Saya berjumpa naqib saya semalam, seorang yang berpangkat Prof Madya dan penggerak parti yang aktif. Pemikiran beliau sangat kritikal dan acap kali membuka ruang minda saya.
Beliau seorang yang aktivis dalam bidang akademik dan juga tarbiah. Pemikiran beliau banyak boleh digunakan untuk memperkasakan gerakan.
Antara yang beliau sebut dengan sedikit sahaja tambahan, penggerak gerakan belum bersedia untuk meneriman sesuatu yang asing sebagai contoh perbincangan berkaitan ekonomi.
Ramai lagi orang yang sangat hebat dan mempunyai daya intelektual yang tinggi tetapi tidak terlibat dengan gerakan secara serius. Jadi, bagaimana ingin melibatkan mereka?
Antara factor kelemahan gerakan yang ketara ialah penjanaan ekonomi yang mantap, menyebabkan tiada yang mahu terlibat dengan gerakan secara focus.
Ramai ahli gerakan (termasuk saya) yang tidak mempunyai kefahaman dan maklumat yang tinggi sehingga tidak mampu untuk mengupas isu dengan baik namun ia hanya dijadikan “pidato politik”.
Industry bergerak begitu pantas dan mereka telah banyak kali menukat kaedah pengurusan mereka. Namun gerakan masih lagi berada di tahap pengurusan yang sangat lemah.
Lemah sahaja tidak mengapa tetapi usaha yang betul serius bagi menanganinya tidak terlaksana dengan baik. Malah perancangan gerakan hanya bersifat isu bukannya jangka panjang.
Ada perkara yang important but not urgent. Ada yang important dan urgent. Ada yang urgent but not important. Ada yang dua-dua tidak.
Gerakan nampaknya lebih memilih yang urgent daripada yang important. Dan gerakan lupa perkara yang important tetapi tidak urgent.
Maka bagaimana dengan kita?
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
2 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan