Isnin, 4 Mei 2009

FIQH TARBIAH (10)


5 may 2009: Jam 12.30pm

"Adab amar ma'ruf nahi mungkar ini banyak. Tidak boleh semberono. Mesti ada cara, mesti ada teknik," saya memulakan perbincangan dalam usrah hari itu. Terik matahari yang menjamah tubuh kami ada baiknya.

Meski panas, namun membekalkan kebaikan. Meski terpiat-piat mata saya dek silaunya, namun sekurang-kurangnya saya akan menjadi sihat. Seolah-olah begitulah nahi mungkar, pedih namun memberikan kebaikan.

"Abang Zul," Mahathir memulakan pertanyaan. "Ada apa Deq?" saya bertanya balik. Ia membetulkan kaca matanya yang agak tebal.

"Hari tu ana dengar kuliah oleh Ustaz Jamil Khir. Dia kata, amar ma'ruf dan nahi mungkar mestilah bermula dengan kekuatan. Hati ini bagi orang yang memiliki Iman yang tohor sahaja," Mahathir bercerita.




"Nah, apa pandangan antum," sengaja saya melemparkan persoalan itu untuk dibincangkan. Zambry cepat-cepat menjawab, "Ana setuju. Mesti bermula dengan kekuatan. Tunjukkan kemuliaan umat dakwah ini," semangat sekali anak muda yang berkulit gelap-gelap manis ini.

Saya teringat dengan kesungguhan beberapa pemuda dalam berdakwah. Mereka memohon izin al-Banna namun al-Banna menyebut, "Kami tidak mahu menjadi orang yang memetik buah sebelum masaknya".

Apabila beberapa pemuda bersemangat menggunakan kekuatan dalam berdakwah, mereka dibantah oleh ulama. Namun mereka menafikan kebijaksanaan ulama. Setelah masuk ke dalam penjara, mereka mengkaji semula, barulah mereka menginsafi dan berkata,

"Baru kini kami sedar, menggunakan kekuatan adalah milik dan hak pemerintah bukannya kami," penyesalan itu terlalu lambat.

Mana satu yang benar? Menggunakan kekuatan atau kelembutan? Bukankah Nabi SAW berkata, penghulu syuhada' ialah Hamzah dan pemuda yang mengatakan kebenaran kepada seorang pemimpin yang zalim lalu ia dibunuh?

Bukankah pepatah menyatakan, "Berkata benarlah meskipun pahit?"

Maka kekuatan harus digunakan demi mencapai kebaikan.

Apabila saya membentangkan "Faktor Keruntuhan Khilafah" di UIA PJ, saya menyebut, "Amar ma'ruf dan nahi mungkar mesti bermula dengan hati dan berakhir dengan kekuatan," pernyataan yang mengundang persoalan dan kritikan.

Wahai anak-anak muda, jangan tergopoh-gapah, sesungguhnya Islam bangkit dengan tadarruj, atau beransur-ansur. Mereka sudah lama tenggelam dalam lautan maksiat, maka jangan terlalu cepat untuk membasahkan mereka dengan air keimanan.

"Habis tu bang, bukan ke Nabi kata, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan?" Firdaus bertanya.
Saya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. "Hadis itu dilihat dari konteks kekuatan, namun dari sudut urutan, ia bermula dari hati".

Sesungguhnya Ibnul Qayyim menyebut empat rukun mencegah kemungkaran.

Pertama: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan kebaikan. Jika ya, teruskan.

Kedua: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sedikit. Jika ye, teruskan.

Ketiga: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sama beratnya dengan kemungkaran. Jika ya, timbangkan.

Keempat: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang lebih besar. Jika ye, tidak perlulah untuk kita mencegah kemungkaran.

"Eh, betul ke begitu Abang Zul?" Mukhriz tekejut mendengar pernyataan saya. Saya sudah agak, mesti mereka tidak percaya punya. Bolehlah rjuk buku Dr um'ah Amin Abdul Aziz yang telah menggariskan 10 perkara dalam berdakwah.

Bahkan seingat saya, ulama juga menggariskan teknik mencegah kemungkaran secara lebih praktikal dan detail.

Pertama: Nasihat secara halus. Sama ada kita berdepan dengan dia, menggunakan alat bantu seperti SMS dan email, atau menggunakan orang yang paling rapat dengan dia.

Kedua: Menggunakan sedikit kekerasan agar timbul rasa takut dalam diri dia.

Ketiga: Menggunakan ugutan dan amaran awal sebelum amaran terakhir

Keempat: Pukul sekadarnya agar ia berasa takut dan gerun.

"Ustaz, isteri saya derhaka pada saya. Saya nak tanya ustaz, boleh ke saya nak bunuh lelaki yang keluar dengan isteri saya?" terkejut saya mendengar luahan seorang lelaki selepas saya menyampaikan khutbah Jumaat akhir tahun lepas.

"Kenapa abang nak bunuh lelaki tu?" saya bertanya, cuba sedaya mungkin menyembunyikan rasa gusar dalam diri saya. Bimbang jugak saya yang dibunuh dahulu sebelum lelaki tu. Janganlah, kus semangat. Saya belum kawen lagi.

"Saya yakin lelaki tu yang sihirkan isteri saya," tambahnya.

Nah tengok. Ada orang sampai nak bunuh orang dalam menghalang keburukan. Bukankah ini menakutkan. Maka sikap sabar perlu disemai dalam amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Seorang isteri yang derhaka, bagaimana mengubatinya? Allah taala telah mengajar kita,

1- Bagi nasihat
2- Asingkan tempat tidur
3- Pukul ala kadar, dengan kayu sugi.

"Mukhriz, bukankah Allah taala mengambil masa yang lama untuk mengharamkan arak. Tiga ayat diturunkan dalam beberapa tempoh untuk mengharamkannya," kata saya kepada adik usrah saya yang bersemangat tu.

Adik-adik usrah saya terlalu bersemangat. Sesungguhnya mereka perlu ingat. Mencegah kemungkaran menggunakan kuasa adalah milik pemerintah.

Abdul Malik yang masih muda, darahnya panas, mengkritik ayahnya Umar Abdul Aziz yang terlalu lembut. Maka Umar berkata, "Sesungguhnya Allah menurunkan tiga ayat untuk mengharamkan arak".

Dalam situasi yang lain beliau berkata, "Aku terpaksa menggunakan dunia untuk menarik rakyat kepada pengabdian".

Malah itulah yang dibuat Nabi SAW, menggunakan faktor dunia untuk menarik orang ke dalam Islam.

"Jadi Abang Zul, kami mesti berhemah dan berlembut dalam berdakwah?" tanya Mahathir.

"Ya," jawab saya. "Apabila seorang lelaki bertemu dan mengkritik Khalifah al-Makmun, khalifah berkata, "Sesungguhnya engkau tidak sebaik Musa dan aku tidak sejahat Fir'aun. Namun Allah memerintahkan agar Musa berlembut kepada Fir'aun".

Sesungguhnya Allah taala berfirman, "Maka dengan rahmat Allah, kamu berlembut dengan mereka. Jika kamu berlaku kasar, pasti mereka akan lari dari kamu".

Saya dan adik-adik usrah berjalan meninggalkan wakaf di tepi tasik universiti itu. Sambil memegang tangan Zambry yang masih berasa ragu dengan perbincangan, saya berkata,

"Zambry, sukakah jika ana berlakau kasar kepada nta?"









3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

benar,hati manusia akan bertambah keras andai kekerasan atau kekasaran yang dipamerkan...kalau batu perlukan air (yang setia mengalir tanpa henti)untuk untuk mengubahnya, hati manusia juga perlukan kelembutan dan ketabahan untuk diubah dengan izin Allah...amar makruf nahi mungkar itu bukan pakej bermusim tapi tugas berterusan selagi nafas belum tiba ke hentian bernama kematian...

Ummu Jauharah on 5 Mei 2009 pada 4:56 PG berkata...

salam ustaz dzul,ana nak minta tolong,jika sudi..ana mewakili pmi Usm,kena buat satu kertas kerja,berkenaan apex..ana rasa ustaz adlah orang yang sesuai,kerana kematangan dan ilmu ustaz,ada 3 penjuru yang akan kami bincangkan,mahasiswa,islam dan apex..sumber rujukan adalah al-quran dan sunnah,tokoh2 juga..ini kertas kerja yang akan membawa perubahan,ana memerlukan pandangan juga daripada pembaca yang lain,jika sudi boleh ym atau emel ana di silentsor07@yahoo.com.my,bagi idea pun ok..hanya ada sebulan tempoh utk kami siapkan,semoga sudi membantu

Unknown on 6 Mei 2009 pada 7:59 PTG berkata...

Allah swt dah janji akan anugerahkan khalifah/dunia ini kepada org mukmin..dan org yang jaga amal soleh..tp asbab kelemahan saya,,org mukmin dan amal soleh belum wujud lagi,,,maka Allah akan bagi pd org kafir,,biar org kafir tindas org Islam...org islam sibuk dengan syurga org kafir,sebab itu org kafir marah dan tindas org Islam...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE