Jumaat, 1 Mei 2009

FIQH TARBIAH (5)


Fiqh Tarbiah kali ini membincangkan tentang adab menjemput penceramah ke tempat program. Kesimpulan yang dapat kita buat untuk awal-awal, ramai kalangan kita ahli gerakan kurang memiliki adab dalam menjemput penceramah ke program.

Mungkin kerana ahli gerakan tidak profesional lantaran tidak terbiasa dengan program luaran yang besar. Mereka lebih biasa dengan program bersifat dalam sahaja.

Antara kesilapan yang dilakukan ialah:

1) Tidak memperkenalkan diri

“Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, ustaz free ke hujung minggu ni?”

Ini adalah satu kesilapan yang besar. Kita perlu ingat satu formula, bukan semua orang kenal kita. Saya dulu sebut pada diri saya, “Aku bukan orang popular sampai semua orang perlu kenal siapa aku”. Kita juga perlu ingat, penceramah ‘tiada masa’ untuk simpan nombor kita.




2) Bahasa ganti nama

“Ustaz, enta (awak/kamu) boleh bagi ceramah …”

Ha, ni satu kesilapan yang tidak dapat dimaafkan. Kita mesti ajar diri kita, kepada yang lebih tua, jangan panggil enta atau enti. Mesti guna ganti nama yang sesuai seperti abang, kakak, ustaz atau ustazah. Jika ia berpangkat Dr, kena panggil Dr. jika ia Prof, panggil Prof. Begitu juga YB. Melainkan jika ia biasa dengan penggilan lain seperti Tok Guru.

3) Hanya SMS untuk yang penting

Jika SMS tetapi disusuli dengan beberapa ayat yang bagus seperti,

“Maaf ustaz, ana SMS dulu sebagai makluman awal. Nanti ana call balik ye”

Atau, “Maaf ustaz, tadi ana dah cuba call ustaz tapi ustaz tak angkat. Ana bimbang ana ganggu ustaz. Jadi ana SMS dulu ye ustaz…”

4) Ketawa

Seorang ustaz menghubungi saya dan berkata, “Zul, ana minta maaflah nak cakap dengan enta ni. Ada ke muslimat kampus enta, call ana sambil gelak-gelak. Ingat nak mengorat ana ke?”

Kalau muslimat tu kawan baik dia, sebaya, atau saudara, tidak mengapalah. Boleh lagi dimaafkan. Tapi ni entah sape2.

Maka saya mencadangkan beberapa perkara dalam bab ini.

1) Minta maaf kerana takut mengganggu
2) Tanya boleh cakap atau tidak
3) Perkenalkan diri
4) Tanya khabar penceramah atau terus doakan kesihatan dia

Maka sebagai contoh permulaan yang baik ialah:

“Assalamualaikum ustaz, saya mohon maaf kerana mengganggu. Saya Amin dari USM, boleh saya cakap dengan ustaz sekarang?”

Sesungguhnya meskipun dalam gerakan, kita tetap berhubung dengan manusiawi yang punya rasa manusiawi. Bukannya kita berhubung dengan robot. Kita tidak kaku dan kita suka jika hidup ini penuh rasa hormat.

Nabi SAW sendiri menyuruh kita memanggil orang dengan penggilan yang disukainya, atau yang selayak dengannya. Maka dengan ustaz, tidak boleh dipanggil ‘enta’, atau dengan kakak, tidak boleh dipanggil ‘enti’.

Tidak boleh juga panggil nama dia tanpa diiringi dengan ganti nama yang bersepadanan.

Sebagai contoh, jangan dipanggil Sabariah yang lebih tua dengan panggilan “Sabariah” tetapi biarlah diiringi dengan Kak Sabariah atau ustazah Sabariah.

Mungkin kita rasa tidak mengapa, tetapi ramai yang rasa tidak boleh. Adapun saya, apabila orang tidak beradab menjemput saya, saya akan terus patungkan diri.










9 Cadangan/Pandangan:

Ghazalialsandakani on 1 Mei 2009 pada 10:37 PTG berkata...

Assalamualikum..

Panduan yang baik...
tapi perkara ini sepatutnya telah ada dalam jiwa ahli gerakan...
Profesional melakukan gerak kerja..

Ikhwanul Mujahid on 2 Mei 2009 pada 2:10 PG berkata...

Alhamdulillah.
terima kasih ustaz..
walaupun benda ni nampak simple tp ramai yg abaikan.
trima kasih ustz.

jalilah berkata...

salam. terima kasih ustaz kerana bagi panduan ni. walaupun nampak perkara ni kecik tapi kalau tak diaplikasikan secara profesional boleh bagi kesan pada hati seseorang.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...

Amat baik panduan yang ustaz berikan,,sbgai umat Islam Even ahli gerakan apatah lagi, kita perlu memiliki adab, muamalat kita dalam pelbagai perkara.

A. Ubaidillah Alias on 4 Mei 2009 pada 7:31 PTG berkata...

Nasihat yang AMAT BAGUS

Saya sudah berkali-kali melalui HAL sebegini. Kecil hati itu tidak lah. Saya juga pernah dijemput memberi ceramah di UM Nilam Puri. Bukan sekali, tetapi beberapa kali sudah.

Dan 'Cara Menjemput' itu masih perlu diperbaiki. Biasanya jika siswa lelaki yang berhubung, memang tak perkenalkan nama dan JAUH SEKALI untuk minta izin nak bercakap. Kekadang saya terpaksa potong 'Boleh ana tahu nama orang yang bercakap'... atau 'Maaf, saya sibuk...hubungi sebentar lagi ya'

Seingat saya, hampir majoriti pelajar yang menghubungi saya tidak bertanya 'Ustaz sibuk ke sekarang? Boleh berbual sekejap?'. Selalunya, mereka terus kepada point tanpa bertanya hal kita terlebih dahulu.

Berbeza dengan muslimat...santunnya lebih dari muslimin. Apapun...inilah proses membina akhlak. Terima kasih kepada dzulkhairi kerana menulis catatan sebegini. Pakat2 baikilah diri.

Hal ini bukannya besar sangat. Tapi perlu dihalusi dan diamalkan. Barulah ISLAM tampak lebih indah dan profesional. Bukan sekadar jaguh kampung.

dak IPTS berkata...

amboi ustaz... terkejut saya baca ulasan ustaz yang terakhir tue. Ustaz akan terus patungkan diri ker?

Bagi sy itu lagi tidak beradab. Maafkan sy ustaz, tapi inilah harga yg perlu dibayar oleh ustaz selaku orang popular dan 'dikehendaki' ramai. Ramai yg nak jemput ustaz, jadi ramailah dan macam2 ragam org jgklah yg ustaz kena layan.


Takkan lah kerana kesilapan ayat2 yg kurang elok dihantar oleh seseorang, yg mungkin ilmunya kurang.... ustaz buat tak layan????

Jadilah sebagai pemimpin yang berlapang dada.

Rugi kalau ustaz terus tak layan orang yang sms tue... ntah2 terus tak jadi wat program... ataupun hilanglah input2 berharga yg sepatutnya diberi oleh seorang yg berkaliber mcm ustaz... hanya kerana smsnya tidak dilayan....rugi owh rugi...

---saya cakap jer...---


(^_^)

A. Ubaidillah Alias on 5 Mei 2009 pada 6:20 PTG berkata...

Assalamualaikum

Kepada 'Dak IPTS', ana setuju dengan kata2 enta. Kita kena layan jika dirasakan wajar. Apakan daya, ana pun manusia yang lemah juga. Yang kurang di pihak ana, tetap ana akui. (Dan memang ana banyak kekurangan) Yang kurang dipihak orangpun, ana terima dengan lapang dada. Kecil hati tu, bukan sokmo. :D

Soal SMS tak dilayan, rasanya jarang benar ana abaikan. Kecuali terlupa. Manusia, memang selalu terlupa bila sibuk. Soal menjadi orang popular dan dikehendaki ramai, itu juga suatu ujian. Ana setuju dengan apa yang diperkatakan dengan 'dak IPTS' Kena banyak sabar...sabar sebagai seorang manusia.

Apapun, nak jadi orang 'popular' kena faham fiqh aulawiyat. Allah berfirman "Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"...bererti hak dan tarbiah keluarga perlu diutamakan. Jika duk ceramah sana-sini, anak dan isteri tak pernah kita nasihati. Dikhuatiri kita mencicirkan tanggungjawab utama kita. Saya lihat ramai orang agama 'terlebih' berceramah daripada 'mendidik' keluarga sendiri. (Saya risau juga dengan diri saya. Mohon Allah pelihara)

Kadang2 saya juga takut, bila banyak masa di luar...ada hak di dalam keluarga yang kita 'lepaskan'. Sedangkan, kita lihat ramai keluarga atau anak2 akhir zaman 'Rosak dan porak-peranda' disebabkan 'BAPA' tidak mendidik keluarga. Inilah ujian kita semua, sebagai umat akhir zaman.

Baguslah...pakat2 tegur. Ana tegur orang lain, orang lain tegur ana. Sama2 bina akhlak dan adab.'Watawasau bil haq, watawasau bissobr' Niat kita sama, nak cari redha Allah. Esok-esok, bila kita mati...kita tersenyum di hadapan Allah.

Insya allah.

Jazakallah

A. Ubaidillah Alias on 5 Mei 2009 pada 6:26 PTG berkata...

Oh ya, pesanan untuk semua. Jangan takut untuk MENEGUR, jangan takut untuk DITEGUR. Nasihat dan dinasihati perlu jujur. Itu perlu jadi sunnah kita.

Elok benar jika sesiapa sahaja, termasuk 'dak IPTS' perkenalkan diri. Letak NAMA SEBENAR bila bersuara. Bukan nama samaran atau 'nick name'. Itu juga bukti kita ikhlas untuk sama2 memperbetulkan diri sendiri.

Jangan takut, di sini semua umat Islam. Kita sama2 bangunkan umat kita.

Keberanian lahir dari ketulusan, ketulusan lahir dari ilmu, ilmu akan menzahirkan hakikat insan.

Jazakallah...

dak IPTS berkata...

hehehe ustaz ubai...

sy bukan takut nak perkenalkan diri,

cuma nanti bila sy kenalkan, tak da sape pulak yang setuju ngan kata2 saya...

sy ni ilmunyer kurang, tapi bab2 mcm nie agak terasa sikit la.

lagipun sy dah selesa ngan nama ni.

maaf yer ustaz n thanks! :p

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE