Rabu, 1 April 2009

PAS HANYALAH ALAT


Ada beberapa sahabat saya berpandangan kritikal. Mereka menganggap jamaah bukan yang terpenting. Yang terpenting ialah Islam.

Bukan bermakna mereka menolak konsep berjemaah. Tetapi mereka lebih melihat Islam di hadapan. Fikrah mereka jernih dan tajarrud.

Mereka berani mencabar status-quo. Lalu, bagi mereka tidak mengapa dengan siapa mereka bersahabat dan mencedok ilmu. Walau berlainan jamaah.

Konsep mereka dalam ilmu ialah, jika dengan Yahudi kita boleh menuntut ilmu, maka apa lagi dengan yang seperjuangan juga berlainan aliran fikrah.

Mereka bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz. Jika UMNO terima Islam, maka PAS sanggup dilupuskan. Meskipun pandangan ini mendapat tentangan.

Mereka memahami kewujudan jamaah adalah setelah keruntuhan khilafah. Maka mereka menyimpulkan, jamaah hanyalah kenderaan. Yang penting ialah Islam.

Mereka semakin kritikal. Bagi mereka, tujuan gerakan bukan melahirkan Negara Islam. Sebaliknya adalah negara yang mendirikan syariat Islam.

Negara Islam seperti Bank Islam. Buat apa negara Islam sedangkan Islam tiada ruang sebagaimana beberapa generasi khilafah terdahulu. Yang penting ialah, Islam terlaksana dan tersebar.

Dalam konsep mahasiswa, mereka memperjuangkan politik nilai bukannya politik kekuasaan. Tidak kira UMNO mahupun PAS, yang mana salah akan ditegur.

Banyak lagi pemikiran radikal yang dianut mereka. Saya tidak akan menceritakan kesemuanya. Mereka serius bekerja. Matlamat mereka ialah, Islam mencapai kejayaan.

Namun mereka sangat realistik. Meskipun pemikiran mereka begitu, namun merekalah yang paling bersemangat memastikan kemenangan PAS dalam semua perkara.

Ini kerana PAS adalah alat mencapai kemenangan.

Kata seorang ustaz, “Semua perkara di dunia adalah alat termasuk kita. Yang bukan alat hanyalah Allah”.

4 Cadangan/Pandangan:

ubaidillah berkata...

satu masalah besar skrang ni, antara fikrah dgn akidah...ana melihat ramai org memandang berat isu fikrah,hingga sggp melabel jemaah lain sbg salah, bahkan lg teruk sampai melabel individu itu sndiri, akibat fikrah berlainan, sedangkan fikrah bukanlah perkara pokok, tetapi akidah yg plg utama.

Kesannya, ramai ahli jemaah yg tidak mampu menyedari kepentingan kepada islam sbnrnya melebihi keperluan kpd jemaah. Bila ada yg melebihkan kpd Islam dan dikurangkan jemaah (tdk beerti anti-jemaah), lalu individu ini akn dinilai sbg liberal dan sbgnya...dunia oh dunia...tua benar sudah dunia ini!

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz..dah lama saya jadi silent reader di sini..tapi nampaknya sejak dua menjak sekarang ni,blog ustaz ni nampaknya hangat sangat..saya boleh memahami cabaran ustaz bila ada masanya idea ustaz dilihat menongkah arus..tapi kalau lah saya boleh mencadangkan agar ustaz 'sejuk'kan dulu blog ustaz ni pun ok jugak kot..bukan apa,saya harap ustaz dapat menulis mcm dulu..santai tapi ada mesejnya..yang tulisan ustaz skrg ni bukan tak elok, bagus utk percambahan fikiran, tapi menimbulkan respon yang tak berapa elok..rasenya tak berapa gmbira tgk respon2 yg tak sepatutnya..ala kulli hal..perubahan memang perlukan masa..

Tanpa Nama berkata...

saya rasa da sebab kenapa Dzul lebih tumpu isu ni....isu ni tgh hangat ' berperang' sekarang...bila lagi nk tunggu...sebelum roboh bentang keretakan baik kita baiki dlu...lpas tak payah nk salahkan kontraktor, pengguna, dll. sebab orang islam melayu ni memang tabiat dia suka cri kesalahan orang selepas gagal...dah terhantuk baru nak tengadah...

selagi seseorang itu melaksanakan kerja untuk islam maka dia sedang melakukan kerja yang mulai... semua orang ada fungsi dia yang tersendiri. bayangkan, kalau semua satu kampung pergi perang, sape yang nak bagi pendidikan dan siapa yang akan melatih generasi seterusnya.... dzul tahniah sebab anda da upaya untuk menjadi thinker...ini semua kurniaan Tuhan..alhamduilah. kepada semua shabat, kata-kata kita, peribadi kita.

Sayangi Islam dan Umat..

Ikhwan Muslimun Malaysia on 2 April 2009 pada 9:35 PTG berkata...

Alhamdulillah atas tulisan saudara,
Ana bersetuju dengan tulisan saudara.Mungkin sebahagiannya agak panas namun itu lah cabaran bagi pejuang."Biarlah pahit asalkan kebenaran".

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE