Saya mendengar cerita yang menarik. Rugi jika tidak dikongsi. Seorang AJK program menghubungi seorang Prof untuk memberikan pengisian,
“Assalamualaikum Prof, boleh prof ganti Ustaz Anwar untuk bagi pengisian?”
Agak-agak pada pandangan anda, apa perasaan prof dan apakah dikira beradab jemputan begitu?
Apabila seorang ustaz dijemput memberi pengisian di sebuah tempat yang jauh, mereka hanya diberikan hadiah sehelai tuala yang kecil, dan kadang-kadang cawan.
Bagi mereka, kenapa mesti diberi hadiah yang mahal kepada ustaz sedangkan ini adalah satu tarbiah. Maka ustaz mesti memahami. Dalam hal ini saya berpandangan,
“Mereka mahu ustaz memahami mereka, memahami itu program tarbiah tetapi mereka tidak memahami tuntutan sunnah dan mereka sendiri belum cukup tarbiah”.
Jika begini, AJK tersebut tidak layak atau kurang layak menjadi pentarbiah, kerana kurang adabnya. Ia harus belajar adab terlebih dahulu.
Manakala dalam situasi lain, saya dijemput ke sebuah muktamar. Saya datang dengan tittle Presiden Gamis. Saya tidak mahu dihormati tetapi saya mahu tittle tersebut dihormati kerana ini tuntutan sunnah.
“Maksud ustaz, ustaz mahu semua orang berdiri menghormati ustaz?”
“Bukan begitu maksud ana. Maksud ana, diberi kedudukan yang bersepadanan. Apabila Tuan Guru Haji Hadi datang, atau Najib datang, maka kita mesti menghormati mereka sesuai dengan mereka,” terang saya dan adik itu memahami.
Namun apabila saya ke muktamar tersebut, kedatangan saya tidak disambut dan saya berada di belakang. Mungkin kerana saya berasal dari situ, maka orang situ tidak mempedulikan saya. Inilah tabiat orang kita, ditarbiah dengan jihad tetapi kurang adab sopan.
Saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas kelembutan Ustaz Kamaruzzaman. Beliau seorag yang sangat lembut dan sering bertanyakan khabar orang. Tahniah kepada Ustaz Tantawi dan Abang Sabki yang tidak pernah meremehkan pandangan anak muda.
Apabila Ustaz Ramadhan bercakap, beliau berbicara dengan suara yang lembut membuatkan kita terpukau. Apabila berbincang dengan Ustaz Syahrulzaman, beliau banyak mendengar dan tidak banyak mencelah.
Ustaz Hisomuddin seorang yang sangat mengambil berat tentang adik-adik. Namun malangnya adik-adik tidak mengambil berat tentang abang-abang dan kakak-kakak.
Sepatutnya saya mencadangkan, antara cara kita menjemput seseorang untuk memberikan pengisian, kita seharusnya berkata begini,
“Ustaz, ana nak kepastian, bila ustaz free untuk ana muatkan slot ustaz. Pihak urusetia nak sangat ustaz bagi pengisian, kami akan adjust juga supaya serasi dengan kekosongan ustaz”.
Tidak perlu disebut ustaz itu pengganti atau tidak. Tidak perlu bahkan itu melanggar adab-adab kesantunan.
Mohon untuk bercakap dulu. Jika ustaz sibuk, maka tangguhkan percakapan. Inilah kesopanan orang Melayu.
Orang Melayu???
Perlukah hukum-hakam mengikut orang Melayu? Ya, perlu. Seorang ulama besar Kelantan, Syeikh atau mudir Pondok Moden, suru yang paling saya hormati, Ustaz Wan menyebut, “Jiwa Melayu ni lain, lembut, tak boleh buat macam orang Arab,” terang dia dengan kezuhudan.
Maka jika orang Arab tidak bersalaman selepas solat, maka itu adab mereka. Adab kita tidak boleh. Dianggap sombong jika tidak mahu bersalaman. Kenapa kita tidak mahu bersalam selepas solat dengan alasan menjaga sunnah sedangkan menjaga hati orang adalah kewajipan yang tidak ternafi.
Nabi mengajar kita beradab. Panggil seseorang dengan panggilan yang paling disukainya. Berlaku kepada orang sebagaimana kita suka orang buat apa pada kita.
Kisah kedua,
Apabila seorang penceramah dihubungi, AJK berkata, “Nanti ustaz follow-up ana balik ye untuk tahu di mana tempat program,” uh, saya mengeluh mendengar cerita ini. Orang yang tidak ditarbiah secara khusus boleh beradab tetapi kita melanggar adab. menjaga adab adalah wajib tanpa ternafikan lagi.
Seorang menghubungi penceramah seraya berkata, “Ustaz kena kosongkan jugak malam tu untuk bagi pengisian,” ini lagi perangai yang diambil dari hutan mana entah.
Dia ingat ustaz ni orang suruhan dia gamaknya. Bercakap mestilah dengan suara lembut dan merendahkan diri. Jangan tinggikan suara meskipun suara kita tinggi. Jika suara kita kasar, nak buat macam mana. Suara saya kasar. Tetapi lembutkan setakat mampu.
Apabila berbicara dengan ustaz, jangan menyampuk, jangan mencelah, jangan kita pula banyak bercakap. Sering saya bertemu dengan ustaz, ada seorang teman, yang teman pula banyak bercakap. Ingin saya bagitau teman saya,
“Ana bukan nak dengar nta cakap. Ana nak dengar nasihat ustaz. Dengan nta bila-bila boleh”. Bahkan ustaz bukan perlukan sangat pandangan kita, kita yang lebih perlukan pandangan ustaz.
Tahniah kepada adik-adik UPM yang pandai menjaga adab. saya respect dengan Safwan, Razak, Yasir dan lain-lain. Mereka beradab. Aiman juga begitu.
Lagi tahniah kepada Zakiri, Zulhelmi dan Amin presiden-presiden UTM Skudai. Merekalah manusia yang paling beradab. Khususnya Zakiri yang merendahkan diri seolah-olah dirinya tin kosong walhal beliau orang yang berisi. Juga Zulhelmi yang bersalam dengan penuh kerendahan diri.
Tahniah juga kepada adik-adik DQ yang juga sangat menjaga adab.
Alangkah, saya berfikir. Jika kita mendengar nama Nabi Muhammad SAW, kita akan berselawat. Jika tidak kita dipanggil kedekut.
Maka bagaimana adab kita apabila mendengar nama Allah SWT?
1 Cadangan/Pandangan:
Memang kena dan betul apa yang saudara Dzul beritahu. Ana sendiri kadang2 kecil hati apabila orang yang menjemput kita menjadi penceramah meminta(Menyuruh) "Kami nak ustaz penuhi slot kami, tolong kosongkan malam sekian ya"
Kalau saya penceramah sepenuh masa, tiada isteri dan tiada ahli keluarga...rasanya ayat itu SESUAI. Tapi, kita ada keterikatan dengan sekolah, keluarga malah terikat dengan jemaah surau kampung sendiri.
Kadang-kadang dalam seminggu ada dua kuliah tetap dan enam jemputan ceramah. Adakah kita perlu isi semuanya? Walhal kita juga sama dengan manusia lain. Ada tanggungjawab yang banyak dan AMAT SIBUK.
Oleh itu, saya memahami situasi saudara dan saya juga berharap penyusun program perlu 'BERAKHLAK' dalam pertuturan dan 'MENGHORMATI' sesama manusia.
Bukankah ADAB bertutur dan hormat itu dikira ADAB yang asas sekali dalam Islam?
Catat Ulasan