Kuliah Fiqh Tarbiah siri keenam akan membicarakan tentang cara memberikan nasihat. Saya berharap, kuliah-kuliah yang diadakan merupakan peringatan kepada saya dan semua pembaca yang saya kasihi.
Mengingatkan kata-kata Abdullah bin Rawahah ketika memimpin tangan seorang sahabatnya seraya berkata dengan penuh keinsafan, “Ayuhlah kita duduk bersama, beriman sesaat”.
Inilah nilai kuliah kita. Bukan sekadar untuk orang berilmu sebagaimana sesetengah kumpulan sebaliknya untuk semua orang. Yang penting ialah nilai menambahkan keimanan.
“Abang Zul, bagaimana cara saya mahu menasihatkan kawan saya tu? Dia suka sangat keluar dengan teman perempuan dia,” Hadi mengadu kepada saya.
Matahari petang itu agak panas, membakar-bakar tubuh saya. Namun soalan itu sudah betah di telinga saya, dan ia tidak membuatkan darah saya panas.
“Yang penting ialah, nasihat dengan cara ia tidak menyedari dan ia tidak terasa hati,” jawab saya sambil melangkah kaki ke kelas.
Tidak menyedari? Bagaimana? Tidak terasa hati? Bagaimana?
Nasihat yang paling baik ialah, apabila kita memberikan nasihat, ia tidak perasan bahawa kita sedang menasihatinya. Atau jika ia menyedari, ia tidak terasa hati. Seolah-olah, apabila seorang Nizar menasihati seorang Zambry, Zambry berbisik dalam hatinya,
“Nasib baik Nizar tidak tahu aku buat benda tu juga”.
Rohana menyedari rakannya Nor seorang yang garang dan sering mengundang marah orang. Lalu Rohana sering berhubung dengan Nor dan melemparkan pujian kepadanya dengan berkata, “Saya seronok kawan dengan awak. awak pandai menjaga hati orang”.
Jamil seorang yang berilmu dan soleh tetapi suka merokok. Lalu Khir berjumpa dengan Jamil seraya bertanya, “Bagaimana ya nak membentuk hati kita supaya meninggalkan perkara yang lagho dan rugi?” Lalu ia sentiasa berjumpa Jamil untuk mendapatkan nasihat.
Apabila ahli gerakan di UM malas membuat usrah, maka Munir sebagai ketua memberikan galakan dan motivasi dengan berkata, “Persatuan akan memberikan tiket percuma mengerjakan umrah tahun depan kepada 50 orang naqib yang terbaik”.
Bukankah nasihat sesetengah saudara kita daripada Jamaah Tabligh sangat baik? Mereka tidak mencegah kemungkaran dengan menyatakan secara jelas sebaliknya mereka mengajaknya ke masjid. Masjid merupakan benteng daripada melakukan kerosahan dan kepunahan.
Maka di sana mereka mendengar nasihat-nasihat atas nama keimanan.
Kata ulama,
“Nasihat yang paling baik ialah nasihat di belakang. Orang yang berkata di depan adalah orang yang mengkritik dan menjatuhkan maruah bukannya memberikan nasihat dan menaikkan motivasi”.
Bolehkah kita memuji orang? Boleh, tiada masalah. Jangan sampai kita terlalu cintakan pujian sudah. Tetapi pujian penting untuk menaikkan motivasi dan menanam kesungguhan.
Seorang bertanyakan nabi,
“Ya Rasul, saya seorang yang beramal kerana Allah namun saya juga inginkan pandangan manusia,”
Nabi mengiyakan tanpa ada masalah. Manusia yang tidak suka dipuji adalah manusia ambnormal. Manusia yang tenggelam dalam pujian juga abnormal.
Saya juga kita mengkritik PAS sebelum ini dengan tujuan memberikan kebaikan. Maka sekarang saya tidak mahu lagi berbuat demikian sebaliknya saya ingin menyemai rasa memberi nasihat. Bukankah Islam ini agam nasihat untuk Allah, Kitab, Rasul, para pemimpin dan orang Islam?
Orang yang mengkritik merasakan dirinya hebat. Dalam majlis, seorang Musa Anuar bangun mengkritik. Semua mata tertumpu kepadanya. Maka dia merasakan dirinya sangat bernilai dan berharga.
“Apakah rahsia Abu Bakar?” seorang pakcik tua di pinggiran stesen LRT menimbulkan persoalan. Saya ternyum sahaja. Nampaknya, medan menunggu di stesen LRT bakal menjadi majlis ilmu.
Seorang pakcil penjual air menjawab, “Rahsia kelebihan Abu Bakar ialah, beliau paling suka memberikan nasihat atas nama kebenaran dan Islam,” saya terkejut mendengar jawapannya yang tepat dan padat.
Berilah nasihat. Jangan beri naishat di hadapan meskipun anda akan berasa hebat bila berbuat demikian.
Berilah nasihat di belakang meskipun anda tidak akan popular.
Itu pun jika ia sebaya atau lebih muda. Jika lebih tua ?
Cukuplah memberikan nasihat dengan memberikan kertas atau surat tanpa memperkenalkan diri. Cukuplah begitu. Asalkan ia berubah, tidak penting siapa yang memberikan nasihat.
“Mana satu kita nak? Orang kenal kita kerana kita memberikan nasihat ataupun orang berubah kerana nasihat kita?” saya bertanyakan ahli usrah saya. Mereka terdiam.
“Betul atau tidak, ramai ahli kita tidak suka memberikan nasihat. Mereka lebih suka mengkritik tetapi tidak berjumpa dengan pimpinan sendiri untuk memberikan nasihat secara lunak malah tanpa diketahui?” ahliu usrah saya masih terdiam.
Maka saya menutup tirai usrah dengan berkata, “Ketahuilah, memberikan nasihat tanpa orang mengenali kita adalah jauh lebih baik berbandingkan memberi nasihat, orang berubah, dan orang mengenali kita,” semua mengangguk.
Tasbih kaffarah…
2 Cadangan/Pandangan:
Salam, Syukran ust Dzulkhairi.. sangant bermanfaat.
salam us dzul, saya nak tanya, ari tu, saya ada tanya us, boleh ke kita sekadar amar ma'aruf je, tak buat nahi mungkar.. macam tabligh, kan dia buat amar ma'aruf, ajak org ke masjid, automatiknya, bila org tu ke masjid, dia tinggal kejap(harap2 tinggal terus) maksiat yg dia buat tu, kan?
us kata, kalau begitu, kenapa dalam Al-QUran Allah kata," amar ma'aruf dan nahi mungkar.."? amar ma'aruf dan nahi mungkar ni, satu pakej...
apa pandangan ustaz?
Catat Ulasan