Saya jadi tidak betul hari ini. Telah lama saya menghalang diri saya daripada menjejakkan kaki ke pesta buku. Tapi kali ini, apabila saya pergi, saya sudah jadi serba tidak betul.
RM900, saya habiskan 900 ringgit untuk membeli kesemua kitab dalam bahasa Arab. Saya tidak memilih buku berkaitan dakwah ataupun kehidupan seharian mahupun haraki. Saya lebih memilih yang berunsurkan ilmu.
Maka meskipun saya berkenan dengan buku tentang hak-hak orang Islam, namun saya tidak membelinya. Saya membeli kesemua kitab majmuatul fatawa ibnu taimiyah sebanyak 20 jilid. Banyak lagi buku yang lain, telah saya beli hari ini.
Saya telah memikirkan kehidupan saya yang indah mulai esok lusa. Pasti saya akan menambahkan lagi waktu uzlah saya semata-mata untuk membaca dan terus membaca. Saya pasti akan sangat seronok dan sakar (mabuk).
Shahir mengatakan kepada saya, kitab Al Umm Imam al-syafei bukan untuk dibca tetapi dirujuk. Tetapi saya tidak berpandangan begitu. Saya mengatakan kepadanya, “Ana mahu baca paling kurang dua jilid”. Dari huruf ke huruf.
Ada orang kata ada dua penyakit bahaya. Satu malas membaca, dua kuta membaca. Saya rasa pemikiran itu tidak betul. Orang yang berkata begitu telah melemahkan semangat orang untuk membaca. Patutlah orang Melayu malas membaca.
Imam Nawawi belajar 1 mata pelajaran setiap hari. Bukankah beliau gila membaca? Begitu juga Imam al-Syafei. Bliau bkan sahaja membaca al-Muwatta’ bahkan menghafalnya. Maka bagi saya, kitab bukan sekadar rujukan tetapi jika sempat, baca.
Ada beberapa jenis orang. Satu, beli je buku. Tak baca takpe, asal beli. Bagi saya ini pemikiran orang melayu yang rugi dan merugikan. Mereka kata, ada masa, kita rujuk.
Ada yang membeli buku untuk rujukan. Tetapi sebenarnya tidaklah dirujuk sangat. Yang erbaik adalah membeli dan dibaca, bukan sekadar dirujuk.
Yang silapnya ialah apabila seseorang suka membaca penulisan liberal tetapi tidak mempunyai basis yang kukuh. Ini yang bahaya. Malah juga bahaya apabila seseorang membaca karya ulama yang tinggi tanpa ilmu sehinga ia mempertikaikan ulama tersebut.
Budak gerakan kampus biasany, suka mengkritik pemikiran yang jrang terdengar oleh mereka. Apabila diajak berdebat, ia tidak mampu mengemukakan hujjah. Lalu digunalah serangan, “Itulah akibatnya kerana terlebih membaca”.
Atau mereka mengatakan, “Cakap je pandai, buat tidak”. Tiba-tiba sahaja ia menjadi hakim. Ia mengatakan orang lain tidak bekeja walhal ia tidak pernah mengenali orang tersebut secara lebih dalam. Ia hanya pandai menyalahkan orang. Apabila kalah berdebat, maka digunakan hujjah yang dangkal dan memalukan.
Saya tidak mahu hanya tenggelam dalam tulisan moden bahkan yang liberal. Sekarang saya menatap tulisan seorang Sudan, Abdullah Ahmad al-Naim yang cintakan Islam tetapi mempertikaikan beberapa perkara dalam Islam secara bijaksana. Bagaimana mahu kita menjawabnya. Takkanlah kita mahu sekadar berkata, “Ini akibatnya terlebih membaca”.
Saya turut tenggelam dalam membaca kitab. Saya mahu mempelajari asas sekuatnya. Ini kerana ulama berpesan, “Setiap syariat yang tidak diikat dengan hakikat, maka tidak berhasil. Setiap hakikat tidak diperkuatkan dengan syariat maka tidak akan diterima”.
Ya, umat Islam harus rajin membaca. Tirulah saudara Fahysal Rausyanfikir yang kuat dan rajin mmbaca. Saya sendiri menjadi muridnya dalam banyak pekara. Ilmunya mematangkan usianya.
Yang malas membaca, mestilah rajin membaca. Saya berpesan kepada beberapa orang, “Tanda ketinggian ilmu ialah, apabila kita mampu mempertikaikan tulisan seorang ulama yang besar”.
8 Cadangan/Pandangan:
Teringat kenangan bersama seorang sahabat saya (Pelajar kejuruteraan di NUS)dan ayahnya...
selalunya seorang ayah bimbang dengan anaknya yg malas membaca buku dan berfikir bagaimana mahu menjadikan anaknya minat membaca buku,,
tapi dalam kes sahabat sy ini,ayahnya minta pandagan sy bagaimana kaedah terbaik yg perlu dilakukan agar anaknya itu berhenti membaca buku...
ini kerana anaknya-sahabt sy tadi seorang yg ketagih membaca buku...terlampau banyak baca buku...duduk di perpustakaan berjam-jam semata-mata nak baca buku....
hanya satu prkataan dpat mgambarkan sahabt sy itu iaitu :-
biblioholic!!!
salam abg dzul,
ana habis rm 364.80+23.00...
ana amat bersetuju kata2 abg dzul,
munkin org yang mengkritik blog ni ilmunya x semantap abg dzul, kesian dia, tp dowa x terfikir ke, sampai bila nak mengkritik,.....?
''Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...!''-HAMKA dalam bukunya PERIBADI terbitan Pustaka Dini
salam,subhanallah,seronoknya baca anta beli kitab..ana pun nak juga,ilmu perlu ditambah,ibarat menambah air pada bubur agar tidak kering..
Assalamualaikum wbt.
Peh satu set Majmu' Fatawa. Ana baca e-book sahaja. Tapi tak sama rasanya bila membeli buku bertulis berbanding baca di buku elektronik
Salam ziarah.
bestnye...cemburu dengan ustaz...
Niat nak beli buku banyak2...tapi pokai sangat2 sekarang...sedih betul..
fuh rm900.... byk nyer duit ustaz. keje ape la nie?
Catat Ulasan