Jiwa seorang yang ditarbiah adalah halus. Dengan kehalusan jiwa inilah, mereka membentuk rasa saling menghormati dan berkasih sayang antara jurudakwah. Sekurang-kurangnya, sekiranya mereka tidak mampu berjihad, mereka akan mengasihi orang yang berjihad.
Mereka menyedari kelemahan mereka turun ke lapangan untuk berjihad dan menyebarkan dakwah. Lalu mereka membantu dakwah dari sudut yang termampu oleh mereka. Golongan ilmuan mesti menyedari bahawa orang yang turun ke lapangan untuk membela rakyat adalah lebih utama dan mulia berbanding mereka.
Para pengkuliah dan penceramah harus menyedari bahawa ahli politik lebih baik berbanding mereka. Penceramah hanya membina masjid dan kawasan pidato sedangkan ahli politik membina negara. Selain daripada ahli politik, orang yang setanding dengan mereka ialah juru dakwah yang mewaqafkan diri untuk dakwah.
Orang dakwah dan tarbiah, kita sinonimkan sahaja untuk memudahkan penulisan saya.
Namun begitu, ahli politik dan juru dakwah berdepan dengan banyak risiko dan kesusahan. Saya salute Abang Man Burger Lembah Pantai. Saya mengakui keimanan saya berada di bawah tapak kakinya. Saya juga memuji kesungguhan Ustaz Kamaruzzaman WP. Jasa beliau kepada Islam seolah-olah Gunung Uhud sedangkan jasa saya bagaikan rumah semut, bahkan lebih kecil.
Maka apakah jihad paling kecil harus saya lakukan? Jihad yang paling kecil ialah saya mesti mengasihi dan mendoakan mereka, serta membantu seboleh mungkin.
Orang yang turun ke lapangan dakwah, mereka sanggup hidup bersusah payah. Mereka menghabiskan duit sedangkan golongan ilmuan kebanyakannya membanyakkan duit. Saya tidak katakan semua tetapi agak ramai.
Ahli politik Islam meskipun ada yang korup dan ini perkara biasa, namun sangat ramai kalangan mereka yang hidupnya untuk rakyat. Duit mereka adalah untuk kebajikan. Maka kita menyanjung tinggi ahli politik Pas. Memang patut jika Hisyamuddin Hussein berkata, “Saya akan pelik jika ada ahli Pas masuk Umno”.
Bukan dia sahaja yang pelik. Semua orang pelik. Tiada parti yang mempunyai kekuatan crowd dan ketaatan melebihi Pas. Yang lain? Ada yang tenggelam dalam membina Islam melalui perbincangan-perbincangan sahaja.
Maafkan saya atas beberapa tulisan yang kontroversi selama ini. Saya berharap tulisan saya yang selepas ini merupakan penjelasan dari saya.
Nah, kita lemparkan sahaja pandangan kita kepada Ketua Pemuda Pas yang pernah naik bas bersama saya ke Kelantan. Bukan kereta besar dan bukannya Kapal Terbang. Mungkin kadang-kadang beliau naik kapal terbang tetapi itu untuk keperluan seperti mengejar masa.
Bandingkan keadilan antara pimpinan Pas dengan parti lain. Mungkin pimpinan pas ramai yang kurang dari sudut pengurusan namun mereka pemimpin yang mencanaikan keadilan dan kedamaian.
Polis dan tentera serta anjing FRU mungkin bekerja kerana duit dan menjadi anjing suruhan. Bukan semuanya. Namun Unit Amal di bawah tarbiah Pas, bekerja, maaf, mereka tidak bekerja, tidak tepat jika saya katakan mereka bekerja, mereka berjihad sebenarnya. Jihad mereka sangat agung dan mengagumkan. Jihad mereka hanya untuk Allah tanpa banyak bicara. Tanpa banyak memikirkan risiko.
Dalam beberapa siri demonstrasi, polis tidak mampu mengawal lalu lintas sedangkan mereka terlatih. namun tentera Merah menunjukkan kesungguhan dan kecekapan mereka. Dari mana mereka belajar? Mereka belajar dari Allah.
Sesungguhnya jika ada orang yang paling taat kepada pimpinan, saya berani katakan merekalah Tentera Merah. Tentera yang membuka mata dan mengagumkan.
Maka orang yang ditarbiah harus mempunyai rasa yang halus terhadap mereka. Mungkin mereka hanya bekerja menjaga pejabat agung namun jika diukur dengan logik, saya berani menyatakan kedudukan mereka di sisi Allah berbanding kebanyakan kita, adalah jauh mereka lebih baik.
Para juru dakwah dalam Pas tiada duit. Maka hati halus orang yang mendapat tarbiah tidak mahu hidup senang mengenangkan mereka. Sebagaimana al-Zanki yang tidak mahu tersenyum dalam kuliah ilmu tentang hadis senyum apabila mengenangkan tentera Islam yang terkepung.
Saya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Riduan Mohd Nor, naqib saya yang pertama sekali memperkenalkan saya kepada dunia dakwah yang lebih luas. Maafkan dinda kerana tidak mampu memberikan komitmen kepada kanda.
Beliau mempunyai hati yang sangat halus terhadap dakwah dan juru dakwah. Rumahnya tidaklah besar sangat. Ruangan atas yang sempit untuknya dan keluarga sedangkan ruangan bawah untuk tamu.
Sayangnya jika ahli gerakan kampus tidak mempunyai hati yang halus.
“Apa maksud abang zul tentang hati yang halus,” Aziz bertanyakan saya. Saya merenung kejauhan mengenangkan beberapa juru dakwah dan sahabat saya yang kesusahan.
“Hati halus yang memaksa kita tidak rela hidup berduit sedangkan kawan kita kebuluran,” jawab saya ringkas. Hidup berduit maksud saya adalah hidup mewah. Saya mengucapkan tahniah kepada Saudara Umar yang sudah bekerja namun tidak pernah melupakan kawannya yang belum bekerja.
Saya menyambung bicara, “Apakah kita rela hidup senang sedangkan jasa kita kepada Islam kurang sedangkan ramai selain kita bekerja untuk Islam dan mereka tidak berduit?”
Maka saya memegang satu fatwa yang keras kepada diri saya, namun kekadang saya terlanggarnya atas dasar ketidakmampuan.
“Apa pegangan Abang Zul?” Haafizuddin bertanya suatu ketika, sewaktu kami di Bukit Gantang.
“Pegangan ana ialah, haram adik-adik mengeluarkan duit untuk membayar makanan sedangkan ana ada di sisi,” jawab saya. Saya sangat berpegang dengan kata-kata ini. Meskipun mungkin saya juga tidak berduit. Tetapi bukankah lebih baik kita susah asalkan kawan kita senang?
Tahniah kepada dua orang Tuan Guru dan semua pejuang Pas yang telah berjaya membentuk ahli yang memilki hati yang halus. Tahniah dan saya sangat terharu.
Apabila bertemu yang tua, kita yang mulakan teguran.
Bercakaplah dengan suara yang lembut.
“Bahkan ana mahu berpesan kepada antum, janganlah tunjukan kita pandai di hadapan orang yang lebih tua. Mereka tidak perlukan kepandaian kita tetapi kita yang perlukan tunjuk ajar mereka.
Maka saya sentiasa merendahkan diri saya apabila bertemu dengan tentera Merah di Pejabat Agung.
1 Cadangan/Pandangan:
bagaimana nak tarbiyah menjadi jiwa halus???apa yg kena selalu ditekankan??sistem tarbiyah sekarang lebih melahirkan yg berjiwa keras...pantang silap,sepak terajang kadang kala berlaku...
Catat Ulasan