Khamis, 7 Mei 2009

SAYA MAHU BUAT BUKU BANYAK-BANYAK


Saya fikir, kita kena serius buat buku fikrah. Kalau dapat buat majalah fikrah, lagi cantik.

“Harakah dah ada, cukuplah,” seorang berkata kepada saya.

“Harakah lebih kepada media dan pemberitaan tentang parti. Maksud saya, satu buku atau majalah yang menjadi medium tarbiah ang lebih efektif dan sesuai untuk umum,” jelas saya.

Saya mahukan biar mahasiswa yang buat. Biar suara mahasiswa dan anak muda yang kedengaran kali ini. Saya rasa, kuasa mahasiswa boleh menerjah masuk ke dalam ratusan buah sekolah di seluruh Malaysia.

“Amin,kalau kita rajin buat buku, maka kita tidak perlu fikir sangat tentang kos kehidupan bahkan kita boleh menjadi kaya. Kita bukan sahaj mengembangkan fikrah bahkan poket kita akan penuh. Dengan duit yang banyak kita boleh buat banyak kerja Islam,” kata saya sambil memasang angan-angan.




Amin mendengar dengan ghairah. Ia mula menumpukan pandangan kepada saya. Semangatnya kian memuncak. Ia sudah tidak sabar memasang angan-angan bersama saya.

“Ok, kita calculate sikit. Jika kita keluarkan buku mini tentang tarbiah dan fikrah secara eksklusif dan menarik, dengan jualan hanya RM3, dengan kita mengambil kiraan keuntungan RM1 untuk sebuah buku. Wow, bukankah menarik,” jelas saya.

Amin kian teruja. Ia semakin memberikan perhatian. Air Neslo di tangannya dihirup lagi. Cis, bukan nak bagi pada aku pun air tu. Minum untuk dia je.

“Sekiranya kita konsisten buat buku, terbitkan 10 000 buah sebulan, bermakna kita sudah mendapat keuntungan RM 10 ribu. Bukankah banyak Min? RM 10 ribu untuk ana,enta dan seorang lagi. Jadi, setiap orang dapat RM 3 ribu paling koman,”

Dalam bab berkhayal, memang orang tak boleh lawan saya. Memang kuat saya berkhayal. Namn saya sentiasa mengharapkan agar khayalan saya merupakan pancaran imaginasi yang lahir dari jiwa yang bersih dan keinginan yang tinggi.

Amin semakin tidaktahan mendengarnya. Dihirup lagi air neslo itu. Saya pula tahan je la kecur air liur sekalipun.

“Itu baru 10 000 orang yang konsisten mendapat tarbiah dan tempisan fikrah kita. Kawan-kawan kita yang bekerja sebagai guru akan memainkan peranan. Kemudiannya, kita akan pasarkan lagi sehinggalah 30 000 sebulan,” kata saya semakin menarik-narik Amin ke lembah khayalan saya.

“Wow,” Amin menjerit. Terkejut saya dibuatnya. Nasib baik tidak dilambungnya air itu. “Lepas tu kan Zul, kita pasarkan pula ke Indonesia. Wah, hebat kita Zul,” kata Amin. Alamak, dia pula yang lebih-lebih.

Saya bukan mahu berkhayal sangat. Tapi saya lihat, bidang penulisan memberikan kesan yag sangat membekas dan tinggi. Saya sudah siapkan buku yang pertama bertajuk “50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh: Dan Kisah Di Sebaliknya” yang sudah menggelepar ingin diterbitkan di pasaran.

Tapi memang penat. Bukan penat menulis, tetapi penat membaca. Saya harus membaca buku yag amat banyak untuk menghasilkan sebuah buku dan menterjemahkannya dalam bentuk yang rngan dan mudah.

Ia tidak seringan yang disangka.

Tetapi saya rasa amat gembira kerana penulisan saya ini bertujuan mengembangkan fikrah dan membentuk kekuatan ingin dan kekuatan mahu.

Sekiranya boleh, saya mahu menerbikan sebanyak mungkin buku untuk kebaikan Islam. Kini, saya sudah menyiapkan 76 halaman untuk buku “Bagaimana Membentuk Usrah Berkesan” yang mungkin akan saya ubahkan tajuknya untuk tatapan umum.

Asyanti kawan saya akan melukis untuk buku tersebut. Konsep saya, buat buku jual sendiri.

Saya sedang berkira-kira mahu membuat buku seterusnya berkaitan Qawa’id Harakiyah, macam Qwa’id Fiqhiyah. Mungkin juga nama buku itu ialah menggunakan nama “Formula” tetapi saya tidak tahu lagi apa tajuk terbaik.

Harap sangat Ustaz Ubai membantu memberikan nama buku.

“Ustaz, bila ustaz nak terbitkan novel pula?” tanya seseorang.






1 Cadangan/Pandangan:

A. Ubaidillah Alias on 9 Mei 2009 pada 8:31 PTG berkata...

Insya allah, dalam masa terdekat ini novel kedua akan terbit. Judulnya 'Mengintai Cinta Khalifah'. Cover buku dah siap, cuma tunggu masa nak masuk printing. Tarikh masuk market saya tak pasti...tunggulah. Dalam bulan ini juga rasanya.

Bila nak berbicara soal buku. Ada 3 benda kena siasat dahulu.

1) Siapa sasaran.
2) Siapa penerbit.
3) Kaedah pemasaran.

Soal menulis bahan, saya rasa tidak perlu dirisaukan sangat. Kerana, saudara dzul mampu menulis dengan ayat yang gramatis. Tetapi, untuk mempastikan sesuatu buku itu laris atau tidak. Perlu periksa tiga perkara tadi.

Jika SASARAN adalah remaja dan orang dewasa. Maka, kita perlu 'tackle' gaya bahasa moden. Jika sasaran kita remaja kota yang berpelajaran, ayat kita juga mesti POWER.

Jika sasaran kita orang biasa2. Itu perlu kepada penggunaan laras bahasa novel dan ayat puitis. Pembaca biasa lebih suka ayat berbunga dari ayat akademik. Nak tahu contoh, kena baca banyak buku insya allah akan faham.

PENERBIT adalah pemilihan paling utama. Jika nak terbit buku fikrah, rasanya PTS paling bagus. Jika nak terbit novel popular, Alaf21 paling meletup. Jika nak terbit buku sirah nabi, hijjaz publication pun ok. Jika salah pilih penerbit, silap haribulan kena reject. Kalau reject terus tak mengapa...yang kita risau, dia peram berbulan2 pastu baru bagitau yang manuskrip kita kena reject. Boleh hancus hati penulis.

KAEDAH PEMASARAN ini biasanya diuruskan oleh penerbit. Saya syorkan, saudara dzul cetak sendiri. Jual menerusi laman web ujana ilmu atau pasar menerusi blog. Ini lebih bagus. Kerana blog saudara memang ramai pengunjung. Jika saudara berniaga sendiri, untungnya lipat ganda dari serah kepada penerbit yang sekadar dapat royalti.

Biasanya, modal sebuah buku di pasaran ialah 1/4 daripada harga jual. Contoh, buku harga rm12, maka modalnya rm3 sahaja. Jadi, kalau kita jual sendiri...untungnya besar amat.

Bisnes itu jihad. Fikirkan2.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE