Isnin, 4 Mei 2009

FIQH TARBIAH (9)


“Saya suka makan di kedai ni. Tukang masak dia best,” kata Hishamudin kepada isterinya Shahrizat. Shahrizat melihat kedai tepi jalanan itu. Atas bawah. Kotor dan tidak bersih.

“Eh abang, abang memang selalu datang ke kedai ni sebelum kawen dengan saya?” tanya Shahrizat mahu mendapatkan penjelasan. Hishamudin mengangguk. “Tula awak, masa muda-muda dulu, taknak try. Rugi,” kata Hisyamudin.

“Tapi kan bang, tukang masak dia tak pakai tudung,” bagitahu Shahrizat.

Ya, kuliah Fiqh Tarbiah pada hari ini membincangkan tentang pemilihan kedai makan. Mungkin ramai kalangan kita yang tidak perasan bahawa pemilihan kedai amat penting dalam menjaga tarbiah aqliah.

Sanggupkah kita makan di kedai yang murah tetapi kotor? Atau sanggupkah kita makan di kedai yang mana tukang masaknya tidak bertudung? Kalau yang lelaki tidak bertudung, tidak mengapalah. Masalahnya perempuan tidak bertudung.

Macam mana dengan pandangan anda?



Pemakanan merupakan perkara terpenting dalam menguatkan daya ingatan. Maksiat memang akan melemahkan ingatan tetapi sedikit sahaja, tidak sekuat faktor pemakanan.

“Apa? Maksiat tidak melemahkan ingatan?” terkejut Noh Omar mendengar penjelasan saya.

Saya tersenyum. Saya yakin ramai terkejut dengan pernyataan saya. Selama ini mereka sangkakan menjaga diri daripada melakukan maksiat akan meneguhkan ingatan. Rupanya kurang tepat.

“Betul Noh. Cuba lihat orang kafir Quraisy dulu. Banyak maksiat. Tetapi ingatan kuat. Yang banyak menjejaskan kekuatan akal adalah gaya pemakanan,” jelas saya.

“Maka Islam mengharamkan peminuman arak dan pemakanan babi. Apatah lagi babi yang selesema,” terang saya.

Noh terpinga-pinga. “Habis tu, orang Cina ramai yang makan babi tetapi lebih cerdik dari kita?” tanya Noh. Alamak, sudah. Apa saya nak jawab ni.

Orang Arab terkenal dengan kekuatan mereka kerana mereka mengamalkan gaya pemakanan yang membantu. Kismis, kurma, kacang adas dan juga madu. Macammacam lagi. Jadi mereka dapat hafal satu al-Quran, hadis dan syair termasuklah kitab.

Kita pula. Hafal untuk exam, keluar sahaja dewan exam, terus hilang tercicir entah di mana. Betul tak?

Sepatutnya akala orang Cina boleh pergi lebih jauh sekiranya mereka menjaga pemakanan. Maka yang petama ialah, melihat keadaan kedai yang kita ingin makan. Bersih atau tidak? Mahal dan murah soal seterusnya.

Kedua, lihat tukang masak. Tukang hidang tidak mengapa lagi. Tukang masak yang penting. Yang tidak bertudung, kita elakkan. Kan banyak lagi tukang masa yang bertudung? Betul tak?

“Abang Zul, apa perbuatan baik yang harus saya amalkan?” tanya Rais satu hari. Beliau seorang budak yang cerdik. Yatim yang duduk sebelahnya memasang telinga.

“Perbuatan paling baik sebagaimana hadis nabi ialah memberi makan kepada sesiapa yang memerlukan. Dalam konteks kita, belanja orang makan.


Makan, makan, makan. Fiqh Tarbiah bukan sekadar melihat faktor pemakanan dalam menjaga akal malah makanan dalam menyebarkan ukhuwah.

“Apa kata kalau Rais belanja Yatim? Hari yang lain, Yatim pula belanja Rais,” cadang saya dan mereka nampak gembira.

Maka saya pada hari, apabila ke Pejabat Agung PAS, saya sengaja membelikan sebotol air dan dua roti untuk diberikan kepada Unit Amal yang bertugas. Alangkah, jika semua pendokong PAS, membawa sedkit makanan untuk dikongsi di pejabat, sama ada untuk petugas unit Amal dan lain-lain, bukankah itu menyubur ukhuwan dan menanam sunnah?

“Abang Zul, makan maggi boleh?” tanya Tomok. Saya tertawa. Orang muda, makan maggi je kerja dia. Ops, kalau Ust Hisom baca entry ni, mati saya kena marah dengan dia.

“Boleh makan jika dah tak tahan sangat. Tapi kurangkanlah. Nanti rambut mudah gugur, tak hensem. Nanti bawa penyakit, rugi. Tinggalkanlah ye, tpi kalau tak tahan sangat tu, makanlah sekali-sekala. Tapi usaha kurangkan sikit-sikit,” pesan saya kepada Tomok. Tomok mengangguk sahaja.

Suasana usrah petang itu menarik sekali. Bincang tentang pemakanan saja.

“Kalau macam tu, kita pindah kedai lainlah sayang,” kata Hishamudin sambil memimpin tangan isterinya ke kedai lain.














9 Cadangan/Pandangan:

Muhd Syafiq Mat Jap on 4 Mei 2009 pada 9:33 PG berkata...

Pemakanan memberikan kesan kepada akal atau hati?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
sebagai tambahan...
bukan setakat tukang masak wanita yg memakai tudung@tutup aurat
tapi tukang masak tg jaga ibadat...terutama bab solat...
kadang2 sudah terang lagi bersuluh pekerja cafe lelaki x pergi solat jumaat...waktu maghrib sampai isyak asyik memasak ( sbb waktu tu la ramai pelanggan nak makan malam)...
serta aspek kebersihan fizikal...
berkuku panjang dan tidak bersih...
berambut panjang yg x terurus...
*kalau rasa susah sangt nak carik kedai makan orang yg beriman dan bersih...jom buat kempen masak kat rumah n ajak sahabat2 makan bersama...lagi berkat...

sekadar tambahan.....
Anak Solehah

Jojo on 4 Mei 2009 pada 10:33 PG berkata...

hahahaha... Sinis..sinis..sinis..

Pasal makan memang penting, sbb akan jd darah daging. Nabi makan pun tak mewah macam kita sekarang nie...

Sekarang nak apa aje... tunjuk je..mesti ada. Tul tak gitu Ustad?

Kisah Ayam

Bukan je babi yg haram, ayam tak sembelih pun haram... ye la kalau dah nak cepat.. tokey asyik pikir untung-untung.. nak sembelih 10 000 sehari kalau boleh dengan 3 org tukang sembelih.. aish.. boleh ke 3 org nie sembelih sempurna mengikut syarak... mesti main hentam je la.. kasi taruk je.. lepas sembelih campak dalam mesin dengan nyawa ayam ada lagi.. zup.. zap... dah siap ayam togel masuk bakul antar pasar.. kita yang tak berape peka pulak lelaju g beli.. bagi isteri buat kari.. nyam-nyam habis seekor.. esok pikir nak beli lagi... macam mana 2?

Sumber yang menjadi darah daging diragukan halalnya. Jadinya.. hasilnya... apa? tak payah cerita la... pandai fikir sendiri..

aku nak sambung online tempat lain.. ada masa aku datang lagi..

Assalamualaikum
Halal ke Tak Halal

Tanpa Nama berkata...

btul tu ust.. ayh saye selalu jadi cth buat anak2 klu nak plih mknn kt kdai. die akan tengok dlu tukang buatnye.. klu x cukup kain di kepala, terdedah sana sini, die xjd beli..biarpun da masuk kedai n da nak order da pun..

Tanpa Nama berkata...

salam. ana nak bagi pembetulan sambungan cerita tu . lepas tu hishamudin dan shahrizat bukan balik terus tapi depa gi dakwah kat tukang masak tu suruh pi pakai tudung. ok tak.

Tanpa Nama berkata...

HPA jawapannya..
bila dengar "PAU AHMAD" terus kita ingat orang melayu punya tapi sebenarnya cina. Bukan saja tempat makan tapi yang paling penting sumber makanan tu. kalau dah bicara tentang sumber mkanan, bukan kat kedai saje, tp kat rumah tu pn belum tentu halal. kerana walaupun ada cop halal, rujuklah PPIM. tengok kesahihannya.
Satu kaedah yang diterangkan oleh ulama' ,orang bukan Islam ataupn kafir hilang sifat MALU kerana makan daging khinzir. jadi tak hairanlah jika orang Islam terjebak masalah sosial kerana sudah hilang sifat MALU faktor makanan yang tidak halal daripada babi.

Pengamal HPA on 10 Mei 2009 pada 6:10 PG berkata...

Laman web rasmi HPA
http://www.hpa.com.my/09/

Lama web rasmi PPIM
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php

dak IPTS berkata...

salam

maaf ye kalau ape yg sy nak tulis ni mungkin akan mengguris hari ustaz dzul atau orang lain.

kenapa yer perlu buat pengasingan diri? Dalam kes ni, ustaz sarankan makan di tempat yg tukang masaknya pakai tudung. Sy yg membaca citer ni, tak memandang dari sudut tukang masak jer. tapi sy juga melihat ada pengasingan iaitu antara orang berilmu agama dan orang awam biasa.

Patutlah sewaktu sy menjadi 'orang biasa' dahulu, sy tidak pernah rasa disentuh oleh orang yg menggerakkan gerak kerja dakwah secara serius. Setakat kena tegur dengan Biro Ibadah waktu kat asrama dulu pernah la. huhu.

Sekarang ni, sy aktif juga dalam gerakan kampus. Itupun sebab sy yg dorong dan pujuk diri sy sendiri untuk terlibat. Kalau tidak, mungkin sy tidak mengenali ustaz dan rakan2 seperjuangan di kampus lain. kalau hendak tunggu orang 'alim' mendekati kita, ntah bila kan pula.

Dalam konteks kedai makan nie, buat apa nak lihat orang lain dengan pemikiran yg sempit? Adakah dengan makan makanan yg dimasak oleh orang yg free hair, daya ingatan kita akan berkurangan. Owh ya, kalau gitu makanlah di tempat tukang masak yg pakai tudung. Tapi awas, adakah anda yakin yg pakai tudung itu solatnya penuh? huh, byk faktor untuk kita pilih kedai makan... jadi tak perlu memilih sgt bagi saya. Kalau kedai non-muslim itu lain cerita.

Alamak, byk lagi nak tulis tapi x sempat. maaf jika tulisan ini mengguris ht sesiapa. Kesimpulannya, sy nak sarankan, jangan mengasingkan diri dari 'orang biasa'. Dakwah itu indah dan meluas. Di mana2 n pada bila2 masa, walhal di kedai makan pun kita bleh tunjukkan keizzahan Islam. wallahualam.

p/s: Pakat-pakat makan makanan halal.

Ahmad Ashraf on 1 Jun 2009 pada 9:53 PG berkata...

bce di sini utk mengetahui bahanya makan MSG....

http://ashcroftstylus.blogspot.com/2006/11/harm-of-monosodium-glutamate.html

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE