Dua tiga hari tidak sempat saya membuka dan menelaah blog. Tahniah kepada PAS di Bukit Gantang, syabas kepada PKR di Bukit Selambau dan salam ‘poyo’ buat UMNO di Batang AI.
Namun kemenangan PAS di Bukit Gantang tidaklah patut dihiruk-pikukkan. Ini kerana, sebelum ini Bukit Gantang memang milik PAS. Yang kedua, sepatutnya PAS berasa sangat malu kerana menang hanya dalam dua ribu lebih majoriti.
Walhal PAS menghantas orang yag sangat terkenal dan bekas MB. Lawannya adalah seorang yang tidak dikenali. Tetapi setakat itu sahaja kemenangan PAS. Maka ia tidak membanggakan.
Inilah pandangan seorang penganalisis politik yang saya kira bebal dan bodoh. Itu dua bahasa marah saya buat beliau.
Dia tak tengok ke, segala media, duit kerajaan, Tun M, muka-muka baru dalam UMNO, PM baru, TPM Baru, Zahid Hamidi dan penari gelek yang seksi, ini yag digunakan untuk memadamkan Nizar. Dia tak tengok ke?
Bagaimana pula pandangan penganalisis yang bebal itu terhadap Bukit Selambau?
Apapun, kita wajar berbangga dengan kemenangan Gerakan Islam yang semakin diterima ini. Tahniah juga buat Dato’ Seri Nizar. Juga tahniah kepada semua yang membantu kemenangan PAS dan PKR. Kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama!!!
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan