Akhirnya saya berjaya menamatkan bacaan sebuah buku yang agat berat yang dikarang oleh Dr Muhammad Sayyid al-Wakil. Sebuah tulisan yang sarat dengan kajian fakta secara tersusun. Saya kira, buku ini lebih berat berbanding tulisan Dr Majid Irsan al-Kilani.
Ini adalah kali ketiga saya cuba membaca buku itu. Cubaan dua kali yang pertama saya menemui kegagalan kerana tidak berdaya tahan untuk menghabiskannya. Sekarang saya mencabar diri untuk menghabiskan buku Muqaddimah Ibnu Khaldun dengan bacaan huruf demi huruf dalam masa seminggu atau dua minggu.
Namun saya belum berani untuk membaca tulisan Syed Amir Ali yang saya sifatkan agak berat. Maklumlah, tulisan itu sarat dengan fakta yang bersimpang siur. Orang yang tiada basis yang tinggi akan terpinga-pinga membacanya. Apatah lagi karyanya adalah karya sastera klasikal. Sangat mendesak akal untuk berfikir dan mentelaah.
Saya memberi pesan kepada adik-adik IPGM Bangi agar mula rajin membaca buku. Perbincangan ilmiah diwujudkan. Saya ingin sekali membentangkan kepada adik-adik gerakan Islam tentang kepentingan menerapkan budaya ilmu secara holistic dalam jamaah.
Budaya ilmu dan membaca ini belum wujud menyebabkan kita mudah melatah. Kita hanya mampu berdemonstrasi menunjukkan kekuatan kita. Kita tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka secara ilmiah.
Apabila saya menyatakan kepada adik-adik IPGM, bahawa sampai satu tahap kita berani menidakkan fakta meskipun datang dari ulama mahupun hukama’, maka itu bermakna kita sudah mencapai satu tahap yang bagus. Kita membaca tetapi tidak menerima sepenuhnya.
Dan saya amat merindui sekali, ketika saya membaca dan meratah dengan asyik karya al-Syafei yang berjudul al-Umm, kitab berkaitan fiqh sehingga saya melupakan dunia malam itu.
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan