Khamis, 2 April 2009

PAS MESTI BERSEDIA MENGHADAPI KEKALAHAN


Saya rasa, PAS mesti bersedia untuk menerima kekalahan di Bukit Gantang. Jika menang, PAS memang sudah bersedia. Para penceramah juga sudah bersedia untuk menyamakan PRK Bukit Gantang seperti Perang Mu’tah.

Tapi PAS pasti belum bersedia sepenuhnya untuk menerima kekalahan. Mendengar maklumat bahawa kedudukan sekarang agak terancam, maka semestinya PAS berasa sedikit gusar sekaligus meningkatkan mutu kerja ke tahap yang luar biasa.

Alhamdulillah, ramai petugas PAS dari orang kampung ke cerdik pandai yang berjuang dan bertungkus lumus. Yang hanya tahu membaca al-Quran, membaca al-Quran pun cukup. Yang penting, mengambil bahagian walau sedikit.

Tetapi jika PAS kalah, saya dapat rasakan, pasti ia menjadi satu bahan muhasabah yang besar dalam muktamar PAS kelak. Dan saya akan memastikan sebagaimana tahun lepas di Perak, saya akan menjadi pemerhati yang jujur sepenuhnya.

Tidaklah PAS akan berbangga sangat jika menang di sana. Apa lagi sebelum ini pun itu kerusi PAS dan kali ini PAS telah mempertaruhkan ’Anwar’ nya untuk bertanding. IR Nizar memang bukan manusia biasa. Beliau telah mempersiapkan dirinya begitu lama untuk sampai ke tahap itu.

Maka tidak boleh dikatakan beliau pemimpin yang naik mendadak kerana persediaan itu sebenarnya sudah lama. Cuma ia menanti masa yang sesuai untuk keluar.

Muhyiddin Yasin pasti bernafsu untuk memenangkan UMNO kali ini. Najib pula semestinya akan menggunakan segala instrumen yang ada termasuklah wang kerajaan untuk merealisasikannya. PAS ada apa? Duit nak tanggung petugas pun cukup tak cukup. Memang PAS parti miskin, hidup dengan duit poket ahli.

Namun PAS tidak perlu runsing. Tidak semestinya bila PAS sudah cukup syarat kemenangan, maka PAS akan menang. Ini kerana menang kalah adalah faktor keizinan dari Allah. Syarat kemenangan mungkin sudah cukup namun belum tentu menang.

Solahuddin al-Ayyubi telah melengkapi syarat kemenangan, namun beliau akhirnya tidak mampu mempertahankan Akka daripada dijajah oleh tentera bersekutu lawan khususnya Richard The Lion Heart.

Ada peperangan yang dimenangi al-Ayyubi dan ada peperangan yang beliau kalah. Walhal beliau antara tentera terbaik. Namun tidak semestinya kemenangan berpihak kepada beliau. Ini kerana ia faktor keizinan.

Namun saya memahami, faktor keizinan itu mesti didalami lagi sehingga kita memahaminya dengan sungguh-sungguh.

1 Cadangan/Pandangan:

MASYITAH MD.HASSAN on 2 April 2009 pada 6:26 PTG berkata...

menang atau kalah...hikmahnya pasti..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE