oohh~ patutnye mak Mah yg basuh pinggan mangkuk, bukan Mak Endon..

-BasyirahAbdRahman-

tariq_ziad on 1 Mei 2009 pada 8:22 PTG berkata...

" Kami tidak mahu menunjukkan bukan tidak mahu buat"

sy suke ayat nih
truskan membuka minda pejuang muda ustaz

Syaf on 2 Mei 2009 pada 8:32 PG berkata...

Assalamualaikum wbt, ruangan komentar ustaz dzul untuk konsert antara dunia mendapat sambutan, ana kagum dengan respon mahasiswa-mahasiswa. Kali ni ana tampil bukan untuk berbalah, tapi sekadar cadangan untuk diambil kisah oleh penganjur konsert nanti. Antara perkara yang perlu diberi penekanan mungkin:

1. tidaklah penganjur sehingga LARI NIAT dan MATLAMAT asal iaitu untuk memperkenalkan agama Allah yang tercinta, agama Islam kepada masyarakat, bukan untuk mempopularkan GAMIS semata-mata dan sebagainya.

2. ambil kisah soal menjaga IKHTILAT, di sini ana bagi contoh seperti konsert Shoutul Harakah di Indonesia, meskipun remaja-remaja lelaki terlompat-lompat mendengar lagu jihad, tapi yang penting tempat duduk dipisahkan antara MUSLIMIN dan MUSLIMAT. Tidak mustahil GAMIS mampu buat asalkan GAMIS berkuasa penuh ke atas struktur penyusunan penonton dalam stadium dan pengunjung yang keluar masuk stadium. Ana yakin GAMIS mampu buat, insyaAllah.

3. sediakan plan tindakan semasa perjalanan konsert yang SANGAT-SANGAT tersusun, pastikan semua urusetia HADAM & FAHAM dengan plan tersebut.

4. jangan lupa atau ketepikan SOAL REMEH-TEMEH yang jika tersilap boleh memberi imej buruk kepada GAMIS sendiri; seperti adab dan etika ARTIS ketika menyapa penonton dan sebagainya.

5. GAMIS perlu bertindak PROFESSIONAL untuk menguruskan VIP seperti TGNA, menteri-menteri dan artis yang akan hadir pada konsert tersebut. Dengan kata lain, pentingkan protokol. Boleh juga kalau nak adakan brainstorming protokol bersifat islamik yang lain dari yang biasa kita lihat. Terpulang.

6. saya cadangkan juga GAMIS tidak ketinggalan untuk menyampaikan idealisme mahasiswa Islam kepada masyarakat contohnya melalui penerbitan risalah ketika konsert atau ucapan presiden GAMIS sendiri.

7. Konsert ini mungkin boleh dikatakan penampilan baru GAMIS di mata masyarakat, atau first impression yang akan menentukan imej GAMIS selepas ini. Jangan lupa, kita sedang DIPERHATIKAN. Boleh jadi ada "pihak" yang sudah mula "BERMESYUARAT" atau menyusun langkah untuk memporak-perandakan konsert ini, sama ada untuk jangka masa PENDEK atau PANJANG. So, we have to be MORE ready!!

Sekadar itu sahaja, kalau ada lagi cadangan insyaAllah ana cuba kemukakan. Teruskan usaha, ana juga akan terus bersama-sama GAMIS dalam memenangkan agama Allah SWT, insyaAllah. Doakan ana juga. Wallahu'alam. Asif.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE