Ahad, 26 April 2009

usah menangis lagi huda


Huda menangis semasa bercerita kepada kami tadi. Saya sedikit terkesan dan perasaan simpati saya jatuh kepada seorang gadis cekal yang baru berusia 22 tahun itu.

Huda seorang pejuang wanita di Selatan Thailand. Baru tadi kami bertem mata dan berbincang banyak perkara. Abdullah, Romzi dan Atef merupakan kenalan baru yang amat mengagumkan.

Abdullah pernah berpengalaman ditangkap selama sembilan hari. Dalam tempoh itu ia disiksa teruk. Dipukul di kepala, dikurung tanpa pakaian dalam bilik yang amat sejuk dan diberikan tekanan mental yang menakutkan.




Apabila mendengar semangat Romzi, saya bagai dibakar-bakar. Semangat jihad mereka sangat tinggi. Bagi mereka, hidup mati di tangan Allah. Mungkin selepas pertemuan kami pagi tadi, kami sudah tidak bertemu lagi.

Menurut Romzi dan Atef, kematian merupakan perkara biasa di Selatan Thailand. Maksud saya, pembunuhan. Mereka sudah tidak mempedulikan tentang ancaman kematian dan pembunuhan lantaran mereka sudah terbiasa.

Mereka berumur sekitar saya. Bahkan lebih muda. Namun semangat dan kekentalan mereka jauh melebihi saya. Saya berasa malu apabila membandingkan antara saya dengan mereka.

Mereka mengenali Gamis dan ingin berkenalan dengan Gamis. Mereka ingin mempelajari sesuatu daripada Gamis. Namun saya rasa, Gamis sepatutnya belajar sesuatu daripada mereka.

Atef memang seorang yang tampak karismatik kepimpinan. Abdullah pula tampak bersemangat tanpa rasa gundah. Huda sentiasa galau namun daya juangnya di luar tafsiran saya. Bahkan mengingatkan Romzi, jiwa saya bagaikan dipanggil-panggil untuk berjihad.

Ya, pagi tadi, tanggal 26 April, pimpinan utama Gamis bertemu mata dengan empat orang sahabat Mujahidin Selatan Thailand. Mendengar khabar dari jauh, adalah berbeza sama sekali apabila mendengarnya secara langsung.

“Huda, jangan menangis lagi. Simpanlah air matamu…”

2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam mujahadah...

ana terpanggil untuk memberi pendapat...bagaimana sistem tarbiyah kita umpama ala perang...ala ketika darurat supaya kita anak muda ini dapat merasa bagaimana keadaan dan keperitan sebenar dan memberi kesedaran yang jelas kepada kita...sila komen...

Mumtazah berkata...

Salam tazkiyatunnafs..

Bila ana baca artikel ni, ana teringat kejadian singkat petang tadi. Ketika ana singgah disebuah kedai dalam perjalanan pulang, ana bertemu seorang pemuda berjubah putih. Memohon sumbangan derma untuk saudara seakidah di Naratiwat. Ana kebingungan sebab tak memahami percakapannya, ditambah dengan suara yang halus dan lembut. Mujur sahabat ana ada dan agak memahami loghat pemuda tersebut. Sahabat ana memberi sumbangan setelah melihat permit yang ditunjukkan. Ana terkilan sebab ana tertinggal dompet di rumah.

Ketika di dalam kereta, sahabat ana menerangkan. Ana terkelu. Jauh sungguh pemuda itu berjalan merentas sempadan demi mendapatkan bantuan dari saudara seakidah di Malaysia. Sedangkan bila ana fikirkan kembali, Thailand tidaklah sejauh mana.Thailand adalah antara jiran kita yang paling hampir. Rentas sahaja Perlis dah boleh sampai ke sana. Saudara ana di Perlis, tukang yang membaiki rumahnya adalah 2 orang pemuda Thailand. Bersembang, satu patah ana tak faham.

Fikiran ana jauh melayang, mengenangkan saudara kita diseberang. Hidup dengan kegoncangan politik, kebrantakan keamanan. bom adalah jam masa yang sangat menggerunkan. Lebih tajam dari pedang. Bukan hanya terpenggal, malah boleh hancur berserakan daging2 lantaran ledakan bom.

Sepanjang perjalanan, terngiang-ngiang sepotong hadis "Tidak beriman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

"Umat Islam adalah bersaudara.." apalah martabat ana disisi Rasulullah jika baginda masih hidup, ana di sini masih lagi di kurniakan nikmat keamanan, tidur dengan air-cond, selimut tebal. Masih lagi di beri kesempatan menghadiri Pesta Buku di PWTC, sedang saudara seakidah ana, jiran ana disebelah sempadan menderita, mengalirkan darah air mata..

Ana masih teruja bergelumang dengan buku dan ilmu , tapi mereka antara mahu dan tidak, terpaksa bergelumang dengan kebisingan dan pergolakan. Bahkah bila-bila masa di kunjungi bom yang meledakkan tangisan dan melenyapkan kehidupan.
BERIMANKAH KITA?

Mereka di sana telah bersedia berkorban nyawa berjuang demi mempertahankan sebuah kehidupan, kita disini masih lagi pening dek karenah pemimpin negara..nak tak nak letak calon di penanti.
Ana terfikir, bersediakah pemimpin negara Malaysia dan rakyatnya ini menghadapi darurat seperti sahabat ana suarakan, sedangkan terlalu ramai masyarakat kita yang terbuai masyhuk dengan hiburan..

Pening mak dek karenah anak,
Pening rakyat malaysia dek karenah pemimpin bertolak-tolak.

Wallahu Alam.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE